omniture

Harbour City (pusat membeli belah terbesar Hong Kong) ganding bahu dengan 300 penyewa untuk rangsang jumlah pembeli belah dan pembelian berulang dengan berkesan semasa pandemik

Suasana Membeli Belah Hampir 300 Pedagang yang Mengambil Bahagian Menyerupai Malam Krismas
Harbour City
2020-09-21 11:39 603

HONG KONG, 21 September 2020 /PRNewswire/ -- Harbour City, pusat membeli belah yang terbesar di Hong Kong, melancarkan Promosi Jualan yang menjadi buah mulut "Always Rewarding" ("Sentiasa Memberi Ganjaran") semasa berlakunya pandemik. Promosi ini bertujuan untuk mendorong pembelian berulang oleh pembeli belah, yang mana ramai pembeli belah mengunjungi Harbour City untuk membeli belah dan menjamu selera, kemudian menebus kupon bagi menikmati diskaun sekali lagi hampir di 300 pedagang yang mengambil bahagian. Sepanjang beberapa hujung minggu yang lalu, Harbour City menyaksikan trafik pengunjung yang mengagumkan dan suasana membeli belah yang menyerupai Malam Krismas, memuncak dengan purata harian seramai hampir 180,000 pembeli belah pada hujung minggu lalu (12 dan 13 September).

Kehadiran dan belian ulangan pembeli belah yang mengagumkan dibawakan oleh Promosi Jualan Harbour City Mall di Hong Kong. Semua tempat parkir kereta penuh di hujung minggu.
Kehadiran dan belian ulangan pembeli belah yang mengagumkan dibawakan oleh Promosi Jualan Harbour City Mall di Hong Kong. Semua tempat parkir kereta penuh di hujung minggu.

 

Lebih 60 Gedung & Restoran Serba Baharu di Harbour City pada tahun 2020
Lebih 60 Gedung & Restoran Serba Baharu di Harbour City pada tahun 2020

 

Dengan lebih daripada 60 restoran di Harbour City, kebanyakannya dikunjungi dengan barisan panjang pengunjung pada hujung minggu lalu. 2,200 lot meletak kereta semuanya penuh sepanjang hari mulai waktu tengah hari dan seterusnya. Barisan yang panjang juga dapat dilihat di bahagian depan banyak kedai jualan, termasuk kedai pengambilan kek, konfeksionari, pakaian kanak-kanak, pakaian sukan dan kedai kecantikan. Barisan yang sama juga boleh dilihat di kedai-kedai yang menjual fesyen berkualiti, aksesori, jam tangan mewah dan barang kemas, termasuk YSL, Burberry, APM Monaco dan Tiffany & Co., selain Gucci, Hermès dan Chanel di Canton Road.

Fasa baharu promosi jualan bermula pada 14 September dengan hampir 300 kedai jualan dan restoran mengambil bahagian, merentas pelbagai kategori, termasuk produk & perkhidmatan kecantikan, fesyen mewah antarabangsa, pakaian mengikut trend, kasut & aksesori, jam tangan & barang kemas, gaya hidup & barangan sukan, fesyen kanak-kanak serta restoran popular, bagi memberikan anda dengan tawaran membeli belah dan menjamu selera yang menyeluruh.

Harbour City Perkenal Lebih 60 Kedai & Restoran Serba Baharu Sepanjang Tahun 2020

Bagi memperkayakan pengalaman membeli belah, kulinari dan hiburan pelanggan serta memenuhi pelbagai keperluan, Harbour City aktif mencari kedai dan restoran yang paling diingini dan dikagumi dari seluruh dunia untuk mengekalkan gabungan jenama yang semakin berkembang dan pelbagai. Setakat Ogos 2020, Harbour City memperkenalkan lebih 50 jenama fesyen, gaya hidup & kecantikan selain restoran dengan pemandangan pelabuhan; manakala lebih daripada 10 akan dibuka pada akhir tahun ini. Antaranya, 11 merupakan pelancaran pertama di Hong Kong, sementara beberapa kedai yang lain merupakan kedai terbesar di seluruh Hong Kong / Daerah Kowloon.

Kedai & Restoran yang Diketengahkan termasuk Lululemon (Gedung Utama Hong Kong), Thom Browne (Gedung Mandiri Pertama di Kowloon), Christian Louboutin (Gedung Utama Kowloon), KILIAN PARIS (Gedung Mandiri Pertama di Hong Kong), Dang Wen Li oleh Dominique Ansel (Satu-satunya gedung di Asia).

Muat turun maklumat lanjut & foto:
https://www.dropbox.com/sh/vpeoh1ola4szaaz/AAAdJInbQqjv8P-mR2TgIPgZa?dl=0

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200918/2921604-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200918/2921604-1-b?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20140721/8521404095LOGO?lang=0

Source: Harbour City
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Retail Travel New products/services