omniture

Kajian Kesediaan Siber Baharu Semasa Pandemik Dedahkan Jurang Keselamatan dan Keperluan untuk Penyelesaian Baharu

Ketika Acronis Cyber Protect 15 dilancarkan, kajian global baharu mendedahkan bahawa 31% syarikat bergelut dengan serangan siber harian dan cabaran perlindungan baharu yang disebabkan oleh kerja jarak jauh
Acronis
2020-09-15 12:44 2656

SINGAPURA, 15 September 2020 /PRNewswire/ -- Acronis, peneraju global dalam perlindungan siber, mengumumkan pelancaran Acronis Cyber Protect 15, yang mengintegrasikan alat sandaran, pemulihan bencana, antiperisian hasad generasi seterusnya, keselamatan siber dan pengurusan titik akhir ke dalam satu penyelesaian secara unik.

Produk baharu ini muncul bilamana perniagaan bergelut untuk melindungi data dan infrastruktur mereka daripada risiko landskap kerja jarak jauh baharu. Laporan Kesediaan Siber Acronis yang baru dikeluarkan, yang menyoal selidik 3,400 syarikat global dan pekerja jarak jauh ekoran pandemik COVID-19 yang masih berlaku, mendedahkan bahawa 92% syarikat yang ditinjau menyatakan mereka telah menerima pakai teknologi baharu untuk membolehkan kerja jarak jauh dilaksanakan, termasuk alat kolaborasi tempat kerja, penyelesaian privasi dan keselamatan siber titik akhir.

Cabaran untuk organisasi-organisasi adalah pengurusan perlindungan data dalam seluruh rangkaian syarikat dan kesemua peranti baharu yang menggunakan banyak penyelesaian berbeza adalah mahal, memakan masa dan rumit. Kekurangan integrasi juga mewujudkan jurang dalam pertahanan organisasi-organisasi yang dieksploitasi oleh penjenayah siber.

Laporan Kesediaan Siber Acronis mendedahkan bahawa ketika penggodam menyasarkan pekerja jarak jauh, serangan pancingan data, nafi khidmat teragih (DDoS) dan persidangan video merupakan taktik paling biasa yang digunakan.

  • 39% syarikat mengalami serangan persidangan video sepanjang tiga bulan lalu memandangkan pekerja bergantung pada aplikasi Zoom, Cisco Webex dan Microsoft Teams. Baru-baru ini, Cisco mendedahkan kerentanan dalam aplikasi Webexnya yang membolehkan penyerang membuka, membaca dan mencuri kandungan yang berpotensi bernilai atau merosakkan kandungan.
  • Serangan perisian hasad seperti perisian tebusan juga telah meningkat semasa pandemik, dengan 31% syarikat melaporkan serangan siber harian dan separuh (50%) menjadi sasaran sekurang-kurangnya sekali seminggu, termasuk dalam bulan Julai apabila pengeluar utama teknologi GPS didakwa membayar $10 juta dalam serangan perisian tebusan WastedLocker. Pusat Operasi Perlindungan Siber Acronis (CPOC) mendapati bahawa 35% titik akhir pelanggan terdedah kepada serangan perisian hasad yang masih boleh dicerobohi sebelum menggunakan Acronis Cyber Protect.
  • Serangan pancingan data berlaku pada tahap bersejarah, yang mana bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan laporan tersebut mendapati hanya 2% syarikat mempertimbangkan penapisan URL apabila menilai suatu penyelesaian keselamatan siber. Kealpaan ini mengakibatkan pekerja jarak jauh rentan terhadap laman pancingan data – CPOC Acronis mendapati bahawa kira-kira 10% pengguna mengklik pada laman sesawang berniat jahat pada bulan Mei, Jun dan Julai.

Penemuan dan kajian luar Acronis ini menunjukkan mengapa organisasi-organisasi memerlukan penyelesaian perlindungan siber yang dapat mengurangkan kerumitan dan meningkatkan keselamatan bagi menyokong persekitaran kerja jarak jauh dan penyelesaian ini haruslah berkesan kos bagi menangani skala pekerja jarak jauh.

Baca Laporan Kesediaan Siber Acronis penuh di blog Acronis: www.acronis.com/en-us/blog.

Landskap siber moden menuntut perlindungan moden

"Landskap ancaman siber telah berubah secara mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan khususnya dalam enam bulan yang lalu. Penyelesaian antivirus dan sandaran mandiri tradisional tidak dapat melindungi ancaman siber moden," kata Serguei "SB" Beloussov, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Acronis. "Automasi dan pengurusan yang diperkemas daripada Acronis Cyber Protect 15 bererti mana-mana perniagaan boleh mengurangkan risiko mereka, mengelakkan masa henti dan meningkatkan produktiviti pasukan IT mereka."

Menerusi integrasi unik antara keupayaan perlindungan data dan keselamatan siber generasi seterusnya daripada Acronis Cyber Protect 15 termasuk pengesanan tingkah laku berasaskan AI yang menghalang serangan hari-sifar, penapisan URL, penilaian kerentanan, perlindungan persidangan video dan pengurusan tampal automatik – organisasi-organisasi dapat berlindung daripada ancaman siber moden sekali gus memastikan mereka dapat memulihkan semula data dan sistem mereka dengan lebih pantas berbanding mana-mana penyelesaian lain.

  • 10% pengguna mungkin mengklik pada pautan berniat jahat yang membawa kepada serangan pancingan data, namun penapisan URL dalam Acronis Cyber Protect menyekat semua laman berkenaan – melindungi pengguna, peranti mereka dan juga data syarikat mereka.
  • Perlindungan persidangan video mengelakkan eksploitasi aplikasi seperti Zoom, Webex dan Microsoft Teams. Bahkan, Acronis Cyber Protect menghalang eksploitasi pelaksanaan kod dalam Webex sebelum ia ditampal oleh Cisco.
  • Pengujian oleh makmal keselamatan siber bebas seperti AV-Test dan Virus Bulletin menunjukkan bahawa antiperisian hasad Acronis Cyber Protect mengesan 100% serangan perisian hasad dengan sifar positif palsu. Sekiranya pengeluar GPS mempunyai Acronis Cyber Protect, ia tidak akan pernah perlu membayar wang tebusan sebanyak $10 juta.

Dengan 88% pekerja jarak jauh yang disoal selidik oleh Acronis sedikit sebanyak dijangka bekerja dari rumah walaupun setelah pandemik berakhir, usaha memastikan perlindungan mereka dan keselamatan siber akan memerlukan suatu integrasi dan automasi yang hanya terdapat dalam Acronis Cyber Protect.

Berdasarkan kepada kadar serangan siber semasa, integrasi unik sandaran dan keselamatan siber membolehkan Acronis Cyber Protect untuk mengelakkan anggaran kerugian langsung bernilai $150 juta untuk pelanggannya setiap tahun.

Latar Belakang Acronis

Acronis menyatukan perlindungan data dan keselamatan siber untuk menyampaikan perlindungan siber bersepadu dan automatik yang dapat menangani cabaran keselamatan, kebolehcapaian, privasi, kesahihan dan sekuriti (SAPAS) dunia digital moden. Dengan model penggunaan fleksibel yang sesuai dengan tuntutan penyedia perkhidmatan serta golongan profesional IT, Acronis menyediakan perlindungan siber yang unggul untuk data, aplikasi dan sistem menerusi penyelesaian antivirus, sandaran, pemulihan bencana dan pengurusan perlindungan titik akhir generasi seterusnya yang inovatif. Dengan antiperisian hasad berasaskan AI memenangi anugerah dan teknologi pengesahan data berasaskan rantaian blok, Acronis melindungi sebarang persekitaran – bermula daripada awan hingga hibrid serta atas-premis -- pada kos yang rendah.

Ditubuhkan di Singapura pada tahun 2003 dan diperbadankan di Switzerland pada tahun 2008, kini Acronis mempunyai lebih daripada 1,500 pekerja di 33 lokasi dalam 18 negara. Penyelesaiannya dipercayai oleh lebih daripada 5.5 juta pengguna rumah dan 500,000 syarikat termasuk 100% syarikat Fortune 1000 dan pasukan sukan profesional tahap teratas. Produk Acronis boleh didapati melalui 50,000 rakan kongsi dan penyedia perkhidmatan di lebih 150 negara dalam lebih daripada 40 bahasa.

Source: Acronis
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security New products/services