omniture

Subex melancarkan platform Perkongsian Pengurusan Ekosistem

Subex
2020-09-18 20:15 989

Platform yang didayakan oleh awan bakal membolehkan penyedia perkhidmatan untuk mengesan dengan pantas pelancaran perkhidmatan terbaharu dalam pelbagai domain melalui perkongsian digital, dengan potensi pasaran sebanyak $582 bilion 

BENGALURU , India, 18 September 2020 /PRNewswire/ -- Subex, pelopor Kepercayaan Digital, mengumumkan pelancaran platform Perkongsian Pengurusan Ekosistem yang bakal membolehkan CPS mempercepatkan perkembangan portfolio perkhidmatan digital mereka.  Platform ini membolehkan CPS mewujudkan nilai yang didorong oleh perkongsian ekosistem dan mempercepatkan masa capaian ke pasaran untuk perkhidmatan baharu dengan mengenal pasti dan menyesuaikan diri dengan pelbagai rakan kongsi secara cepat. Ia juga akan membina kepercayaan digital dalam kalangan CSP dan rakan kongsi dengan mewujudkan rakan kongsi ekosistem yang telus.

Industri telekomunikasi sedang mengalami perubahan dalam tingkah laku pengguna dengan penggunaan perkhidmatan digital yang lebih tinggi. Satu laporan menyatakan bahawa antara 20% hingga 50% dari pendapatan sesetengah operator datangnya daripada perkhidmatan moden. Tidak dapat disangkal lagi bahawa ini membuka jalan kepada syarikat telekomunikasi dengan perkongsian baharu yang utuh dalam ekosistem dan meningkatkan pendapatan mereka. Perkongsian Pengurusan Ekosistem Subex akan menyediakan CSP dengan satu platform domain agnostik untuk bekerjasama dalam kandungan, permainan, IoT, 5G, penjagaan kesihatan, perkilangan dan rakan kongsi ekosistem dalaman seperti pembekal, penjual dan lain-lain. CSP akan memberi skor kepada rakan kongsi berdasarkan pelbagai KPI dan memantau prestasi mereka secara keseluruhan. Platform ini akan meningkatkan kebolehlihatan perniagaan, akses kepada laporan dalam masa nyata dan papan pemuka untuk membuat keputusan yang diumumkan secara serentak.

Perkongsian Pengurusan Ekosistem Subex akan membantu CSP memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada kedua-dua perusahaan dan segmen pengguna. CSP kini boleh melihat untuk mendapatkan aliran pendapatan baharu sambil memanfaatkan aliran pendapatan sedia ada dengan lebih baik. Subex membolehkan mana-mana CSP melalui perjalanan mereka sebagai Penyedia Perkhidmatan Digital.

Mengulas tentang pelancaran ini, Rohit Maheshwari, Ketua Strategi & Produk, Subex berkata, "Dengan pelancaran platform Perkongsian Pengurusan Ekosistem, kami percaya kami telah dapat menangani pasaran yang dinamik dan keperluan pengguna apabila mereka memperkukuhkan tawaran terkini dan memasuki era 5G. Mencipta perkongsian ekosistem digital yang berdaya tahan adalah perlu kerana organisasi semata-mata mungkin tidak mempunyai infrastruktur, kemahiran dan sumber yang diperlukan untuk memberi perkhidmatan seperti yang dijanjikan oleh digitalisasi. Perkongsian Pengurusan Ekosistem Subex akan membolehkan CPS memperkukuhkan perkongsian yang mendatangkan keuntungan bersama-sama kumpulan rakan kongsi yang tepat. Platform ini akan membolehkan perniagaan melancarkan perkhidmatan dan teknologi baharu sambil memastikan kelancaran pengalaman pengguna."

Platform Perkongsian Pengurusan Ekosistem Subex menguruskan perkongsian daripada awal hingga akhir proses, daripada kemasukan hingga pengebilan dan pembayaran. Suite ini mengandungi penyelesaian yang berbeza seperti Pengurusan Kitaran Rakan Kongsi, Pengurusan Kitaran Kontrak, Pengebilan Perkhidmatan Digital, Pengebilan Perusahaan, Pengebilan dan Penghalaan Borong dan Penyelesaian Perayauan. Platform Perkongsian Pengurusan Ekosistem Subex direka untuk menguruskan perkhidmatan digital dan tradisional seperti IoT, M2M, Content, Wholesale, Voice, SMS, dan Data.

Tentang Subex 

Subex adalah pelopor yang membina Kepercayaan Digtal dalam perniagaan di seluruh dunia.

Diasaskan pada tahun 1994, Subex mengambil masa selama 25 tahun membantu Penyedia Perkhidmatan Komunikasi memaksimumkan pendapatan dan keuntungan. Dengan warisan perkhidmatan pasaran melalui penyelesaian bertaraf dunia untuk mengoptimumkan perniagaan dan analitik, Subex kini meneraju dengan membolehkan Kepercayaan Digital berfungsi secara menyeluruh dalam ekosistem perniagaan para pelanggannya. Menumpukan pada privasi, keselamatan, pengurangan risiko, jangkaan dan integriti data, Subex membantu perniagaan menangani gangguan dalam dunia perniagaan dan mencapai kejayaan dengan Kepercayaan Digital.

Subex memanfaatkan portfolio produknya yang memenangi anugerah dalam bidang seperti Jaminan Pendapatan, Pengurusan Penipuan, Analisis Rangkaian dan Pengurusan Rakan Kongsi, bersama-sama dengan penyelesaian digital seperti IoT Security dan Insights. Subex juga menawarkan khidmat Rundingan Pengurusan dan Perniagaan berskala. Subex mempunyai lebih daripada 300 pemasangan di lebih 90 buah negara.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1224279/Subex_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: Subex
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services High Tech Security Telecommunications New products/services Data Analytics