omniture

FORTUNE Mengumumkan Senarai Change the World Tahunan yang Keenam oleh Syarikat-syarikat Terkemuka Dengan Berbuat Baik

FORTUNE Media
2020-09-22 21:06 246

"The Vaccine Makers" menduduki Kedudukan Teratas, Diikuti oleh Alibaba di tempat Kedua dan PayPal di tempat Ketiga 

NEW YORK, 22 September 2020 /PRNewswire/ -- FORTUNE mengumumkan senarai "Change the World" tahunannya yang keenam, menampilkan lebih 50 buah syarikat yang membawa perubahan sosial dan alam sekitar melalui strategi keuntungan dan operasi syarikat pada tahun ini. Syarikat-syarikat tersebut diiktiraf atas inovasi strategi perniagaan yang membawa kesan positif ke seluruh dunia. Senarai tahun ini merangkumi 28 buah syarikat dari A.S. dan Kanada; 10 dari Asia dan Timur Tengah; 8 dari Eropah; dan 3, masing-masing dari Afrika dan Amerika Latin.


Pengenalan pada senarai 2020 tersebut menerangkan : "Senarai Change the World FORTUNE dibangunkan atas hasrat bahawa motif keuntungan mampu mendorong syarikat untuk menangani keperluan masyarakat yang belum dipenuhi. Senarai tahun 2020 memberi penekanan terhadap natijah penting: Tiada perniagaan yang berjaya dengan sendirinya. Kerjasama dengan pelbagai syarikat, malahan pesaing, adalah satu kelaziman dalam urutan kisah-kisah yang menyusul—dalam usaha untuk "menghijaukan" keluli, dalam kempen menutup jurang kekayaan kaum di Amerika dan yang terpenting adalah persaingan dalam mencari vaksin untuk COVID-19. Ketika kita berhadapan dengan pelbagai cabaran yang pertama kali terjadi—pandemik global, perubahan cuaca, perbezaan ketara dalam jurang pendapatan—kerjasama dalam perniagaan menjadi sesuatu yang luar biasa."

Tempat Pertama dalam senarai Change the World 2020 adalah "The Vaccine Makers," para pengilang ubat-ubatan bersatu tenaga buat julung-julung kalinya untuk melawan COVID-19. Ketua Editor FORTUNE, Clifton Leaf menulis, "Untuk sebuah sektor yang telah lama berada pada tahap tersebut atau hampir bawah menurut pandangan orang ramai […] krisis COVID membuka peluang untuk mereka menebusnya. Dan ramai pemerhati berpengalaman mengatakan bahawa industri tersebut telah berjaya mencapainya. Kemungkinan aspek yang paling tidak dijangka daripada maklum balas tersebut adalah kerjasama sektor tersebut yang tidak berbelah-bagi." Baca lebih lanjut di sini.

Lihat senarai penuh Change the World 2020: https://fortune.com/change-the-world/2020/    

#ChangeTheWorld 

SENARAI 10 KEDUDUKAN TERATAS "CHANGE THE WORLD" FORTUNE 2020: 

  1. The Vaccine Makers 
  2. Alibaba
  3. PayPal
  4. Nvidia 
  5. BlackRock 
  6. Zoom
  7. Safaricom 
  8. Regeneron 
  9. Walmart 
  10. Serum Institute of India

Senarai Change the World telah dibangunkan dengan kerjasama the Shared Value Initiative. Senarai akhir dipilih dan diberi rating oleh para editor FORTUNE berdasarkan laporan dan analisis majalah sendiri. Lihat metodologi penuh di sini.

Perhubungan Awam FORTUNE:
Alison Klooster
Alison.klooster@fortune.com 
646-437-6613 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1278288/fortune_change_the_world.jpg?p=medium600

Source: FORTUNE Media
Keywords: Magazines Publishing/Information Service Survey, Polls & Research