omniture

Pertumbuhan Positif Untuk Minyak Sawit Lestari

Roundtable On Sustainable Palm Oil
2020-09-22 20:26 353

Laporan Impak RSPO 2019 menunjukkan peningkatan dua digit di kawasan yang disahkan, pengambilan, keahlian dan banyak lagi. 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 September 2020 /PRNewswire/ -- Persidangan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) telah mengeluarkan Laporan Impak 2019 hari ini, yang menyoroti peningkatan ketara dalam pengambilan Minyak Sawit Lestari yang Diperakui (CSPO). Laporan Impak 2019 yang lengkap boleh didapati di sini

RSPO Certified Area by Region, 2019 Impact Report
RSPO Certified Area by Region, 2019 Impact Report

Sebanyak 7.07 juta tan metrik (TM) CSPO dibeli oleh pasaran dan jualan keseluruhan meningkat sebanyak 13%, dalam tempoh pelaporan dari 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019.

Di seluruh dunia, jumlah kawasan yang diperakui RSPO meningkat sebanyak 9% hingga 4.2 juta hektar (ha) merentasi 17 buah negara pada akhir tahun 2019, kilang kelapa sawit yang diperakui menghasilkan 15.19 juta TM CSPO dan 3.38 juta TM Buah Sawit Lestari yang Diperakui (CSPK), peningkatan sebanyak 13% dan 11% masing-masing, tahun demi tahun. Indonesia dan Malaysia kekal sebagai negara pengeluar kelapa sawit terbesar, meliputi 81% daripada keseluruhan kawasan yang diperakui oleh RSPO.

Laporan Impak 2019 merupakan edisi khas, yang berjudul, Gambaran Satu Dekad Pertumbuhan, yang mendokumentasikan pencapaian dan prestasi RSPO selama 10 tahun yang lalu.

Bakal Ketua Pegawai Eksekutif RSPO yang akan datang, Beverley Postma, berkata: "Adalah menjadi inspirasi untuk melihat sejauh mana pencapaian anggota RSPO dalam jangka masa satu dekad dan baru-baru ini, menyaksikan pelancaran beberapa inisiatif yang semakin mengukuhkan kedudukan RSPO sebagai standard pensijilan minyak sawit lestari terkemuka. Kami tahu masih banyak yang perlu dilakukan jika kita benar-benar ingin mencapai transformasi pasaran. Saya yakin bahawa anggota RSPO di seluruh rantaian bekalan akan bekerjasama untuk meningkatkan penggunaan CSPO, memberikan impak positif dan menangani cabaran dan peluang lain yang mungkin berlaku pada tahun 2021 dan seterusnya."

Siaran akhbar Laporan Impak lengkap boleh didapati di sini dalam laman web RSPO.

Tentang RSPO:
RSPO adalah organisasi keanggotaan antarabangsa yang bukan berasaskan keuntungan yang menyatukan para pemegang taruh daripada pelbagai sektor industri kelapa sawit termasuk pengeluar kelapa sawit, pemproses atau peniaga kelapa sawit, pengeluar barang pengguna, peruncit, bank dan pelabur, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan pemuliharaan alam sekitar atau alam semula jadi dan NGO berkaitan sosial atau pembangunan.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1277907/rspo.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1160778/RSPO_Logo.jpg?p=medium600  

Source: Roundtable On Sustainable Palm Oil
Related Links:
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Corporate Social Responsibility Not for profit Survey, Polls & Research