omniture

AppGallery Membawa Manfaat Eksklusif Pemain Gitar dengan Ultimate Guitar

Huawei
2020-09-17 16:20 3968

Pengguna Ultimate Guitar di 30 buah negara dapat menikmati langganan premium percuma selama 3 bulan dengan AppGallery 

SHENZHEN, China, 17 September 2020 /PRNewswire/ -- Ultimate Guitar, arkib tab dalam talian yang terkemuka dengan lebih daripada 1.4 juta tab muzik dan kord serta komuniti pemain gitar yang paling pesat berkembang, hari ini mengumumkan permulaan kempennya selama 3 bulan dengan AppGallery. Perkongsian yang mendalam bertujuan untuk terus mendorong pertumbuhan pengguna dan kesedaran jenama antara dua komuniti di 30 buah negara*. Kerjasama tersebut, yang berlangsung dari bulan September hingga Disember, akan memberi manfaat eksklusif dan pengalaman berharga kepada pengguna AppGallery. 

Memberi manfaat kepada pengguna Huawei di seluruh dunia 

Sebagai sebahagian daripada kerjasama, Ultimate Guitar akan memberi pengguna AppGallery percubaan percuma eksklusif selama 3 bulan untuk perkhidmatan langganan premiumnya, Ultimate Guitar Pro, membolehkan pengguna AppGallery di 30 buah negara mengakses lebih banyak ciri, seperti Kawalan Tempo dan Main Balik Tab yang sangat penting untuk pembelajaran mereka.  

"Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Huawei dalam kempen ini. Sokongan yang kami terima semasa proses integrasi HMS sangat mengagumkan dan jelas menunjukkan komitmen Huawei untuk membantu pembangun mencipta pengalaman aplikasi hebat yang diharap dan patut diterima pengguna," kata Jonathan Kehl, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Global Ultimate Guitar. "Sambil syarikat kami bergerak ke arah sasaran luar biasa untuk melahirkan 1 bilion pemuzik di dunia, kami berharap dapat memperluas hubungan kami dengan Huawei dan terus mengalu-alukan lebih ramai pengguna AppGallery ke dalam komuniti rock and roll kami." 

Sokongan teknologi dengan HMS Core

Ultimate Guitar menggabungkan enam kit Core Mobile Services (HMS) dengan aplikasinya sebagai bukti keyakinannya terhadap Huawei dan kerjasama tersebut. Kit peralatan yang dilaksanakan - Ads Kit, Analytics Kit, Push Kits dan banyak lagi – membolehkan Ultimate Guitar memberikan pengalaman yang lebih lancar dan selamat untuk pemain gitar melalui AppGallery.

"Bekerja dengan Huawei adalah pengalaman yang sangat baik untuk pasukan kami," kata Sasha Smirnova, Ketua Perkongsian. "Kami mempunyai sokongan teknikal AppGallery untuk membantu dengan pertanyaan yang timbul dan memberi panduan sepanjang projek. Proses integrasi HMS Core berjalan lancar secara keseluruhan dengan pasukan menerbitkan hampir seminggu lebih awal dari yang dijadualkan. "

AppGallery – Salah Satu daripada Tiga Pasaran Aplikasi Paling Popular di Dunia 

Dilancarkan di lebih 170 buah negara dan rantau, AppGallery komited untuk memenuhi keperluan yang pelbagai namun tetap memberi tumpuan kepada 490 juta pengguna aktifnya. Pasaran aplikasi mencari perkongsian secara aktif dengan pembangun global dan tempatan untuk menjemput mereka menyertai platform. Ini membolehkan AppGallery kekal sebagai platform terbuka dan inovatif yang dapat diakses oleh semua orang.

AppGallery mengiktiraf kepentingan dan sumbangan pembangun dan sangat berdedikasi terhadap kejayaan mereka. AppGallery memberi sokongan spektrum penuh untuk pembangun di seluruh dunia serta beberapa inisiatif yang tertumpu kepada pembangun, memberi peluang kepada pembangun untuk berinovasi lebih jauh dalam pembangunan aplikasi.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati laman web Pembangun Huawei di https://developer.huawei.com/consumer/en/ atau Forum Pembangun Huawei di https://forums.developer.huawei.com/forumPortal/en/home

* Denmark, Sweden, Norway, Finland, Poland, Turki, Israel, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, United Kingdom, Afrika Selatan, Filipina, Rusia, Costa Rica, Mexico, Panama, Argentina, Chile, Republik Dominica, Honduras, Paraguay, Bolivia, Colombia, Ecuador, Guatemala, Peru, El Salvador dan Uruguay.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Education Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Music Telecommunications Joint ventures New products/services