omniture

RBC buka pendaftaran untuk acara larian maya global pertama dalam siri Race for the Kids amalnya

RBC
2020-09-14 21:00 302

Peserta digalakkan untuk berlari atau berjalan dalam 'perlumbaan maya' mereka sendiri untuk menyokong 36 rakan kongsi yang mengambil bahagian dari 16 negara

TORONTO, 14 September 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, RBC membuka pendaftaran untuk acara larian amal global dan maya pertamanya, sebagai sebahagian daripada siri Race for the Kids istimewanya. Dana yang dikumpul dari acara ini akan memberi faedah kepada perjuangan belia dan kanak-kanak di seluruh dunia, dengan 36 rakan kongsi amal yang dapat dipilih untuk disokong oleh peserta. Menghadapi gangguan ketara pandemik COVID-19, perkhidmatan yang memberi tumpuan kepada belia disediakan oleh rakan-rakan kongsi amal ini diperlukan kini lebih daripada sebelum ini.

Tidak menggunakan format acara larian yang standard, peserta akan menikmati pengalaman maya inovatif melalui pendaftaran dalam talian dan laman sesawang kutipan dana acara:

  • Mendaftar untuk acara ini adalah percuma dan terbuka kepada semua, tanpa mengira geografi, usia, atau keupayaan berlari.
  • Peserta boleh memilih untuk menyokong mana-mana daripada 36 rakan kongsi amal yang mengambil bahagian, tanpa mengira di mana mereka berada secara fizikal.
  • Peserta akan dapat memilih jarak dan laluan larian peribadi mereka di komuniti tempatan mereka (tanpa lapangan larian yang ditentukan sebelumnya).
  • Peserta digalakkan untuk melengkapkan larian atau perjalanan mereka sendiri atau bersama anggota keluarga (sambil mematuhi nasihat kesihatan awam tempatan dan garis panduan kerajaan) di sepanjang hujung minggu 17-18 Oktober.
  • Laman sesawang acara bersepadu dengan banyak aplikasi larian, yang membolehkan peserta merakam dan memeta larian atau berjalan maya mereka.
  • Bib pelari, poster acara, dan sijil penyelesaian akan tersedia untuk dimuat turun melalui laman sesawang acara.
  • Peserta juga akan menerima pingat digital dan pengiktirafan yang boleh dikongsi di media sosial.

Matlamat RBC untuk acara ini ialah untuk mewujudkan 'larian ria keluarga maya terbesar di dunia', dengan semua pekerja RBC, keluarga/teman mereka, penyokong rakan kongsi amal, dan orang ramai dijemput untuk mengambil bahagian.

"Pandemik global ini telah mengganggu beberapa aspek kehidupan kita. Untuk ramai orang muda, krisis ini memberi kesan negatif kepada kesihatan mental dan kesejahteraan mereka, akses kepada pendidikan, dan peluang-peluang pekerjaan," kata Dave McKay, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, RBC. "Itulah sebab kami membawakan Race for the Kids RBC ke format maya pada tahun ini – untuk memastikan kami dapat terus menangani keperluan ini, menyokong orang muda dan keluarga mereka menghadapi cabaran ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 36 rakan kongsi amal kami atas dedikasi berterusan mereka kepada belia dalam tahun yang kritikal ini dan menantikan hujung minggu Race."

Sebelum tahun 2020, acara Race for the Kids RBC diadakan di 17 lokasi fizikal, termasuk: Bahamas, Barbados, Calgary, Chicago, Hong Kong, Jersey, Kuala Lumpur, London, Montreal, New York, Ottawa, Seattle, St. Paul, Sydney, Toronto, Trinidad & Tobago, dan Vancouver. Sejak penubuhannya dalam tahun 2009, siri ini telah menarik lebih daripada 260,000 peserta dan mengumpulkan $57 juta untuk perjuangan belia dan kanak-kanak di seluruh dunia.

Di samping menganjurkan acara maya ini, RBC telah menjanjikan $10.5 juta setakat ini ke arah keselamatan makanan, kesihatan mental, dan ketersediaan strategik sebagai respons kepada pandemik COVID-19. Dalam tahun 2019, RBC menyumbang $130 juta kepada hampir 5,000 organisasi amal, secara global.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Race for the Kids RBC, rakan kongsi amalnya, atau mendaftar untuk acara maya, kunjungi: www.rbcraceforthekids.com.

Latar Belakang RBC
Royal Bank of Canada ialah institusi kewangan global dengan pendekatan yang dipacu tujuan dan dipimpin oleh prinsip untuk menyampaikan prestasi terkemuka. Kejayaan kami datang daripada 86,000+ pekerja yang membawakan visi, nilai dan strategi kami menjadi kenyataan supaya kami dapat membantu pelanggan kami berkembang dan masyarakat menjadi sejahtera. Sebagai bank terbesar Kanada, dan salah satu daripada yang terbesar di dunia berdasarkan permodalan pasaran, kami mempunyai pelbagai model perniagaan dengan tumpuan ke atas inovasi dan menyediakan pengalaman luar biasa kepada 17 juta pelanggan kami di Kanada, A.S. dan 34 negara lain. Ketahui lebih lanjut di rbc.com.‎

Kami berbangga dapat menyokong pelbagai inisiatif komuniti melalui sumbangan, pelaburan komuniti dan aktiviti-aktiviti sukarela pekerja. Lihat bagaimana di rbc.com/community-social-impact.

Josh Humeniuk, Komunikasi Korporat, RBC, 416-567-5607, josh.humeniuk@rbc.com

Source: RBC
Related Stocks:
NYSE:RY Toronto:RY
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Social Responsibility Hispanic-oriented news