omniture

5 tahun, USD500 juta dan hampir 1,000 orang: Cytiva melabur untuk peningkatan kapasiti global

Cytiva
2020-09-14 20:00 381
  • Jumlah rancangan pelaburan sekitar USD500 juta selama lima tahun untuk mempertingkatkan kapasiti pengilangan
  • Strategi jangka panjang berterusan dalam peningkatan kapasiti adalah untuk memenuhi permintaan industri yang semakin meningkat dan peluang pasaran baharu.
  • Cytiva mengupah hampir 1,000 orang pekerja di Austria, China, Singapura, Sweden, Switzerland dan Amerika Syarikat
  • Barisan pengilangan baharu, syif 24/7 dan peningkatan automasi akan menambah kapasiti pengilangan

AMERSHAM, United Kingdom, 14 September 2020 /PRNewswire/ -- Cytiva, peneraju sains hayat global, sedang meningkatkan kapasiti pengilangan dan mengambil pekerja dalam bidang-bidang utama bagi menyokong perkembangan jangka panjang dalam industri bioteknologi.

Cytiva's global network
Cytiva's global network

Emmanuel Ligner, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Cytiva, berkata: "Kami mengetahui dari pelanggan bahawa ketersediaan dan tempoh pembuatan adalah amat penting selepas kualiti. Komitmen jangka panjang Cytiva adalah untuk memberi produk terbaik, pada waktu yang tepat dan membantu pelanggan kami dengan kemahiran.  Industri ini sedang berkembang pesat dan kini semakin pantas berikutan COVID-19. Mempercepatkan pelaburan akan memperkukuhkan komitmen ini."

Sementara pandemik COVID-19 meningkatkan permintaan jangka pendek, industri bioterapeutik dijangka akan terus berkembang sebanyak dua digit pada masa ini dan menjelang 20251.  Rangkaian agihan dan pengilangan produk Cytiva global merangkumi 13 kawasan di Asia, Amerika dan Eropah. Pelaburan ini, yang berjumlah sekitar USD500 juta akan memenuhi permintaan dalam dan luar kawasan, menjamin bekalan melalui pengilangan berganda dan meningkatkan kapasiti global keseluruhan dalam lapangan produk penting. 

Cytiva juga melabur dalam bakat, mengupah hampir 1,000 orang di seluruh dunia. Ligner berkata: "Kami memperoleh bakat dalam setiap bidang perniagaan kami, daripada komersial hingga di barisan pengeluaran, untuk memberi perkhidmatan lebih baik dalam jangka panjang."

Teknologi sekali guna diguna pakai dalam 85%2 daripada pengilangan biologi kini di barisan pembuatan pra-komersial dan klinikal. Apabila kelulusan kawal selia berlaku, permintaan untuk produk sekali guna pada skala pembuatan dijangka meningkat dengan banyak. Melalui peralatan dan infrastruktur tambahan di pelbagai tapak, kapasiti Cytiva untuk menghasilkan produk sekali guna akan meningkat melebihi dua kali ganda.

Di Asia-Pasifik, kapasiti penggunaan sekali guna akan meningkat tiga kali ganda melalui kerjasama dengan salah sebuah syarikat pembekal teknologi penjagaan kesihatan terbesar di China, Wego, yang telah menghasilkan barang kegunaan untuk pelanggan Cytiva di rantau ini. 

Pengeluaran media kultur sel akan terus meningkat, terima kasih kepada barisan pengilangan baharu dan ruang pembersihan di Logan, Utah, juga dengan tambahan syif dan kakitangan. Di Singapura dan Pasching, Austria peningkatan hasil keluaran adalah berikutan tambahan kakitangan dan syif. Ini berikutan peningkatan sepuluh kali ganda pengeluaran media kultur sel serbuk yang diumumkan pada Mei 2018.

Kapasiti platform pengilangan produk kromatografi MabSelect dan Capto milik Cytiva telah meningkat dua kali ganda, sebagai sebahagian daripada peningkatan kapasiti USD70 juta setahun (2017 - 2022) dan program pemodenan kemudahan tapaknya di Uppsala, Sweden. Kini, kilang ini diautomasi sepenuhnya dengan teknologi terkini untuk membolehkan pengilangan berterusan. Elemen lain termasuk pembesaran kapasiti resin Sephadex, membina kemudahan tambahan untuk pengilangan dalaman dan pembangunan infrastruktur automasi dan digital.

Cytiva juga membolehkan pasaran terapi sel dan gen berkembang pesat melalui pelaburan di sebuah kemudahan baharu di Grens, Switzerland untuk membuat kit sekali guna bagi sistem pemprosesan sel Sepax dan Sefia.

Cytiva mempunyai program Keselamatan Bekalan yang bertahan lama dan komprehensif yang membolehkan hasil pembuatan memenuhi permintaan pasaran sambil memastikan bahawa operasi dan keupayaan perkhidmatan diteruskan dengan selamat. Untuk sesetengah barisan produk, sebahagian daripada penyelesaiannya adalah dengan memiliki pelbagai tapak yang boleh memenuhi permintaan pelanggan. 

Ligner berkata: "Pengilangan berganda memberi jaminan kepada pelanggan bahawa sekiranya satu lokasi mengalami kekangan kapasiti, kami mempunyai banyak sandaran yang tersedia untuk diaktifkan."

Tentang Cytiva
Cytiva adalah peneraju sains hayat global dengan lebih daripada 7,000 pertubuhan di sekitar 40 buah negara yang dikhususkan untuk memaju dan mempercepatkan industri terapeutik. Sebagai rakan kongsi kepercayaan pelanggan yang pelbagai dari segi skala dan skop, Cytiva memberi kepantasan, kecekapan dan kapasiti untuk penyelidikan dan aliran kerja pengilangan, membolehkan pembangunan, pengilangan dan penghantaran ubat-ubatan transformatif kepada pelanggan.

1 Laporan dan Tinjauan BioPlan 2020 Pengeluaran dan Kapasiti Pengilangan Biofarmaseutikal, ms 29
2 Laporan dan Tinjauan Bioplan 2020 Pengeluaran dan Kapasiti Pengilangan Biofarmaseutikal, ms 58

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1252653/cytiva_capacity_expansion.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1138636/cytiva_Logo.jpg?p=medium600

Source: Cytiva
Related Stocks:
NYSE:DHR
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Corporate Expansion Personnel announcements