omniture

Xinhua Silk Road: Daerah Lingqiu Utara China teroka pertanian organik untuk kurangkan kemiskinan

Xinhua Silk Road Information Service
2020-09-17 10:18 753

BEIJING, 17 September 2020 /PRNewswire/ -- Daerah Lingqiu di Wilayah Shanxi China utara telah berusaha untuk meneroka pembangunan pertanian organik untuk mengurangkan kemiskinan.

Usaha Lingqiu ini telah dipuji dengan meluas oleh para hadirin di Forum Pertanian Organik Antarabangsa ke-7 yang bermula pada 12 September di Bandar Datong.

Hu Yuegao, profesor di China Agricultural University, menunjukkan bahawa dunia sedang dalam proses peralihan daripada peradaban perindustrian ke peradaban ekologi. Pertanian organik ialah cara yang baik untuk mencapai matlamat pemeliharaan desa dan menggalakkan peralihan sepertinya.

Pakar-pakar di forum tersebut menyatakan bahawa pertanian organik dapat menyelesaikan isu keselamatan makanan secara berkesan, meningkatkan penggunaan sumber, dan akhirnya mencapai pembangunan pertanian yang mampan.

Terletak di timur laut Wilayah Shanxi, Daerah Lingqiu di bawah Bandar Datong menikmati sumber asli yang banyak, dengan sejarah pengeluaran pertanian yang panjang. Ia mempunyai jumlah penduduk seramai 250,000, termasuk 200,000 yang terlibat dalam pengeluaran pertanian. 

Untuk mencapai pengurangan kemiskinan dan perlindungan ekologi, bermula dari tahun 2013, Daerah Lingqiu telah menjadikan pertanian organik sebagai cara yang berkesan untuk mempromosi pengurangan kemiskinan ekologi.

Melalui pertanian organik dan pelancongan eko, 14,547 orang miskin di daerah ini telah dikeluarkan daripada kemiskinan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Lingqiu telah mengambil pelbagai langkah untuk membangunkan pertanian organik dan melindungi persekitaran ekologi tempatan.

Ia melancarkan taman perindustrian organik dengan kawasan terancang seluas 1,185 kilometer persegi, melibatkan 46,000 petani di 208 kampung. Zon demonstrasi pertanian organik meliputi kawasan seluas 146 kilometer persegi juga telah dibina di perbandaran untuk membangunkan projek-projek pertanian organik dengan bersungguh-sungguh.

Sementara itu, Lingqiu juga telah menerapkan mod pembangunan yang menampilkan gabungan pertanian organik, kawasan desa yang cantik, dan pelancongan eko. Ia telah membina enam komuniti dengan pertanian organik sebagai teras, yang telah menjadi tarikan pelancong baharu.

Sebagai contoh, Komuniti Organik Chehe, salah satu daripada enam komuniti, telah menerima 420,000 pelancong sejak penubuhannya dalam tahun 2014. Komuniti ini mempunyai jumlah pelaburan bernilai 380 juta yuan (kira-kira 56.01 juta dolar A.S.)

Setakat ini, jumlah nilai output pertanian organik di Lingqiu menyumbang untuk kira-kira satu pertiga daripada jumlah nilai output pertaniannya. Ia mempunyai perusahaan perindustrian pertanian yang terkemuka. 

Lihat pautan asal:  https://en.imsilkroad.com/p/316219.html

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Agriculture Food/Beverages Organic Food Publishing/Information Service Trade show news