Mengumumkan Pakatan Strategik Bersama-sama Dallas Market Center, Operator Yang Berpangkalan di AS
DUBAI, UAE, 21 September 2020 /PRNewswire/ -- Perbadanan Pelaburan Dubai (ICD), dengan kerjasama Dubai South, mengumumkan pelancaran Dubai Global Connect (DGC) hari ini, sebuah pasar borong B2B seluas 1 juta meter persegi di Dubai yang akan mengumpulkan pembeli dan penjual bagi memperdagangkan barangan hebat dari seluruh dunia dengan mudah dan selamat, sepanjang tahun di satu lokasi yang berpusat. Fokus permulaan adalah terhadap tiga sektor yang telah dikenal pasti dengan saiz yang cukup besar, berkembang dan relevan dengan rantau tersebut: Perabot & Perkakasan Rumah, Makanan dan Fesyen.
Bagi pihaknya, DGC hari ini mengumumkan telah mengadakan pakatan strategik dengan Market Center Management Company (MCMC) yang berpangkalan di AS untuk pembangunan dan pengurusan persekitaran bilik pameran tetap DGC yang canggih yang akan dibuka sepanjang tahun kepada pembeli runcit dan pereka, pengeluar, serta profesional industri yang berkelayakan dan dapat digunakan oleh penjual mengikut kesesuaian gaya dan bajet mereka. Bilik pameran akan ditutup kepada orang ramai.
H.E. Mohammed I. Al Shaibani, Pengarah Urusan Perbadanan Pelaburan Dubai, menjelaskan: "Sebagai sebahagian daripada mandat kami untuk mempertingkatkan kedudukan global Dubai sebagai ekonomi yang berdaya saing, ICD telah memulakan pembangunan DGC dengan visi untuk membangunkan infrastruktur perdagangan yang unik yang meningkatkan kecekapan aliran dagangan global di Dubai. Kami gembira dengan adanya MCMC bersama kami untuk menyokong pasukan kami merealisasikan visi ini, serta dalam pengurusan dan pembangunan pasar tersebut."
MCMC merupakan warisan tunggal dan menjadi syarikat milikan persendirian Dallas Market Center (DMC), yang beroperasi di AS selama lebih 65 tahun, serta pengalaman multinasional yang melibatkan pemilikan dan pengurusan pasaran borong termasuk Brussels International Trade Mart dan ShanghaiMart serta pengalaman perundingan tentang projek lain di Colombia, Vietnam dan Portugal.
Cindy Morris, Ketua Pegawai Eksekutif MCMC, mengulas: "Kami gembira menjadi sebahagian daripada peluang yang unik ini untuk Dubai, bagi menangani masalah industri dan mewujudkan destinasi global yang penting untuk perdagangan borong. Perjanjian jangka panjang ini bertujuan memupuk kerjasama berpasukan antara syarikat kami dan akhirnya membantu mewujudkan pusat perdagangan untuk pembeli dan penjual dari seluruh dunia."
DGC unik kerana memberi tumpuan kepada khalayak global selain khalayak serantau bagi mewujudkan pasaran yang benar-benar neutral untuk perdagangan barang-barang dari seluruh dunia. Secara tradisi, pasaran borong mensasarkan untuk mempromosi agenda domestik dengan menyatukan penjual produk tempatan dengan pembeli antarabangsa atau dengan mempersembahkan produk antarabangsa kepada kumpulan pembeli serantau.
"DGC telah lama dalam proses pembangunan, tetapi ia lebih relevan dan diperlukan dalam persekitaran perdagangan global yang berubah pada hari ini. Membina sebuah suasana pasar yang terkawal dan tetap adalah tepat pada masanya apabila penganjur acara dan para hadirin dapat menyesuaikan diri dengan anggaran perjalanan yang rendah dan keperluan untuk perjumpaan yang lebih kecil dan terkawal. DGC membolehkan para pedagang bertemu di tengah jalan dengan menawarkan pengeluar dan pengilang satu pasaran dunia di satu lokasi pusat, mudah dijangkau dan menyediakan pembeli dengan persekitaran yang selamat serta pusat rujukan yang terbuka sepanjang tahun." ulas Douraid Zaghouani, COO dari ICD dan Pengerusi Dubai Global Connect.
DGC, "City of Trade", sedang dalam pembinaan, dengan sebuah pusat pelawat yang dibina khas yang akan dibuka pada suku keempat tahun 2020. Pasar ini diharap dapat diserahkan secara berperingkat, fasa pertama terdiri daripada kemudahan perdagangan khusus seluas 400,000 meter persegi termasuk stor di lokasi, pejabat butik, hab inovasi, dan sebuah Pusat Khidmat Pintar untuk menempatkan penyedia perkhidmatan pihak ketiga.
Terletak di persimpangan koridor logistik Dubai, di Dubai South bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum yang disambungkan terus ke Pelabuhan Jebel Ali, infrastruktur fizikal DGC akan disokong oleh perkhidmatan kelas terbaik dan penyelesaian perniagaan optimum di Logistic District, termasuk platform perdagangan borong digital yang akan menghubungkan penjual dan pembeli borong secara dalam talian dan mempermudahkan perdagangan tanpa gangguan melalui DGC.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.dubaiglobalconnect.com
Pertanyaan Media: Info@dubaiglobalconnect.com
TENTANG DGC:
Dubai Global Connect (DGC) adalah pasar borong pertama di dunia dengan tumpuan global. Inisiatif Perbadanan Pelaburan Dubai (ICD), "City of Trade" menyediakan kemudahan yang dibina khas dan infrastruktur pendukung dalam pasaran dan ekspo asli neutral sepanjang tahun di mana pembeli dan penjual global perabot & rumah, makanan dan fesyen boleh berhubung dan berdagang secara besar-besaran. DGC adalah sebuah ekosistem, terletak di Dubai dengan kedudukan geografi yang strategik, yang dikhaskan untuk pertumbuhan industri yang ia promosikan serta pedagang global.
TENTANG MCMC:
Market Center Management Company (MCMC) adalah sebuah pusat pasaran antarabangsa dan syarikat pengurusan pameran dengan lebih daripada enam puluh tahun sejarah pembangunan, pemilikan, perundingan dan/atau pengurusan pusat perdagangan borong B2B berskala besar serta pameran perdagangan seumpamanya di seluruh dunia.
Syarikat ini kini mempunyai portfolio ruang perdagangan pusat pasaran global seluas 7 juta kaki persegi di bawah pengurusannya.
TENTANG ICD:
Perbadanan Pelaburan Dubai (ICD), badan pelaburan utama Kerajaan Dubai, telah ditubuhkan pada bulan Mei 2006 dengan dekri (11) tahun 2006 di bawah mandat untuk menggabungkan dan menguruskan portfolio syarikat perdagangan dan pelaburan Kerajaan Dubai.
ICD memiliki portfolio aset yang kaya, dalam dan luar negara, di seluruh spektrum sektor yang membentuk kerangka ekonomi dinamik di Dubai.
Tentang Dubai South
Dubai South adalah sebuah bandar baharu seluas 145 kilometer persegi dalam emiriah Dubai yang bakal menampung sehingga satu juta populasi penduduk.
Dilancarkan sebagai projek Kerajaan Dubai pada tahun 2006, bandar ini diberi mandat untuk merealisasikan visi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sheikh Mohammed Bin Rashed Al Maktoum dengan mempersembahkan tema urban dan kemasyarakatan seperti yang digariskan dalam Pelan Dubai 2021.
Platform ekonomi Dubai South mendukung setiap jenis perniagaan dan industri yang boleh difikirkan. Bandar ini juga merupakan tempat terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum dan Expo 2020.
Video - https://mma.prnasia.com/media2/1276925/Dubai_Global_Connect.mp4
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1276923/dubai_global_connect_phase_1.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1276924/Dubai_Global_Connect_Logo.jpg?p=medium600