omniture

Dominica Dinobatkan sebagai mempunyai Program Kewarganegaraan melalui Pelaburan Terbaik Di Dunia, Empat Kali Berturut-turut

CS Global Partners
2020-09-10 01:40 340

LONDON, 9 September 2020 /PRNewswire/ -- Indeks CBI 2020 menobatkan  Program Kewarganegaraan melalui Pelaburan (CBI) daripada Commonwealth of Dominica sebagai yang terbaik di dunia. Kajian yang diterbitkan oleh majalah Professional Wealth Management oleh Financial Times ini, mengukur 14 ciri program kewarganegaraan dan daya tarikan bidang kuasa di seluruh dunia. 

Indeks CBI telah menganugerahkan markah maksimum kepada Program Dominica dalam enam tonggak, termasuk tonggak Keluarga baharu untuk peruntukan bersifat mesra keluarganya yang luas. Negara ini turut mendapat markah penuh untuk kemudahan pemprosesan, perbelanjaan pelaburan minimum yang mampu milik, usaha wajar, kepastian produk, dan kekurangan keperluan untuk melakukan perjalanan atau taraf mastautin yang diwajibkan.

Berdasarkan laporan ini, "Dominica mengimbangi reputasi yang cemerlang untuk memenuhi keperluan pelabur dengan usaha wajar yang teguh, perbelanjaan pelaburan minimum yang rendah, pemprosesan yang cekap, dan tumpuan yang diperbaharui pada penyatuan keluarga". "Negara Caribbean turut menerajui beberapa pelarasan untuk peruntukan berhubung keluarga negara ini — khususnya di Dominica […] dengan turut merangkumi anak yang berusia 18 tahun ke atas, dengan sekatan yang kurang, di samping menyertakan saudara mara termasuk ibu bapa, datuk dan nenek, adik-beradik, serta keluarga pasangan pemohon utama." 

Kajian ini turut memuji kestabilan Program ini sepanjang Covid-19: "Dominica […] telah mengeluarkan pekeliling yang mengumumkan bahawa mereka telah mengalihkan proses ini kepada dalam proses talian untuk mengurangkan penularan penyakit ini. Dominica, yang unitnya telah mencapai peralihan yang pantas kepada pemprosesan secara jarak jauh selepas meraih pengalaman daripada musim hurikan pada tahun 2017, telah menyesuaikan keperluan penjarakan sosial Covid-19 dalam proses ini, dan terus memproses pada kadar yang pantas."

"Bagi kami, pelabur asing yang menjadi warganegara kami melalui CBI adalah rakan kongsi yang sangat berharga. Kami berbangga untuk mengaku bahawa mereka sebahagian daripada kami dan menawarkan tempat yang mempesona sebagai kediaman mereka," ujar Perdana Menteri, Roosevelt Skerrit.  

Mereka yang lulus semakan usaha wajar boleh memperoleh kewarganegaraan Dominica dengan sama ada membuat sumbangan minimum berjumlah US$100,000 kepada Economic Diversification Fund (Dana Pempelbagaian Ekonomi) atau melabur sekurang-kurangnya US$200,000 dalam hartanah yang telah diluluskan lebih awal. Hartanah yang dimaksudkan termasuklah hotel butik dan pusat peranginan berjenama yang mewujudkan ekopelancongan yang berkembang luas di Dominica. Dengan bantuan para pelabur asing, 'Pulau Semula Jadi Caribbean' ini berharap untuk menjadi negara paling lestari iklim pertama di dunia. Para pemohon CBI yang berjaya boleh menikmati perjalanan tanpa visa atau diberi visa setibanya ke lokasi di kira-kira 140 destinasi, mendapat akses penjagaan kesihatan dan pendidikan yang baik, dan melindungi masa hadapan generasi yang akan datang.

pr@csglobalpartners.com 

www.csglobalpartners.com  

 

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Real Estate Residential Real Estate Travel Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research