omniture

Fettes College Guangzhou naikkan tanda aras untuk pendidikan berasrama di China

Fettes College Guangzhou
2020-09-22 12:20 134

HONG KONG, 22 September 2020 /PRNewswire/ -- Fettes College Guangzhou telah dibuka pada 1 September 2020, menawarkan sekolah berasrama dan harian bercampur dengan sekolah Tadika hingga tahun 12 dibimbing oleh kurikulum GCSE, A Level dan International Baccalaureate. Sebagai salah satu daripada sekolah swasta terkemuka di UK, Fettes College akan bekerjasama buat pertama kali di Asia dengan Bright Scholar Education, pengendali sekolah K-12 terbesar di China.

Fettes College Guangzhou raises the bar for boarding education in China
Fettes College Guangzhou raises the bar for boarding education in China

 

Located on an expansive 33-acre bespoke campus designed international architects Broadway Malayan, FCG has been specifically designed to deliver a unique approach to learning. Their are world-class facilities for teaching, sports, music, drama as well as home-from-home boarding houses and green space for reflection and creativity will provide an ideal environment
Located on an expansive 33-acre bespoke campus designed international architects Broadway Malayan, FCG has been specifically designed to deliver a unique approach to learning. Their are world-class facilities for teaching, sports, music, drama as well as home-from-home boarding houses and green space for reflection and creativity will provide an ideal environment

 

Fettes College Guangzhou raises the bar for boarding education in China
Fettes College Guangzhou raises the bar for boarding education in China

 

Fettes College Guangzhou raises the bar for boarding education in China
Fettes College Guangzhou raises the bar for boarding education in China

Melalui kerjasama ini, Bright Scholar akan mendayakan Fettes College untuk membawa jenama pendidikan berasrama British yang tradisional istimewanya dan sangat dicari ke tanah besar China, yang akan digabungkan dengan kekuatan pendidikan Cina dan dimaklumkan oleh pendekatan yang moden dan inovatif kepada pengajaran dan pembelajaran. Etika dan prinsip panduan Fettes College Guangzhou akan didasari untuk memelihara individu sambil memupuk komuniti yang bahagia dan teratur dan penyayang dengan nilai keluarga yang kuat sebagai terasnya.

"Misi kami berusaha untuk membangunkan individu berpendidikan luas, yakin dan bertimbang rasa yang bersedia untuk kehidupan selepas sekolah dan semua peluang dan cabaran yang akan dibawakannya," kata Ketua Pengasas Kolej, En. Marco Longmore. "Etika dan prinsip panduan Fettes College Guangzhou akan didasari untuk memelihara individu sambil memupuk komuniti yang bahagia dan teratur dan penyayang dengan nilai keluarga yang kuat sebagai terasnya," tambah beliau.

Kampus FCG akan menetapkan standard baharu untuk sekolah-sekolah di China dan seterusnya. Kampus khusus seluas 33 ekar terletak di kampus yang luas dan dilengkapi dengan hebat di Zengcheng, disempadani oleh hutan dan bukit-bukit tetapi dalam jarak sejam perjalanan ke pusat bandar Guangzhou dan Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, dan hanya 1.5 jam perjalanan dari Hong Kong. Direka oleh arkitek antarabangsa Broadway Malayan, ia telah direka dengan khusus untuk menyampaikan pendekatan yang unik untuk pembelajaran. Kemudahan bertaraf dunia mereka untuk mengajar, sukan, muzik, drama serta kediaman berasrama rumah-dari-rumah dan ruang hijau untuk refleksi dan kreativiti akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk kanak-kanak berkembang.

"Di tengah-tengah pendidikan holistik bertaraf dunia yang dinikmati oleh pelajar di Fettes College Guangzhou, terdapat tumpuan teliti ke atas penemuan, pembelajaran dan pembangunan akademik. Setiap individu digalakkan untuk berusaha dan mencabar diri mereka sendiri secara intelek dan membina motivasi diri untuk menjadi yang terbaik yang mereka mampu. Hasil ini dicapai melalui gabungan pengajaran yang berinspirasi daripada kakitangan yang komited, etika kerja yang kuat di kalangan pelajar, dan cita-cita bersama untuk berjaya," kata En Longmore.

Kurikulum yang ditawarkan di FCG adalah dwibahasa dan akan memanfaatkan kekuatan dan ketegasan pedagogi Cina dan Britain. Ia akan menyampaikan semua keperluan Kurikulum Kebangsaan Cina yang digabungkan dengan pendekatan berasaskan penyelidikan untuk pembelajaran International Baccalaureate dan akan disampaikan dalam cara yang menekankan nilai-nilai penting pendidikan Fettes yang sahih. Dengan cara ini, Fettes yakin mereka dapat mengulang keputusan peperiksaan cemerlang pelajar-pelajar di Fettes College dan kadar kejayaan luar biasa mereka dalam mendapat tempat di universiti dan kolej terkemuka di UK dan antarabangsa.

"Kami faham ini ialah masa yang mencabar di seluruh dunia, namun kami mempunyai pandangan jangka panjang bahawa penawaran kami kini lebih relevan berbanding sebelumnya kepada pelajar-pelajar muda yang akan kami didik; tempat asal kami, dan tempat yang kami bangunkan di sini di Guangzhou menggambarkan moto kami 'Berakar di China, Berfikiran Global'," kata En Longmore.

Menggabungkan kekuatan amalan-amalan pendidikan Barat dan Timur dalam cara ini membolehkan FCG menawarkan keluarga-keluarga Cina dan antarabangsa, pendidikan dwibahasa yang unik dan bertaraf dunia yang akan membolehkan pelajarnya mengakses kepada peluang-peluang global dalam kehidupan mereka selepas sekolah.

Latar Belakang Fettes College Guangzhou (www.fettes.cn)

Fettes Guangzhou ialah usaha kerjasama antara Bright Scholar, pengendali K-12 Schools terbesar di China, dan Fettes College, sekolah berasrama Britain yang terkenal di dunia dengan 150 tahun sejarah pendidikan. Fettes Guangzhou akan, tanpa kompromi, mencerminkan etika berasrama penuh dan bercampur Fettes College Edinburgh dan membawakan pendidikan yang benar-benar menyeluruh.

Terletak dalam kampus yang khusus dibina seluas 33 ekar, sekolah ini akan menggunakan dwibahasa dan dwi-kurikulum, menawarkan pengalaman pendidikan yang tiada tandingan di China yang menghasilkan pelajar yang berpendidikan tinggi dan serba boleh dengan kemahiran untuk merealisasikan cita-cita global mereka. 

Latar Belakang Fettes College (www.fettes.com)

Fettes College terletak secara unik di kawasan persendirian yang luas berdekatan pusat bandar Edinburgh dan menikmati reputasi sebagai salah satu daripada sekolah berasrama cemerlang untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 7-18. Terkenal untuk penjagaan pastoral dan kecemerlangan akademik yang terkemuka dalam sektor mereka, Fettes membangunkan individu yang berpendidikan luas, yakin dan bertimbang rasa yang bersedia untuk kehidupan selepas Fettes dan semua peluang dan cabaran yang akan dibawakannya. 

Asas yang kuat untuk masa hadapan, keluarga seumur hidup. 

Latar Belakang Bright Scholar Education Holdings Limited (www.brightscholar.com)

Bright Scholar Education Group (sebelum ini dikenali Country Garden Education Group) ialah kumpulan pendidikan k12 terkemuka dunia dan perusahan perikatan teras Country Garden, salah sebuah daripada 500 Teratas dunia. Ditubuhkan dalam tahun 1994, Bright Scholar mempunyai sejarah yang panjang dan kekuatan yang kukuh dalam mengendalikan sekolah. Pada masa ini, ia mempunyai lebih daripada 51,000 pelajar yang mendaftar, 100+ tabika, sekolah dan pusat latihan Bahasa Inggeris di seluruh dunia (termasuk 8 sekolah K12 luar negara dan 10 sekolah bahasa), serta platform maklumat kemasukan kampus universiti – Bolehui (mencari melalui aplet WeChat)

Perniagaan Bright Scholar terdiri daripada empat sektor: pendidikan K12 domestik, pendidikan K12 luar negara, pendidikan pelengkap (termasuk jelajah kajian global, pendidikan kem, latihan Bahasa Inggeris, latihan peperiksaan seni, pertandingan antarabangsa dan latihan kursus, perkhidmatan untuk belajar di luar negara, dan kaunseling pekerjaan untuk pelajar-pelajar antarabangsa) dan teknologi pendidikan (Akademi Global 3i). 93.6% daripada siswazah program AP/A-LEVEL/DP 2020 menerima surat kemasukan daripada 50 universiti terbaik dunia, yang termasuk University of Oxford, University of Cambridge dan University of Chicago. 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200916/2918844-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200916/2918844-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200916/2918844-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200916/2918844-1-d?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200916/2918844-1LOGO?lang=0

 

Source: Fettes College Guangzhou
Keywords: Education Contracts New products/services