omniture

Persatuan Ginseng Korea, umum hala tuju baharu untuk ginseng Korea, bahan fungsian senaraian terbuka untuk kesihatan tulang

The Korea Ginseng Association
2020-09-11 11:00 815

SEOUL, Korea Selatan, 11 September 2020 /PRNewswire/ -- Persatuan Ginseng Korea mengumumkan bahawa ginseng Korea didaftarkan sebagai 'bahan fungsian yang disenaraikan secara terbuka untuk kesihatan tulang' oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-ubatan (MFDS) pada Julai lalu. Dengan berita ini, pembangunan pelbagai makanan fungsian kesihatan dengan ginseng dan peningkatan kebolehcapaian untuk pengambilan ginseng lebih cenderung berlaku.

Persatuan Ginseng Korea
Persatuan Ginseng Korea

Pengumuman daripada MFDS adalah berdasarkan kepada kajian klinikal dengan peserta-peserta yang disempurnakan oleh Pentadbiran Pembangunan Luar Bandar pada tahun 2019. Kajian berkenaan mengesahkan bahawa kumpulan ujian yang diberikan ekstrak ginseng menunjukkan 11.6 kali ganda lebih tinggi osteocalcin (penanda struktur tulang) dan peningkatan kepekatan kalsium 3 kali ganda lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan.

MFDS ialah agensi kerajaan pusat yang bertanggungjawab menggalakkan kesihatan awam dengan menjamin keselamatan dan melaksanakan tugas-tugas pentadbiran yang berkaitan dengan ubat-ubatan, drug, peralatan perubatan, kosmetik, makanan fungsian kesihatan dan sebagainya. 'Bahan fungsian yang disenaraikan secara terbuka' merujuk kepada bahan-bahan mentah atau sifat-sifat yang dimaklumkan kepada umum oleh Menteri MFDS. Selagi mana piawaian dan peraturan tertentu dipatuhi, sesiapa sahaja boleh menghasilkan produk yang berkaitan.

Ginseng Korea mempunyai sejarah selama 1,500 tahun lamanya dan diketahui sebagai salah satu hasil pertanian yang paling terkenal di Korea atas keberkesanan dan kualitinya yang luar biasa. Pengumuman daripada MFDS menambah satu lagi sifat fungsian yang disenaraikan secara terbuka untuk ginseng Korea buat julung kalinya dalam masa 16 tahun; kini, senarai ini merangkumi peningkatan sistem imun, pemulihan keletihan dan kesihatan tulang yang lebih baik. Agar ginseng dianggap sebagai bahan fungsian yang disenaraikan secara terbuka untuk kesihatan tulang, ia perlu memasukkan sejumlah 25 mg ginsenoside (saponin) termasuk Rg1 dan Rb1.

"Kini kami mempunyai bukti untuk percaya bahawa kebolehcapaian kepada ginseng akan dapat meningkatkan dan membuka peluang bagi membangunkan pelbagai makanan fungsian kesihatan memandangkan kini ginseng diiktiraf sebagai bahan fungsian yang disenaraikan secara terbuka. Kami berharap agar lebih ramai orang dapat meningkatkan kesihatan tulang mereka melalui pengambilan ginseng," kata En. Jang, pengurus Persatuan Ginseng Korea.

Persatuan Ginseng Korea ialah sebuah persatuan yang diperbadankan di bawah Kementerian Makanan, Pertanian, Perhutanan dan Ternakan. Ia dikhususkan untuk meningkatkan keuntungan pemegang kepentingan dalam industri ginseng, bagi menggalakkan pertumbuhan industri yang baik dan untuk mengglobalisasikan ginseng Korea.

Sila kunjungi laman utama untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ginseng Korea. (http://korean-ginseng.org/en2/).

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200903/2907465-1?lang=0 

Hubungi:
Pasukan Perhubungan Awam
Persatuan Ginseng Korea
insam3111@daum.net 

Source: The Korea Ginseng Association
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Supplementary Medicine New products/services