omniture

RevitaLash® Cosmetics Umum Penambahan Baharu dalam Program Tahunan Beri Manfaat untuk Kesedaran Kanser Payudara

RevitaLash Cosmetics
2020-09-21 21:00 258

Jenama Perluas Usaha Kesedaran Kanser Payudara Sepanjang Tahun dengan Pink Program 2020  

VENTURA, California, 21 September 2020 /PRNewswire/ -- Di samping sokongan serta komitmen mereka sepanjang tahun yang berterusan terhadap kesedaran kanser payudara, RevitaLash® Cosmetics mengumumkan Pink Program tahunannya bagi tahun 2020 bermula pada 1 Ogos sehingga 31 Oktober. Sempena sambutan Kesedaran Kanser Payudara, jenama ini akan melancarkan inisiatif baharu dan menarik termasuk tawaran produk edisi terhad dan program dermawan global.


Melalui sokongan berterusan jenama ini terhadap usaha Kesedaran Kanser Payudara, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif RevitaLash Cosmetics, Michael Brinkenhoff, M.D., memberi penghormatan dan meneruskan legasi mendiang isteri beliau, Gayle, yang didiagnosis dengan kanser payudara metastatik pada usia 32 tahun dan untuk beliaulah, syarikat berkenaan ditubuhkan. RevitaLash Cosmetics telah menjadikannya misi untuk menyumbang sebahagian daripada hasil jualan produk untuk Kesedaran Kanser Payudara sepanjang tahun.

"Sebagai jenama global di lebih 70 negara, kami berbangga dapat meluaskan usaha dermawan kami melalui Pink Program 2020 kami," kata Dariel Sidney, Naib Presiden Kedermawanan dan anak perempuan sulung Gayle Brinkenhoff. "Keluarga RevitaLash Cosmetics melihat Kesedaran Kanser Payudara sebagai satu usaha sepanjang zaman dengan matlamat bersama untuk menambah baik kehidupan mereka yang menghadapi diagnosis yang sukar secara langsung dan membasmi kanser payudara."

RevitaLash Cosmetics turut meluaskan jejak dermawan mereka, menyokong pencarian Global 24/7/365 jenama ini untuk penawar terhadap kanser wanita. Bagi setiap Pink Sleeve RevitaLash® Advanced (3.5mL/2.0mL) dan RevitaBrow® Advanced (3.0 mL) yang dibeli mulai 1 September hingga 31 Oktober 2020, RevitaLash Cosmetics akan menyumbang $2 kepada badan amal kanser payudara di seluruh dunia, sehingga nilai maksimum $120,000. Produk edisi terhad yang memenangi anugerah ini akan dimasukkan ke dalam sarung berwarna merah jambu yang premium dan diraikan bagi memberi penghormatan kepada usaha berkenaan.

Turut dimasukkan ke dalam inisiatif global ini, RevitaLash Cosmetics memperkenalkan International Greater Giving Program. Bekerjasama dengan rakan-rakan pengedaran, RevitaLash Cosmetics akan memanfaatkan jaringan dermawan lain yang sealiran untuk menyumbang kepada organisasi-organisasi penyelidikan dan sokongan kanser payudara di seluruh dunia. Untuk setiap pertubuhan amal yang dipilih oleh rakan-rakan program untuk memberi manfaat, RevitaLash Cosmetics akan menyumbang sebanyak $7,000 untuk usaha tersebut.

Di samping itu, pada bulan Oktober, jenama ini akan melaksanakan kempen One4One tahunan kali ke-5 yang mengalami pertumbuhan derma sebanyak 32% setiap tahun sejak penubuhannya. Dengan pembelian sebarang perapi bulu mata atau alis mata di Revitalash.com, jenama ini akan menyumbang RevitaBrow Advanced (3.0mL) kepada City of Hope's Positive Image Center, sehingga 1,600 unit.

Tawaran edisi terhad ini boleh didapati di spa terpilih, salun, penjual barangan khusus dan secara dalam talian di Revitalash.com, bermula pada 1 September.

Latar Belakang RevitaLash ® Cosmetics
RevitaLash® Cosmetics ialah peneraju dunia dalam membangunkan produk-produk kecantikan bulu mata, alis mata dan rambut termaju. Ditubuhkan pada tahun 2006, koleksinya merangkumi Perapi Bulu Mata RevitaLash® Advanced dan Perapi Bulu Kening RevitaBrow® Advanced yang memenangi anugerah dan boleh didapati melalui pejabat pakar perubatan, spa, salun dan penjual barangan khusus merentas 70 negara. Selaku penyokong inisiatif kanser payudara bukan berasaskan keuntungan, RevitaLash Cosmetics menderma sebahagian daripada hasil jualan kepada inisiatif penyelidikan dan pendidikan, bagi menyumbang kembali kepada komuniti kanser payudara sepanjang tahun, bukan hanya pada bulan Oktober. Untuk maklumat: www.revitalash.com. [RevitaLash Advanced tidak terdapat di California.]

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1216895/revitalash_pink_campaign.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1216896/RevitaLash_Cosmetics_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: RevitaLash Cosmetics
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Corporate Expansion Corporate Social Responsibility