omniture

WISE Qatar Foundation Mengumumkan E-Buku Khas

WISE (World Innovation Summit for Education)
2020-09-22 22:49 348

Pendidikan Terganggu, Pendidikan Dibayangkan Semula - Respons daripada barisan hadapan pendidikan semasa pandemik COVID-19 dan seterusnya 

DOHA, Qatar, 22 September 2020 /PRNewswire/ -- WISE, badan pemikir pendidikan global Qatar Foundation, bekerjasama dengan Salzburg Global Seminar dan Diplomatic Courier, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran rasmi E-Buku khas bertajuk: Pendidikan Terganggu, Pendidikan Dibayangkan Semula - Respons dari baris hadapan pendidikan semasa pandemik COVID-19 dan seterusnya.

 

WISE E-Book Cover
WISE E-Book Cover

 

E-Buku edisi khas tersebut dihasilkan dalam masa nyata, kerana WISE, bekerjasama dengan Salzburg Global Seminar, menjemput para pemegang taruh utama dan pemimpin pendidikan dari lebih 98 buah negara dalam siri tiga bahagian persidangan global yang bertujuan untuk menyatukan komuniti pendidikan global. Hasilnya adalah catatan sejarah kontemporari tentang bagaimana sekolah, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pemerintah dan organisasi antarabangsa bertindak balas terhadap penutupan sekolah semasa krisis dan bagaimana mereka berusaha menggunakan krisis ini sebagai batu loncatan untuk membayangkan semula – dan bahkan mengubah – pendidikan dalam komuniti dan negara mereka.

E-Buku tersebut menawarkan peluang kepada khalayak global untuk memahami apa yang terjadi, bahkan ia juga menawarkan tempat berkembangnya idea daripada para pemikir pendidikan teratas di dunia.

"Harapan kami semoga penerbitan ini menyediakan komuniti pendidikan dengan satu titik rujukan dari krisis, yang bakal mengembangkan penyelidikan, dasar dan inovasi masa hadapan,"  kata Dr. Asmaa Al-Fadala, editor penerbitan dan Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Kandungan di WISE.

Para penyumbang terdiri daripada: 

  • Tuan Yang Terutama Sheikha Hind binti Hamad Al-Thani
  • Yang Berhormat Gordon Brown
  • Marc A. Brackett
  • Andreas Schleicher
  • Stefania Giannini
  • Manos Antoninis
  • Olli-Pekka Heinonen

Untuk memuat turun buku Edisi Digital, sila klik di sini.

E-mel media@wise.org.qa untuk menerima lebih banyak maklumat atau meminta pakar untuk penampilan media.

WISE juga mengadakan sesi maya semasa Global Goals Week, pada 29 September jam 3:30 PM (GMT+3) untuk melancarkan e-buku tersebut. Enam daripada pengarang e-buku akan membincangkan masa depan pendidikan dalam dunia pasca-COVID-19 semasa sesi panel ini.

Anda boleh mendaftar ke sesi tersebut di sini.

Tentang WISE: WISE adalah platform antarabangsa pelbagai sektor untuk mengetengahkan pemikiran kreatif, perbahasan dan tindakan yang bermatlamat. WISE telah menjadikan dirinya sebagai rujukan global dalam pendekatan baharu dalam pendidikan. Melalui Sidang Kemuncak dwitahunan dan pelbagai program yang sedang berlangsung, WISE mempromosikan inovasi dan membina masa depan pendidikan melalui kerjasama. 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1278309/wise_e_book_cover.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/969958/Wise_Logo.jpg?p=medium600

Hubungan Media:

Lina Lahlou 
media@wise.org.qa

 

 

Source: WISE (World Innovation Summit for Education)
Keywords: Books Computer/Electronics Education Entertainment Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Retail New products/services