![]() |
Laporan kenal pasti kekuatan syarikat termasuk teknologi, kepakaran dan model penyampaian
BOSTON, 15 September 2020 /PRNewswire/ -- Globalization Partners, yang memudahkan perniagaan global dengan membolehkan syarikat-syarikat menggaji bakat dalam lebih 180 negara tanpa kerumitan untuk menubuhkan pejabat cawangan atau subsidiari antarabangsa, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dinamakan sebagai peneraju industri Majikan Rekod (EOR) oleh firma penyelidikan, NelsonHall dalam laporan kajian Perkhidmatan Majikan Rekod Global yang pertama seumpamanya.
Penerokaan mendalam terhadap industri dilaksanakan oleh Penganalisis Penyelidikan Utama, Pete Tiliakos dan memberi tumpuan pada dinamik pasaran yang mendorong penerimaan, sejauh mana teknologi membentuk dan memberi kesan ke atas industri dan merangkumkan penilaian terhadap syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan. Ia turut melihat unjuran pertumbuhan industri EOR yang diramalkan yang dijangka mencecah ~$1.1 bilion menjelang tahun 2024 memandangkan ia menjadi pilihan yang semakin ideal untuk perniagaan yang sedang berkembang menggaji bakat dengan mematuhi peraturan di peringkat antarabangsa bagi menyokong aktiviti-aktiviti pengembangan global.
Pete Tiliakos, Penganalisis Teknologi & Perkhidmatan HR Utama, NelsonHall, berkata: "Perbezaan utama untuk penyedia majikan rekod global ialah pemilikan dan pengurusan pematuhan yang teliti terhadap entiti undang-undang dalam sebanyak mungkin negara utama bagi menyediakan kepakaran dalam negara dan meningkatkan kualiti serta kawalan ke atas pengalaman pelanggan. Dengan 52 entiti undang-undang dan semakin bertambah, Globalization Partners menawarkan senarai entiti majikan rekod yang paling luas di seluruh dunia, digabungkan dengan platform teknologi moden dan pengalaman pengguna, yang telah meletakkan mereka sebagai peneraju dalam pasaran."
Laporan ini mengetengahkan kepimpinan Globalization Partners dalam aspek-aspek penting yang berikut:
"Kajian NelsonHall ini menyokong apa yang kami lihat dalam pasaran - bahawa syarikat-syarikat daripada semua saiz semakin memberi tumpuan pada EOR untuk berkembang dengan mudah dan dengan mematuhi peraturan ke kawasan-kawasan geografi baharu demi membuka aliran pendapatan baharu dan mendapat akses kepada bakat berkemahiran tinggi di luar negara asal operasi mereka," kata Nicole Sahin, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas, Globalization Partners. "Kepimpinan kami dalam pasaran terhasil daripada komitmen tanpa henti kami untuk membawa penyelesaian kepada pelanggan kami yang menggabungkan antara teknologi terbaik dan kepakaran yang belum pernah dilihat sebelum ini daripada entiti undang-undang dalam-negara kami sendiri yang menyokong sepenuhnya matlamat pertumbuhan pelanggan kami dalam pasaran-pasaran sasaran mereka."
Laporan ini turut menyatakan bahawa walaupun dengan kesan ekonomi global baru-baru ini lantaran pandemik COVID-19, pembeli perkhidmatan EOR global tidak menunjukkan sebarang tanda untuk menghentikan usaha pengembangan mereka, dengan EMEA dan APAC menjadi kawasan-kawasan geografi yang paling disasarkan bagi tujuan pengembangan apabila sempadan dibuka semula dan ekonomi kembali rancak.
Muat turun laporan di sini dan terokai apa yang membezakan kami.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian Globalization Partners, sila tonton demonstrasi selama 90 saat ini.
Latar Belakang Laporan
Laporan Perkhidmatan Majikan Rekod (EOR) Global NelsonHall memberi tumpuan pada model perkhidmatan penyumberan luar baru muncul yang membolehkan firma-firma multinasional yang sedang berkembang menggaji pekerja asing dengan cara yang mematuhi peraturan bagi menyokong aktiviti-aktiviti pengembangan global dan merangkumkan tinjauan mengenai penyedia-penyedia berikut: Globalization Partners, Velocity Global, Safeguard Global, Acumen International, Papaya Global dan Shield GEO.
Kajian utama NelsonHall ini menyediakan analisis mendalam yang memperincikan apa yang dapat dicapai dengan memanfaatkan penyelesaian EOR global yang terkini dalam pasaran.
Latar Belakang NelsonHall
NelsonHall ialah firma penganalisis global terkemuka yang mengkhusus untuk membantu organisasi-organisasi memahami "seni meraih apa yang dapat dicapai" ("art of the possible") dalam transformasi operasi digital. Ia menyediakan organisasi-organisasi sisi-beli dengan maklumat yang terperinci dan kritikal mengenai pasaran dan vendor (termasuk penilaian NEAT) yang dapat membantu mereka membuat keputusan penyumberan yang pantas dan sangat bermaklumat. Buat vendor pula, NelsonHall menyediakan pengetahuan mendalam mengenai dinamik pasaran dan keperluan pengguna bagi membantu mereka mengasah strategi untuk membawa produk mereka ke pasaran. Kajian oleh NelsonHall adalah berasaskan kajian asal sepenuhnya yang teliti serta dihormati secara meluas kerana kualiti, kedalaman dan pandangan analisisnya.
Latar Belakang Globalization Partners
Globalization Partners membolehkan syarikat-syarikat untuk berkembang ke peringkat antarabangsa dengan pantas dan mudah merentas enam benua dan 187 negara. Model Majikan Rekod (EOR) Global kami membolehkan syarikat-syarikat untuk mengupah pekerja selama sesingkat 12 jam tanpa perlu menavigasi isu-isu undang-undang, cukai dan sumber manusia (HR) antarabangsa yang rumit. Apabila syarikat-syarikat menemui bakat terbaik, ahli pasukan berkenaan dimasukkan ke dalam senarai gaji kami yang mematuhi peraturan tempatan. Kami merupakan penyelesaian yang paling dipercayai dalam pasaran dan menawarkan perkhidmatan sokongan premium 24/7/365. Kami mempunyai pasukan dan pejabat di seluruh dunia dengan ibu pejabat global terletak di Boston dan California manakala ibu pejabat serantau terletak di London, Ireland, Singapura dan Dubai.
Globalization Partners tekal mencapai 97% penilaian kepuasan pelanggan dengan menjadikannya mudah untuk syarikat-syarikat berkembang ke peringkat global. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi: globalization-partners.com atau berhubung dengan kami melalui Twitter, LinkedIn, Facebook atau lihat Blog kami.
Hubungi:
Karen Pantinas
Kpantinas@globalization-partners.com
617-729-4466
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1273887/global_eor_overall_final.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/723356/Globalization_Partners_Logo.jpg?p=medium600