LIMASSOL, Cyprus, 16 September 2020 /PRNewswire/ -- easyMarkets teruja untuk mengumumkan kerjasama akan datangnya dengan salah sebuah pasukan paling dikenali di dunia dan Juara La Liga 2020: Real Madrid.
Syarikat tersebut mengumumkan bahawa ia akan menjadi Rakan Dagangan Dalam Talian Rasmi Kelab untuk tiga tahun akan datang, bermula awal musim 2020/21. Ini berpotensi untuk menambah nilai luar biasa pada usaha penjenamaan easyMarkets dan membawa tahap pengiktirafan yang belum pernah terjadi kepada penyedia perkhidmatan kewangan mapan tersebut.
En. Ohad Golan, Ketua Pegawai Pemasaran, mengulas tentang penajaan tersebut, "easyMarkets ingin bekerjasama dengan pasukan yang boleh dikenali segera, yang kaya dengan sejarah dan berdasarkan kesetiaan dan dedikasi peminatnya.
"Kami berusaha menjalinkan hubungan dengan organisasi yang memiliki daya tarikan global, dengan berjuta-juta mata menonton pada setiap pertandingan – dan Real Madrid adalah pilihan yang nyata.
"Kami berharap dapat memanfaatkan populariti dan daya tarikan global Real Madrid secara strategik sambil kami bergerak ke hadapan."
Emilio Butragueño, Pengarah Hubungan Institusi di Real Madrid, mengulas, "Real Madrid dan easyMarkets, adalah peneraju dalam sektor masing-masing dan mereka berkongsi nilai yang sama. Kami tidak sabar untuk mula bekerjasama dengan mereka sebagai Rakan Kongsi Dagangan Dalam Talian Rasmi bermula pada musim 20/21."
Tentang easyMarkets
easyMarkets adalah broker global yang memenangi anugerah dengan akses penuh kepada pasaran, platform dagangan yang inovatif, komitmen untuk dagangan yang mudah dan ketelusan harga.
easyMarkets diasaskan dengan idea pendemokrasian dagangan. Tujuan kami adalah untuk memberi akses pasaran kepada sesiapa sahaja yang menginginkannya. Akhirnya kami mengubah asas industri dagangan dalam talian – yang hanya menawarkan Forex pada masa tersebut. Pada tahun 2001 kami menerima deposit awal serendah $25, yang boleh dibiayai secara dalam talian melalui kad kredit – dan bukannya pindahan bank yang memakan masa yang panjang. Pelanggan kami bertindak balas dengan setia dan membantu kami untuk terus berkembang.
Selama bertahun-tahun kami memperluaskan penawaran CFD kami untuk merangkumi indeks global, tenaga, logam dan banyak lagi. Pada tahun 2016 kami menjenamakan semula syarikat daripada easy-forex ke easyMarkets. Kami berjaya mendemokrasikan dagangan, menjadikannya boleh dan lebih mudah diakses – namun sering kali ada banyak lagi yang boleh ditawarkan kepada pelanggan kami.
Kami adalah yang pertama menawarkan platform dagangan dalam talian yang sebenar, anda tidak akan kehilangan lebih banyak daripada apa yang anda laburkan. Kami terus berinovasi - menawarkan alat dan syarat dagangan yang berharga seperti hentikan kerugian terjamin secara percuma, insideViewer, Freeze Rate – dan alat kami yang paling inovatif: dealCancellation yang membolehkan pedagang membatalkan kerugian dagangan dalam masa satu jam dengan sedikit bayaran.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1274917/easyMarkets_Logo.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1274915/easymarkets_realmadrid.jpg?p=medium600