omniture

Perihal wanita: Yayasan dermawan Rusia menerima anugerah untuk pembentukan komuniti wanita

Rybakov Family Foundation
2020-09-10 00:22 463

MOSCOW, 9 September 2020 /PRNewswire/ -- Ekaterina Rybakova - Presiden dan pengasas bersama Yayasan Rybakov telah menjadi pemenang Anugerah Kebangsaan "Pengurus Media Rusia - 2020" sebagai pendukung ideologi dan pengasas komuniti PRO Wanita.

 

Ekaterina membangunkan projek dalam bidang sosial dan pendidikan bersama suaminya Igor Rybakov. Pada waktu tertentu, Ekaterina dan Igor Rybakov memutuskan untuk mengabadikan bahagian kedua kehidupan mereka untuk mengembalikan modal ke dalam bentuk yang boleh mengubah masyarakat. Itulah sebabnya Yayasan Rybakov ditubuhkan. Yayasan tersebut telah menetapkan tujuannya agar pendidikan bermutu tinggi dapat diberikan kepada semua orang. Ini merupakan pelaburan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari 4, yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Misi Yayasan adalah untuk mewujudkan tradisi membangunkan masyarakat dengan usaha sendiri. Bertujuan untuk menyokong para usahawan, dermawan dan pelabur yang memberi impak yang teruja untuk menyumbang bagi mengubah masa depan pendidikan, Ekaterina dan Igor Rybakov mewujudkan Hadiah Ryabkov dengan Hadiah Utama berjumlah $1juta. 

Igor Rybakov adalah usahawan Rusia, ahli dalam senarai majalah Forbes sebagai orang terkaya di dunia pada tahun 2020 dengan kekayaan berjumlah $1.1 bilion. 

Komuniti Wanita PRO ditubuhkan pada tahun 2016 sebagai inisiatif Yayasan Rybakov, kini merupakan sebuah komuniti antarabangsa dan yayasan bebas yang menyatukan hampir 13,000 wanita dari 20 buah negara. Komuniti ini berdasarkan kepada kumpulan sokongan rakan sebaya wanita, yang beroperasi di lebih dari 150 bandar dan membantu wanita mencapai sasaran mereka, melancarkan projek dan memenuhi keperluan diri mereka sendiri. 

Ekaterina Rybakova: "Dalam tahun 2015, usahawan daripada Tomsk menanggung hutang yang banyak dengan seorang anak dalam tanggungannya lalu memutuskan untuk berpindah ke taiga ke sebuah perkampungan keluarga. Dengan bantuan ibu bapanya Elena melancarkan keluaran permainan berasaskan kayu yang dimulakannya dari awal. Perniagaan tersebut tidak mendatangkan keuntungan selama 2 tahun, Elena akhirnya mengalami kemurungan. Pada tahun 2017, beliau mendapat tahu tentang komuniti PRO Wanita dan memutuskan bahawa beliau akan menemui jalan keluar sekiranya beliau membantu orang lain. Beliau menjadi pemimpin kumpulan dan dalam empat bulan, berkat sokongan orang dan jaringan yang berfikiran yang sama, pendapatannya meningkat 15 kali ganda. Kini produk hasil keluaran kilang keluarga dari Siberia tersebut dijual di serata dunia!"

Majlis penganugerahan "Pengurus Media Rusia 2020" telah diadakan di Moscow pada 27 Ogos.

Foto: https://drive.google.com/drive/folders/1tGF_QEWCVD1LCxcCTIb_lHSZs-vy5Vuc?usp=sharing
Video
: https://www.youtube.com/watch?v=yTTGEBeIaCU

Source: Rybakov Family Foundation
Keywords: Publishing/Information Service Awards Not for profit Women-related news