omniture

Sai Life Sciences memperluaskan platform analisis selular di Cambridge, MA

Sai Life Sciences
2020-09-11 19:54 888

CAMBRIDGE, Mass. dan HYDERABAD, India, 11 September 2020 /PRNewswire/ -- Sai Life Sciences, salah satu daripada Organisasi Pembangunan & Pengilangan Kontrak (CDMOs) yang berkembang pesat di India, hari ini mengumumkan penambahan platform selular analisisnya yang canggih di Kemudahan Penerokaan Biologi di Cambridge, Massachusetts, USA.  

Sai Life Sciences expands suite of cellular analysis platforms in Cambridge, MA
Sai Life Sciences expands suite of cellular analysis platforms in Cambridge, MA

Berbetulan dengan ulang tahun pertamanya di Cambridge, peningkatan keupayaan merangkumi Opera Phenix platform pengimbas berkeupayaan tinggi, sitometer aliran FACSCelesta dan penyusun aliran FACSMelody, membolehkan ia berkhidmat dengan lebih baik kepada syarikat bioteknologi dan baharu di rantau tersebut, khususnya projek penyelidikan biologi novel dalam bidang onkologi, sains neuro dan penyakit yang jarang ditemui.

Pada tahun-tahun yang lalu, makmal ini berjaya menghasilkan pelbagai projek termasuk kajian genetik dan pengesahan sasaran farmakologi, pengesahan reagen, dan membangunkan pelbagai ujian untuk pelanggannya seperti ujian penglibatan sasaran selular dan pentaksiran biomarker vitro.

Menceritakan pengalamannya bekerja dengan Sai Life Sciences, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif  Auron Therapeutics, Dr Katherine Yen berkata, "Bukan sahaja mereka mengendalikan eksperimen dengan teliti dan menghantar data pada waktu yang tepat, pakar teknikal mereka juga menyumbang kepada reka bentuk eksperimental dan interpretasi hasil yang membolehkan kami mengeluarkan data kritikal dengan pantas untuk program penyelidikan perubatan kami."

Dengan sentimen yang sama, Pengasas Bersama & Pengarah R&D Eikonizo Therapeutics, DrAl Schroeder berkata, "Pasukan Sai amat pantas dalam membangunkan pelan kerja dan memulakan eksperimen untuk menyelesaikan keperluan ujikaji kami, dan kehadiran mereka di Cambridge mempercepatkan projek. Kami amat berpuas hati dengan kepantasan dan ketelitian mereka dan sudah tentu kami akan terus bekerjasama dengan mereka."

Terletak di tengah-tengah ekosistem bioteknologi Cambridge/Boston, makmal Sai yang berkeluasan 8,500 kaki persegi di Kendall Square mewujudkan peluang ahli bioteknologi tempatan untuk bekerjasama secara bersemuka dengan kerap bersama para saintis Sai, dan mempercepatkan penyelidikan luaran mereka dengan mengurangkan kitaran masa. Sasaran penyelidikan makmal tersebut membolehkan pelanggan menghasilkan projek biologi yang kompleks yang memerlukan lebih banyak reka bentuk eksperimen bendalir dengan keputusan masa nyata. Pasukan di Cambridge dibantu oleh pasukan biologi yang lebih besar di India yang bekerja bersama-sama untuk memberi pelanggan penyelesaian optimum dari segi kepantasan, kos dan bakat.

Bercakap tentang rancangan syarikat, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengarah Urusan Sai Life Sciences, Krishna Kanumuri berkata, "Kami komited dalam membantu pelanggan memajukan portfolio penyelidikan dalaman dan melaburkan sumber yang banyak untuk memberi perkhidmatan bertaraf dunia di daerah Boston. Keupayaan tambahan terbaru ini adalah yang terkini dalam pelan pembangunan strategik kami dengan keupayaan penting lain yang akan datang."

Makmal Cambridge berfungsi sebagai jambatan penting yang membolehkan integrasi tak berkelim dengan tawaran perkhidmatan lain di seluruh UK dan India, mengembangkan penyelidikan ubat-ubatan dan pembangunan perubatan kimia yang berterusan, DMPK dan toksikologi, proses kimia dan pembangunan analitik, serta pembuatan berskala komersial.

Tentang Sai Life Sciences 

Sai Life Sciences ialah CDMO khidmat penuh yang didorong oleh visi untuk menyokong pelancaran 25 ubat-ubatan baharu menjelang 2025.  Ia bekerjasama dengan syarikat inovasi ubat dan bioteknologi global, mempercepatkan penyelidikan, membangunkan dan mengeluarkan molekul kecil yang kompleks. Mengkhusus dalam CDMO, Sai Life Sciences telah berkhidmat kepada pelbagai kumpulan program pembangunan NCE, memberi nilai yang konsisten berdasarkan kualiti dan ketahanannya. Hari ini, ia bekerjasama dengan 7 daripada 10 syarikat ubat yang besar dan terkenal, serta beberapa syarikat ubat kecil dan bersaiz sederhana. Sai Life Sciences dimiliki secara persendirian dan didukung oleh pelabur global, TPG Capital dan HBM Healthcare Investments. https://www.sailife.com 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1044186/Sai_Life_Sciences_Logo.jpg?p=medium600  
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1251954/sai_life_sciences_operaphenix.jpg?p=medium600

 

Source: Sai Life Sciences
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Corporate Expansion