omniture

LyondellBasell Berjaya Mulakan Kemudahan Kitar Semula Molekul Rintis Baharu

LyondellBasell Industries
2020-09-08 20:38 321

Syarikat menyelesaikan langkah seterusnya ke arah penukaran sisa plastik berskala industri ke stok suapan 

ROTTERDAM, Belanda, 8 September 2020 /PRNewswire/ -- LyondellBasell (NYSE: LYB), satu daripada syarikat plastik, kimia dan penapisan terbesar di dunia, hari ini mengumumkan kejayaan memulakan kemudahan kitar semula molekul MoReTecnya di tapaknya di Ferrara, Itali. Teknologi kitar semula yang maju proprietari LyondellBasell, MoReTec bertujuan untuk mengembalikan sisa plastik pasca-pengguna ke bentuk molekulnya untuk digunakan sebagai stok suapan untuk bahan plastik baharu.

LyondellBasell successfully starts up its MoReTec molecular recycling facility at its Ferrara, Italy, site. The pilot plant completes the company's next step towards an industrial scale conversion of plastic waste into feedstock.
LyondellBasell successfully starts up its MoReTec molecular recycling facility at its Ferrara, Italy, site. The pilot plant completes the company's next step towards an industrial scale conversion of plastic waste into feedstock.

"Mengakhiri sisa plastik dalam persekitaran dan memajukan ekonomi pusingan ini ialah bidang tumpuan kelestarian utama bagi syarikat kami," kata Jim Seward, Naib Presiden Kanan Penyelidikan & Pembangunan (R&D), Teknologi dan Kelestarian LyondellBasell. "Dengan teknologi kitar semula plastik kami yang maju, kami mengembalikan jumlah sisa plastik yang lebih besar ke dalam rantaian nilai dan mengeluarkan bahan baharu untuk aplikasi berkualiti tinggi, mengekalkan nilai mereka selama yang mungkin."

Bahan plastik baharu yang dicipta oleh teknologi MoReTec LyondellBasell boleh digunakan dalam pembungkusan makanan dan barang-barang penjagaan kesihatan, yang perlu memenuhi syarat-syarat peraturan yang ketat.

Memanfaatkan jejak teknologi global 

LyondellBasell menjalankan penyelidikan asas untuk memimpin industri polimer ke arah kitar semula yang maju. Dalam bulan Julai 2018, LyondellBasell mengumumkan usaha kerjasamanya dengan Institut Teknologi Karlsruhe (KIT) Jerman untuk memajukan usaha kitar semula molekulnya. Kerjasama ini membuktikan kecekapan teknologi MoReTec di skala makmal dan, dalam bulan Oktober 2019, syarikat ini mengumumkan pembinaan kilang rintis Ferrara. Hari ini, pasukan penyelidikan dan pembangunan syarikat di Jerman, Itali dan Amerika Syarikat bekerja dengan aktif untuk meneroka aplikasi berskala komersial yang berpotensi.

Kilang rintis ini mampu memproses antara 5 dan 10 kilogram (kg) sisa plastik isi rumah sejam dan memanfaatkan penyelidikan kami setakat ini. Rintis ini bertujuan untuk memahami interaksi pelbagai jenis sisa dlam proses kitar semula molekul, menguji pelbagai pemangkin, dan mengesahkan suhu proses dan masa yang diperlukan untuk mengurai sisa plastik menjadi molekul. Tujuannya ialah untuk menyiapkannya dalam tempoh dua tahun akan datang dan kemudian merancang untuk unit berskala industri.

Pembangunan teknologi MoReTec ini ialah sebahagian daripada komitmen LyondellBasell terhadap penukaran plastik-ke-plastik. Pembangunan teknologi ini melengkapkan penyelesaian pusingan lain syarikat, yang membantu mengurangkan sisa plastik dan memajukan ekonomi pusingan, termasuk:

  • Membangunkan model perniagaan baharu untuk kitar semula mekanikal: Dalam bulan Mac 2018, LyondellBasell mengambil alih 50% pemilikan Polimer Pusingan Kualiti (QCP), sebuah usahasama dengan SUEZ. QCP menggunakan proses kitar semula mekanikal untuk mengeluarkan pelet plastik premium dari sisa pembungkusan untuk digunakan dalam aplikasi bermula dari peralatan elektrik, botol sabun pembasuh dan beg pakaian. Bahan ini, yang dipasarkan oleh LyondellBasel, kini boleh didapati sebagai contoh dalam koleksi beg pakaian S'Cure ECO Samsonite.
  • Penggunaan stok suapan boleh diperbaharui untuk pengeluaran plastik: Dalam bulan April 2019, LyondellBasell menghasilkan plastik menggunakan bahan mentah yang boleh diperbaharui seperti sisa minyak masak dan sayur, untuk digunakan dalam pembungkusan makanan, mainan, dan perabot. Produk-produk ini, yang dipasarkan di bawah jenama Circulen dan Circulen plus, memenuhi semua syarat-syarat peraturan untuk keaslian dan menawarkan sifat berkualiti tinggi yang sama sebagai plastik asli.

Latar Belakang LyondellBasell

LyondellBasell (NYSE: LYB) ialah satu daripada syarikat plastik, kimia dan penapisan yang terbesar di dunia. Dipacu oleh pekerjanya di seluruh dunia, LyondellBasell mengeluarkan bahan dan produk yang merupakan kunci kepada penyelesaian yang maju terhadap cabaran moden seperti meningkatkan keselamatan makanan melalui pembungkusan yang ringan dan fleksibel, melindungi kemurnian bekalan air melalui paip yang lebih kuat dan serba boleh, meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kecekapan bahan api banyak kereta dan trak di jalan raya, dan memastikan fungsi yang selamat dan berkesan dalam elektronik dan peralatan. LyondellBasell menjual produk di lebih daripada 100 negara dan merupakan pengeluar terbesar bagi sebatian polipropilena dan pelesen terbesar bagi teknologi poliolefin.  Dalam tahun 2020, LyondellBasell dinobatkan ke senarai "Syarikat Paling Dikagumi Dunia" majalah Fortune untuk tahun ketiga berturut-turut. Maklumat lanjut tentang LyondellBasell boleh didapati di www.LyondellBasell.com.

Pernyataan peringatan

Pernyataan dalam siaran ini yang berkaitan dengan perkara-perkara yang bukan fakta sejarah ialah kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan pandang ke hadapan ini ialah berdasarkan kepada andaian pengurusan yang dipercayai munasabah pada ketika ia dibuat dan tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan yang ketara. Keputusan sebenar mungkin berbeza secara material berdasarkan kepada faktor-faktor termasuk, tetapi tidak terhad kepada, keupayaan kami untuk membangunkan penyelesaian mampan untuk sisa plastik, keberhasilan operasi kilang rintis yang telah dijelaskan, dan keupayaan kami untuk membangunkan aplikasi berskala komersial. Faktor-faktor tambahan yang boleh menyebabkan keputusan berbeza secara material daripada yang telah dijelaskan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan boleh didapati dalam seksyen "Faktor Risiko" Borang 10-K kami untuk tahun berakhir 31 Disember 2019, dan Borang 10-Q untuk suku berakhir 31 Mac 2020, yang boleh didapati di www.LyondellBasell.com di halaman Hubungan Pelabur dan di laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti & Bursa di www.sec.gov.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1249477/lyondellbasell_moretec_pilot_plant.jpg?p=medium600  Logo - https://mma.prnasia.com/media2/562522/LyondellBasell_Advancing_Possible_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: LyondellBasell Industries
Related Stocks:
NYSE:LYB
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Green Technology Paper/Forest Products/Containers Conservation/Recycling