omniture

Bursa Malaysia Derivatives Lancar Semula Kontrak Niaga Hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia 5 Tahun dengan Semakan Semula Metodologi Penyelesaian untuk Bantu Penyerahan Fizikal

Bursa Malaysia
2020-09-22 10:19 275

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 September 2020 /PRNewswire/ -- Bursa Malaysia Derivatives ("BMD") telah berjaya melancarkan semula kontrak Niaga Hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia ("MGS") 5 Tahun (FMG5) dengan semakan semula metodologi penyelesaian. Penyelesaian Kontrak FMG5 ini, yang sebelum ini diselesaikan secara tunai, kini diserahkan secara fizikal.

Semakan semula metodologi ini adalah berdasarkan kepada model serahan semasa pembayaran ("DVP") yang paling hampir menggambarkan pemindahan DVP MGS dalam pasaran bebas. Pengubahsuaian utama ialah Bursa Malaysia Derivatives Clearing Berhad akan berperanan sebagai rakan niaga pusat untuk memudahkan serahan MGS dalam masa nyata. Urus niaga DVP dibantu melalui fungsi Sistem Dana Penyelesaian Berkaitan Sekuriti ("SLS") Pemindahan Dana dan Sistem Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) yang disediakan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

"BMD telah bekerjasama erat dengan pihak berkepentingan utama pasaran untuk mewujudkan model serahan fizikal pasaran hadapan MGS, dengan mengambil kira risiko kecekapan penyelesaian dan ketelusan untuk pengawal selia. Beberapa sesi perundingan industri dan kumpulan tumpuan dilakukan sebelum model akhir dimuktamadkan dan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)," kata Datuk Umar Swift, Pengerusi BMD dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad.

"Bagi penggiat industri, perubahan dalam kaedah penyelesaian itu adalah modifikasi penting bagi mempertingkatkan tarikan Kontrak FMG5 sebagai instrumen lindung nilai berkesan bagi pegangan MGS mereka dan telah menarik segelintir untuk menjadi penggiat pasaran, memastikan mudah tunai dalam produk melalui sebutan dua cara. Mekanism penyerahan yang dipertingkatkan ini juga seiring dengan inisiatif pembangunan Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) yang bertujuan untuk menambahbaik akses dan mudah tunai dalam pasaran kewangan domestik, sambil mengekalkan pasaran kewangan dalam negara yang teratur dan telus," tambah beliau.

"Bursa Malaysia akan terus bekerjasama dengan FMC, SC dan Bank Negara Malaysia dalam inisiatif pembangunan pasaran untuk meningkatkan dan menambah baik mudah tunai dan akses dalam pasaran kewangan Malaysia," Datuk Umar mengakhiri.

Latar Belakang Bursa Malaysia 

Bursa Malaysia ialah syarikat pemegangan bursa yang diperbadankan pada tahun 1976 dan disenaraikan dalam tahun 2005, dan telah berkembang menjadi salah sebuah daripada bursa terbesar di ASEAN hari ini. Bursa Malaysia mengendalikan dan mengawal bursa saham yang bersepadu sepenuhnya yang menawarkan pelbagai kemudahan berkaitan bursa yang komprehensif, dan komited kepada Mencipta Peluang, Mengembangkan Nilai.  Ketahui lebih lanjut di www.bursamalaysia.com.

 

 

 

Source: Bursa Malaysia
Keywords: Banking/Financial Service New products/services