ALGIERS, Algeria, 15 September 2020 /PRNewswire/ --Easyfairs Northeral, penganjur Ekspo MAGHREB PHARMA mengumumkan tarikh baharu pameran perdagangan antarabangsa negara itu untuk industri farmaseutikal di Afrika Utara. Dalam situasi ini, Menteri Industri Farmaseutikal Algeria, Lotfi Benbahmed, mengumumkan pada akhir Ogos di Algiers bahawa Algeria merancang untuk mengeksport ubat-ubatan keluaran tempatan bernilai $ 5 bilion. Ia merupakan satu pendekatan yang berasaskan pengeluar tempatan dan juga syarikat farmaseutikal asing yang ada di Algeria : "Menjelang tahun 2025, Algeria, menerusi kapasiti industri farmaseutikal kami, merancang untuk mengeksport kuantiti ubat-ubatan bersamaan dengan kuantiti ubat-ubatan yang diimport untuk mencapai keseimbangan akaun," jelasnya.
Ekspo MAGHREB PHARMA, pameran perdagangan teknologi farmaseutikal terbesar di Afrika akan berlangsung mulai 9 hingga 11 Februari 2021 di Pusat Persidangan Antarabangsa Algiers . Dengan menghimpunkan 200 pempamer antarabangsa dari 25 negara, pameran ini membawa kesemua pembekal bahan, pembungkusan, barisan pembuatan, bilik pembersihan, projek siap guna dan peralatan makmal di satu tempat yang dapat menyumbang kepada kepantasan kapasiti pembuatan tempatan.
Penganjur Ekspo MAGHREB PHARMA, Olivier-Hicham Allard menjelaskan: "Acara yang berpandukan misi ini telah menyokong pembangunan kapasiti pengeluaran farmaseutikal tempatan di Afrika Utara selama 8 tahun dan menyumbang secara aktif kepada peralihan kos import ubat-ubatan kepada pelaburan pembuatan tempatan. Kami sedang menyaksikan evolusi yang memberangsangkan yang pada awalnya pengilang tempatan memberikan tumpuan pada produk generik asli namun kini ingin mengembangkan portfolio mereka dengan meneroka peralatan pembuatan bioteknologi, bahan produk OTC, formula pelengkap makanan, pembungkusan inovatif, peranti perubatan dan juga dermokosmetik. Kami amat yakin bahawa Algeria dan seluruh rantau Maghreb, dengan lokasi strategik antara Afrika dan Eropah, mampu menjadi hab pembuatan farmaseutikal terbesar di dunia. Misi kami sebagai penganjur acara ini adalah untuk menyokong industri farmaseutikal tempatan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai objektif ini."
Ekspo MAGHREB PHARMA akan berlangsung dari 9 hingga 11 Februari 2021 di Pusat Persidangan Antarabangsa Algiers. Lebih 2800 tokoh profesional dan pembuat keputusan dari Afrika Utara akan bertemu lebih 200 pempamer di ruang seluas 9000 meter persegi dan bakal menghadiri lebih 30 persidangan. Untuk maklumat lanjut tentang acara atau untuk mendaftar secara dalam talian, sila layari www.maghrebpharma.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1252194/MAGHREB_PHARMA_Expo_Logo.jpg?p=medium600