omniture

"A World Odyssey" Hennessy Mempersembahkan Pertunjukan Bunga Api Siang Hari oleh Artis Cai Guo-Qiang

Hennessy
2020-09-16 15:00 365

Disiarkan secara langsung dari Cognac kepada penonton di seluruh dunia, karya artis tersebut, Kelahiran Tragedi adalah satu penghormatan terhadap nilai-nilai sejagat tentang ketahanan, keberanian dan harapan

PARIS, 16 September 2020 /PRNewswire/ -- Cai Guo-Qiang adalah salah seorang artis yang paling dikagumi dalam arena seni kontemporari. Sebagai tambahan kepada pemasangan khas lokasinya yang berskala besar, Cai terkenal dengan penggunaan serbuk belerang dan bunga api yang unik sebagai perantara artistik pementasan acara umum yang menakjubkan dengan gema emosi yang kuat, seperti yang dilakukannya pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing. Pada musim luruh ini, Hennessy menjemput Cai Guo-Qiang untuk mengadakan pertunjukan bunga api siang hari yang akan diadakan di Charente di Cognac, Perancis, pada hari Jumaat, 25 September jam 3 petang CET.

Pertunjukan bunga api yang amat digemari ini direka sebagai acara yang menyeronokkan walaupun dalam situasi pandemik yang belum pernah terjadi sebelum ini. Diilhamkan dari "Kelahiran Tragedi," oleh Nietzsche, Cai Guo-Qiang menyusun pertunjukan bunga api selama 15 minit dalam tiga peringkat untuk menghormati kitaran penciptaan dan kehancuran abadi serta semangat manusia yang, sambil menanggung kesakitan, tetap bersyukur dan ceria dalam hidup, harmoni dengan alam semula jadi. Seperti persembahan teater, pengembaraan artistik ini menjanjikan satu acara menarik dengan drama, puisi, warna dan emosi, dengan bunga api pelbagai warna yang dilancarkan dari 150 tong oak yang terapung di Sungai Charente seiring dengan ulang tahun ke-150 Hennessy X.O. Dalam pertunjukan pertama untuk Maison, "World Odyssey" akan dilancarkan di peringkat antarabangsa melalui siaran langsung. Bagi artis ini, projek ini merupakan kali pertama beliau membuat pertunjukan bunga api siang hari yang dilancarkan dari suasana akuatik, untuk disiarkan kepada penonton global dalam masa nyata.

"Pada saat yang belum pernah terjadi sebelum ini, apa yang jelas adalah bahawasanya kita adalah satu keluarga yang saling berkait," kata presiden dan CEO Hennessy, Laurent Boillot. "Di Hennessy, asal-usul kami amat utuh berkat hubungan yang lama terjalin dari satu generasi ke satu generasi. Hari ini, dari pangkalannya di New York City, Cai Guo-Qiang mengingatkan kita tentang ikatan masa lalu yang dihargai melalui karya keindahan sejagat dan bunyi-bunyian. Bagi pihak Maison Hennessy, bukan hanya suatu penghormatan dan keistimewaan untuk menjadi tuan rumah kepada acara seni ini, namun ia juga merupakan bukti komitmen berterusan kami kepada keluarga besar kami di seluruh dunia. Satu setengah abad setelah kisah Hennessy X.O bermula, Cai menawarkan visi artistik Odyssey yang dibentuk oleh kesatuan, ketahanan dan harapan. Dalam konteks luar biasa tahun 2020, nilai-nilai tersebut membimbing kita, mengingatkan kita sejauh mana kita telah berjalan dan sejauh mana kita masih boleh melakukan perjalanan bersama-sama. Dari sudut pandang kami di Cognac, di mana bunga api dari Timur - daerah Liuyang di China - mekar di langit yang menghadap ke Charente, Hennessy dan Cai, dengan bangga menyambut kedatangan semua untuk menyertai acara seni yang memberi penghormatan kepada kemurahan hati dan melihat dunia baharu dengan keberanian yang diperbaharui."

Kata Cai Guo-Qiang, "Kita sekarang memasuki babak baharu perjalanan seluruh umat manusia. Isyarat dari Cognac, melakukan perjalanan melalui infrastruktur awan, menghubungkan individu dari pelbagai belahan dunia, mencetuskan ledakan kegirangan masa lampau dan membentuk sebuah komuniti masa depan bersama-sama yang berkait rapat dengan alam dan seni. Walaupun bunga api menzahirkan pemerhatian saya terhadap tragedi, seni dan intipati kehidupan, saya berharap penonton akan mendapat inspirasi dari bunga api untuk berdamai dengan alam semula jadi dan menemukan kekuatan untuk penyembuhan."

Acara ini merupakan satu lagi tenaga, kegigihan dan harapan yang ditunjukkan oleh Maison Hennessy tahun ini dalam usaha untuk menyokong masyarakatnya di Cognac dan di peringkat antarabangsa. "World Odyssey" membawa dua mesej dari pembuat dan artis kognac terkenal, satu bentuk hiburan kepada mereka yang terkena wabak dan keyakinan masa depan yang akan disiarkan secara langsung di platform digital termasuk Hennessy.com, WeChat, Tencent, Facebook dan YouTube.

Pertunjukan bunga api siang hari Cai Guo-Qiang akan dipentaskan secara eksklusif menggunakan produk piroteknik kurang asap yang diperakui CE dan tidak beracun.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan melihat strim secara langsung, sila layari Hennessy.com/en-int/stories/cai-guo-qiang-live-event

TENTANG CAI GUO-QIANG 
Penerima pelbagai anugerah seni antarabangsa, termasuk Pingat Seni dari Jabatan Negara (Washington DC), Praemium Imperiale Lifetime Achievement in the Arts (Tokyo) ke-24 dan Fondation Cartier Award (Paris), Cai berkhidmat sebagai Pengarah Visual dan Kesan Khas Sukan Olimpik Beijing 2008, di mana beliau mengadakan pertunjukan pembukaan dan penutupan yang luar biasa. Beliau merupakan penduduk asal Quanzhou, China, Cai kini menetap dan bekerja di New York. Kisah peribadi, inspirasi dan projeknya merupakan subjek kepada dokumentari Netflix yang terkenal Sky Ladder (2016) oleh pengarah yang telah memenangi Anugerah Akademi, Kevin Macdonald.  Acara ini dengan kerjasama Maison Hennessy menandakan usahasama pertamanya dengan jenama mewah.

TENTANG HENNESSY X.O
Pada tahun 1870, Maurice Hennessy, anggota generasi ke-4 keluarga Hennessy, meminta Cellar Master Emile Fillioux untuk membuat kognac khas untuk keluarga dan rakan-rakannya, dengan menggunakan eaux-de-vie yang lama diperam untuk menyempurnakan adunan. Mereka memanggilnya "X.O" untuk "Extra Old". Hennessy X.O merupakan adunan House pertama yang mendapat reputasi antarabangsa, sehingga klasifikasi X.O menjadi ukuran kualiti tanpa kompromi. Pada tahun 1947, Gerald de Geoffre - cicit kepada Maurice Hennessy - mencipta botol karaf ikoniknya, bentuk yang diilhamkan dari segugus anggur yang terbalik. Hari ini, Hennessy X.O tetap tulen seperti ketika Maurice Hennessy pertama kali berkongsi dengan orang-orang kanannya. Simbol abadi dengan struktur yang kuat dan seimbang, ia memegang janji sejak sekian lama: setiap titisan adalah jemputan untuk memulakan pengembaraan deria melalui tujuh nota rasa.

Pada tahun 2020, Hennessy X.O menandakan ulang tahun ke-150 dengan karya agung oleh Cai Guo-Qiang.

TENTANG HENNESSY
Pemimpin di Cognac, Maison Hennessy terkenal di seluruh dunia dengan pengetahuan yang luar biasanya selama lebih dari 250 tahun. Dibina berdasarkan semangat penaklukan pengasasnya Richard Hennessy, jenama ini terdapat di lebih daripada 160 buah negara. Berpangkalan di tengah wilayah Charente, Hennessy juga merupakan tonggak ekonomi serantau yang mantap. Kejayaan dan kelanjutan Maison diasaskan pada kecemerlangan kognacnya, yang masing-masing dilahirkan dari proses unik penurunan kemahiran dari satu generasi ke satu generasi. Kilang arak pertama yang diperakui ISO 14001, Hennessy menyatukan keupayaannya untuk inovasi dan sokongan semua rakan kongsi untuk melindungi kawasan yang luar biasa ini. Sebagai permata mahkota Kumpulan LVMH, Hennessy adalah penyumbang utama perdagangan antarabangsa Perancis, dengan 99% pengeluaran dijual secara eksport dan duta besar dunia untuk art de vivre Perancis.

SILA MINUM SECARA BERTANGGUNGJAWAB – BUKAN UNTUK PERANCIS

Hubungan media
Will Davis
(917) 618-0185
will.davis@6degrees.group

 

 

 

 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1273970/Hennessy_Logo.jpg?p=medium600
Video - https://mma.prnewswire.com/media/1274898/hennessy_trailer_DrinkResponsibly_final.mp4
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1273971/hennessy_cai_art.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1273972/hennessy_cai.jpg?p=medium600

Source: Hennessy
Keywords: Art Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Future Events