LONDON, 9 September 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini menandakan pelancaran Daftar Ancaman Ekologi (ETR) yang pertama, yang mengukur ancaman ekologi yang sedang dihadapi oleh negara-negara dan memberikan unjuran sehingga tahun 2050. Laporan ini secara unik menggabungkan langkah-langkah ketahanan dengan data ekologi paling komprehensif yang tersedia, untuk memberi penerangan tentang negara-negara yang kurang berpotensi menghadapi kejutan ekologi yang melampau. Laporan ini dikeluarkan oleh badan pemikir antarabangsa terkemuka Institute for Economics & Peace (IEP), yang menghasilkan indeks seperti Global Peace Index dan Global Terrorism Index.
Keputusan utama
Daftar Ancaman Ekologi menganalisis risiko pertumbuhan penduduk, tekanan air, ketakjaminan makanan, kemarau, banjir, taufan, kenaikan suhu dan aras laut. Untuk 30 tahun akan datang, laporan tersebut mendapati bahawa 141 buah negara terdedah kepada sekurang-kurangnya satu ancaman ekologi menjelang tahun 2050. 19 buah negara dengan bilangan ancaman tertinggi memiliki jumlah populasi seramai 2.1 bilion orang, yang merupakan sekitar 25 peratus daripada jumlah penduduk dunia.
ETR menganalisa tahap ketahanan masyarakat di negara-negara tersebut untuk menentukan sama ada mereka mempunyai keupayaan untuk berdepan dengan kejutan ekologi di masa hadapan. Laporan tersebut mendapati bahawa lebih daripada satu bilion orang tinggal di negara-negara yang tidak berkemampuan untuk meredakan dan menyesuaikan diri dengan ancaman ekologi baharu, lalu mewujudkan suasana perpindahan besar-besaran menjelang tahun 2050.
Negara dengan jumlah penduduk berisiko terbesar yang bakal menjalani perpindahan besar-besaran adalah Pakistan, diikuti oleh Ethiopia dan Iran. Haiti menghadapi ancaman tertinggi di Amerika Tengah. Di negara-negara ini, ancaman ekologi kecil dan bencana alam juga boleh mengakibatkan perpindahan penduduk secara besar-besaran, yang mempengaruhi keselamatan serantau dan global.
Wilayah yang memiliki daya ketahanan tinggi, seperti Eropah dan Amerika Utara, tidak akan terlepas dari kesan ancaman ekologi yang lebih besar, seperti menerima sejumlah besar pelarian. Krisis pelarian Eropah selepas perang di Syria dan Iraq pada tahun 2015 menyaksikan dua juta orang melarikan diri ke Eropah dan mengesahkan kaitan antara perpindahan populasi yang cepat dengan pergolakan politik dan sosial.
Walau bagaimanapun, Eropah, AS dan negara maju lain menghadapi ancaman ekologi yang kurang serta mempunyai tahap ketahanan yang lebih tinggi untuk menangani risiko ini. Negara-negara maju yang tidak menghadapi ancaman termasuk Sweden, Norway, Ireland dan Iceland. Secara keseluruhan terdapat 16 buah negara yang tidak menghadapi ancaman.
Steve Killelea, Pengasas & Pengerusi Eksekutif Institute for Economics and Peace , berkata:
"Ancaman ekologi dan perubahan iklim menimbulkan cabaran serius terhadap kedamaian global. Selama 30 tahun akan datang, kekurangan akses terhadap makanan dan air hanya akan meningkat tanpa kerjasama global yang mendesak. Sekiranya tiada tindakan, pergolakan sivil, rusuhan dan konflik berkemungkinan besar akan meningkat. COVID-19 telah memperlihatkan jurang dalam rantaian makanan global."
Sebilangan besar negara yang paling berisiko dengan ancaman ekologi juga diramalkan bakal mengalami peningkatan populasi yang ketara, seperti Nigeria, Angola, Burkina Faso dan Uganda. Negara-negara ini telah pun berjuang untuk menangani masalah ekologi. Mereka telah pun mengalami kekurangan sumber, tahap keamanan yang rendah dan kadar kemiskinan tinggi.
Steve Killelea, berkata:
"Ini akan memberi kesan sosial dan politik yang besar, bukan sahaja di negara membangun, tetapi juga di negara maju, kerana perpindahan besar-besaran akan menyebabkan aliran pelarian yang lebih besar ke negara-negara paling maju. Perubahan ekologi adalah ancaman besar global yang seterusnya bagi planet kita dan kehidupan manusia, dan kita harus mendedahkan kehebatan perniagaan dan tindakan pemerintah bagi membina ketahanan terhadap tempat-tempat yang paling berisiko."
Ketakjaminan Makanan
Permintaan global untuk makanan diunjurkan akan meningkat sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2050, yang bermaksud bahawa tanpa peningkatan bekalan yang banyak, lebih ramai orang akan menghadapi risiko kelaparan. Pada masa ini, lebih daripada dua bilion orang di seluruh dunia menghadapi akses yang tidak menentu terhadap kecukupan bekalan makanan. Jumlah ini dijangka meningkat kepada 3.5 bilion orang pada tahun 2050 yang berkemungkinan akan mempengaruhi daya ketahanan global.
Lima negara dengan bekalan makanan yang paling tidak selamat adalah Sierra Leone, Liberia, Niger, Malawi dan Lesotho, lebih daripada separuh populasi mengalami ketidakpastian dalam mengakses makanan yang cukup untuk kesihatan. COVID-19 telah meningkatkan tahap ketakjaminan makanan dan kenaikan harga yang tinggi, menunjukkan kemungkinan ketidakstabilan yang berpunca dari perubahan ekologi masa hadapan.
Di negara berpendapatan tinggi, kelaziman kekurangan zat makanan kekal tinggi pada 2.7 peratus, atau satu dari 37 orang tidak mendapat makanan yang cukup untuk berfungsi secara normal. Kekurangan zat makanan di negara maju adalah akibat dari kemiskinan; Colombia, Slovakia dan Mexico mempunyai kadar kekurangan zat makanan tertinggi di negara-negara OECD.
Tekanan Kekurangan Air
Sepanjang dekad yang lalu, jumlah konflik dan keganasan yang berkaitan dengan air meningkat sebanyak 270 peratus di seluruh dunia. Sejak tahun 2000, kebanyakan insiden berlaku di Yaman dan Iraq, yang menunjukkan kaitan antara tekanan kekurangan air melampau, ketahanan dan keamanan, kerana mereka adalah antara negara paling bergolak sebagaimana ukuran yang dibuat oleh Global Peace Index 2020.
Hari ini, 2.6 bilion orang mengalami tekanan kekurangan air yang tinggi atau melampau – menjelang tahun 2040, jumlah ini bakal meningkat kepada 5.4 bilion orang. Majoriti negara-negara ini terletak di Asia Selatan, Timur Tengah, Afrika Utara (MENA), Eropah Barat Daya dan Asia Pasifik. Beberapa negara yang paling teruk terjejas pada tahun 2040 adalah Lubnan, Singapura, Israel dan Iraq, sementara China dan India juga kemungkinan akan turut terkesan. Memandangkan peningkatan konflik berkaitan air pada masa lalu, ia berkemungkinan akan mendorong kepada peningkatan ketegangan dan mengurangkan daya ketahanan global.
Bencana Alam
Perubahan iklim, terutama pemanasan suhu global, meningkatkan kemungkinan bencana alam yang berkaitan dengan cuaca seperti kemarau, serta meningkatkan kejadian ribut dan mewujudkan monsun dengan lebih banyak hujan. Sekiranya bencana alam berlaku pada kadar yang sama seperti yang dilihat dalam beberapa dekad terakhir ini, 1.2 bilion orang bakal berpindah secara global pada tahun 2050. Asia Pasifik telah mengalami kematian terbanyak akibat bencana alam dengan lebih daripada 581,000 kematian dicatatkan sejak tahun 1990. Gempa bumi paling banyak meragut nyawa di rantau ini, dengan jumlah kematian melebihi 319,000 orang, diikuti dengan ribut seramai 191,000 orang.
Banjir merupakan bencana alam yang paling biasa sejak tahun 1990, mewakili 42 peratus bencana alam yang direkodkan. Peristiwa terbesar di China adalah banjir dan tanah runtuh pada tahun 2010, yang menyebabkan 15.2 juta orang terpaksa berpindah. Banjir juga merupakan bencana alam yang paling biasa di Eropah, menyumbang 35 peratus bencana yang direkodkan di rantau ini dan ia dijangka meningkat.
19 buah negara yang termasuk dalam ETR berisiko mengalami kenaikan aras laut, di mana sekurang-kurangnya 10 peratus populasi setiap negara mungkin terjejas. Ini akan membawa kesan yang besar bagi kawasan pesisir pantai yang rendah di China, Bangladesh, India, Vietnam, Indonesia dan Thailand dalam tiga dekad akan datang – serta bandar-bandar dengan populasi besar seperti Alexandria di Mesir, Hague di Belanda dan Osaka di Jepun.
Bantuan Pembangunan
Bantuan boleh digunakan sebagai mekanisme untuk membangunkan daya ketahanan terhadap kejutan ekologi seperti kemarau, tekanan kekurangan air dan ketakjaminan makanan di negara-negara membangun. Bantuan berkaitan iklim telah meningkat 34 kali ganda dari satu bilion dolar AS pada tahun 2000 kepada AS$34 bilion pada tahun 2018 dan dibelanjakan terutamanya di sub Sahara Afrika, Asia Selatan dan Asia Pasifik. India menerima jumlah bantuan berkaitan iklim terbesar pada tahun 2018, berjumlah AS$6.5 bilion. Walaupun kenaikan ini sangat ketara, ia masih tidak memenuhi keperluan untuk mengatasi masalah ini pada masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari economicsandpeace.org.
NOTA KEPADA EDITOR
Laporan, artikel dan peta interaktif ETR boleh didapati di: visionofhumanity.org
Tentang Daftar Ancaman Ekologi (ETR)
Ini adalah edisi sulung bagi Daftar Ancaman Ekologi (ETR), yang merangkumi 157 buah negeri dan wilayah bebas. ETR ini secara unik menggabungkan langkah-langkah ketahanan dengan data ekologi paling komprehensif yang tersedia, untuk memberi penerangan tentang negara-negara yang kurang berpotensi menghadapi kejutan ekologi yang melampau, sekarang dan pada masa hadapan.
Metodologi
ETR merangkumi penyelidikan saintifik yang terkini dan dikagumi tentang pertumbuhan penduduk, tekanan kekurangan air, ketakjaminan makanan, kemarau, banjir, taufan dan kenaikan suhu dan aras laut. Di samping itu, laporan tersebut menggunakan kerangka kerja Keamanan Positif IEP untuk mengenal pasti kawasan di mana daya ketahanan mungkin tidak cukup kuat untuk penyesuaian diri atau menghadapi kejutan di masa akan datang. Laporan ini menggunakan pelbagai sumber data, termasuk World Resources International, Food and Agriculture Organisation, United Nations dan Institute Economics and Peace.
Tentang Institute for Economics and Peace
IEP adalah badan pemikir antarabangsa dan bebas yang dikhususkan untuk mengalih tumpuan dunia ke arah keamanan sebagai ukuran yang positif, dapat dicapai dan diidamkan oleh kesejahteraan dan kemajuan manusia. Ia mempunyai pejabat di Sydney, Brussels, New York, The Hague, Mexico City dan Harare.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/792052/IEP_Logo.jpg?p=medium600