omniture

Zymergen Sasarkan Industri Bahan Kimia & Bahan $3 Trilion Dengan Pendanaan Baharu $300 Juta

Zymergen
2020-09-10 10:18 317

Salah satu pelaburan teknologi mendalam yang terbesar bagi tahun 2020 untuk mendorong keluaran produk tambahan dan pembangunan bahan perintis 

EMERYVILLE, California, 10 September 2020 /PRNewswire/ -- Syarikat sains dan inovasi bahan Zymergen hari ini mengumumkan pelaburan baharu sebanyak $300J bagi mempercepatkan penyampaian bahan yang revolusioner dan berprestasi tinggi. Pelaburan ini melibatkan pendanaan Siri D awal yang dipimpin oleh Baillie Gifford, disertai oleh Baron Capital Group dan salah satu dana kekayaan berdaulat yang terbesar di dunia, selain pembiayaan pertumbuhan tambahan daripada Perceptive Advisors. Beberapa pelabur semasa juga kembali dan Zymergen menjangkakan untuk mengumpul modal tambahan dalam suku keempat sebagai sebahagian daripada pusingan Siri D.

Kemasukan modal ini menguatkan dorongan Zymergen ke dalam industri bahan kimia dan bahan yang bernilai $3 trilion, mempercepatkan pengeluaran filem Hyaline perintis mereka, selain pengkomersialan produk perintis tambahan dalam bidang elektronik, pertanian, penjagaan pengguna dan penjagaan kesihatan.

Zymergen membangunkan dan melancarkan produk berprestasi lebih baik dengan lebih lestari dan dengan sebahagian kecil kos dan masa yang biasanya diambil menggunakan teknik-teknik yang diperlukan. Kombinasi unik antara biologi, kimia, pembelajaran mesin dan pengautomatan makmal menyokong platform proprietari yang berkuasa daripada Zymergen, memacu keupayaan syarikat untuk menemui, mereka bentuk dan mengkomersialkan bahan-bahan yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Portfolio luas produk Zymergen merupakan tonggak inovasi dalam sektor bahan kimia dan bahan yang sebaliknya lembap. American Chemistry Council melaporkan bahawa industri kimia A.S. menguncup sebanyak 3% pada tahun 20191, industri yang tidak menghasilkan bahan perintis sejak tahun 1980-an. Terikat kepada infrastruktur pembuatan sedia ada dan amalan yang sudah ketinggalan zaman, banyak syarikat kimia legasi telah mengurangkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan bahan baharu, membiarkan orang ramai dengan produk berkualiti rendah dan bumi dengan kemusnahan alam sekitar yang semakin meningkat. Walaupun mengalami penguncupan, industri kimia A.S. kekal sebagai penyumbang yang besar terhadap perubahan iklim global, menjana lebih 190 juta tan metrik emisi gas rumah hijau pada tahun 2018 itu sendiri sebagaimana yang dilaporkan oleh EPA2.

"Falsafah pelaburan kami adalah untuk mengenal pasti syarikat-syarikat yang dapat membawa perubahan transformasi dalam tempoh jangka panjang," kata Peter Singlehurst, Ketua Ekuiti Tidak Tersenarai di Baillie Gifford. "Zymergen menunjukkan keupayaan mereka untuk mencipta produk secara meluas dengan sifat-sifat yang dahulunya tidak dapat dibayangkan. Barisan produk mereka yang beraneka dan semakin berkembang, digandingkan dengan pendekatan platform mereka, menjadikan ini sebagai proses yang boleh diulang yang menjadi semakin baik dari masa ke masa. Sebagai pelabur jangka panjang, kami mencari syarikat-syarikat yang berpotensi untuk mengubah industri-industri selama berdekad-dekad. Zymergenlah syarikatnya."

Pelaburan yang diumumkan hari ini membantu membawa produk Hyaline yang revolusioner ke pasaran dengan lebih cepat dan mempercepatkan pembangunan racun perosak semula jadi daripada Zymergen dan produk perlindungan tanaman perolehan bio yang, selain penghalau serangga berasaskan bio. Inovasi produk ini disokong oleh platform dan infrastruktur teknologi yang hebat, dilindungi oleh set data yang kukuh dan semakin berkembang.

"Zymergen menggalas tanggungjawab daripada generasi-generasi penginovasi lebih awal dan memanfaatkan peluang yang besar untuk mencipta produk transformatif dengan biologi," kata Jay Flatley, Pengerusi lembaga di Illumina dan Ketua Pengarah Bebas Lembaga Zymergen. "Zymergen menukarkan visi hebat mereka menjadi kenyataan - dalam bentuk produk sebenar - dan menguasai pasaran baharu serta besar yang memberi nilai kepada pelanggan mahupun pelabur."

"Kami membina Zymergen untuk menghasilkan produk berprestasi tinggi dan revolusioner yang mengatasi bahan sedia ada dan dalam masa yang sama mengurangkan kesan terhadap alam sekitar secara mendadak," kata Ketua Pegawai Eksekutif Zymergen Josh Hoffman. "Ini merupakan pelaburan yang tepat pada ketika ini, memajukan visi jangka panjang kami yang bersifat transformasi dan membawa produk sebenar ke pasaran."

Latar Belakang Zymergen 
Zymergen ialah sebuah syarikat sains dan inovasi bahan yang memikirkan semula biologi dan menafsirkan semula dunia. Pelopor Teknologi Forum Ekonomi Dunia, Zymergen bergabung dengan alam semula jadi untuk mencipta bahan dan produk yang belum pernah dibayangkan sebelum ini dalam industri-industri – bermula daripada pertanian kepada elektronik, penjagaan pengguna kepada farmaseutikal dan banyak lagi. Syarikat ini mencipta bahan lestari yang digunakan hari ini, membawa nilai untuk syarikat-syarikat Fortune 1000 dengan produk bernilai lebih $1 bilion menggunakan inovasi mikrob Zymergen yang dijual sehingga kini. Di Zymergen, kami mencipta masa depan. Ketahui lebih lanjut di zymergen.com

Kenyataan Pandang Ke Hadapan. Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan yang bersifat ramalan dan bergantung pada peristiwa atau keadaan masa depan, termasuk kenyataan berhubung dengan pertumbuhan syarikat, pertumbuhan pasaran baharu dan pewujudan, masa dan prestasi produk, perkhidmatan dan penyelesaian baharu, selain impaknya yang lebih luas. Kenyataan ini bukan jaminan prestasi masa depan dan sememangnya tertakluk pada ketidaktentuan, risiko dan perubahan dalam keadaan yang sukar diramal. Keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar mungkin berbeza dengan ketara daripada jangkaan semasa.

1 https://www.americanchemistry.com/Media/PressReleasesTranscripts/ACC-news-releases/Chemical-Industry-Outlook-Slower-Growth-Amid-Near-Term-Headwinds.html   

2 https://www.epa.gov/ghgreporting/ghgrp-chemicals 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1218528/Zymergen_Logo.jpg?p=medium600  

 

Source: Zymergen
Related Links:
Keywords: Chemical Financing agreements