omniture

Syarikat Tanmiah Food Mengumumkan Hadiah Bernilai USD$1 Juta untuk Cabaran Poultri Positif

Tanmiah Food Company (TFC)
2020-09-23 05:38 247

Penginovasi dan usahawan global dijemput untuk menyerahkan penyelesaian lestari dalam membentuk tujuan semula sisa poultri bagi menyokong jejak negatif karbon yang bersih

JEDDAH, Arab Saudi, 22 September 2020 /PRNewswire/ -- Syarikat Tanmiah Food (TFC) mencari penyelesaian inovatif untuk menangani cabaran akibat jumlah baja asli poultri yang berlebihan yang terhasil di ladang mereka.

 

Dengan pelancaran Omnipreneurship Award: Sustainability Branch Grand Challenge, TFC, bersama penyedia perkhidmatan NineSigma, berhasrat mencari penyelesaian kepada pelbagai halangan yang dihadapi oleh kumpulan syarikat dalam industri mereka.

Cabaran tersebut terbuka kepada orang awam. Selepas penyerahan diterima dan dinilai, 5 buah organisasi akan disenarai pendek untuk menerima hadiah bernilai USD$20,000 sebelum meneruskan ke pusingan akhir. Pemenang akan menerima anugerah USD$1 juta untuk penyelesaian mereka. TFC sedang mencari penyelesaian yang mewujudkan proses baharu untuk menukar dan menggunakan jumlah baja asli ayam yang semakin meningkat ke arah produk nilai tambah untuk perniagaan teras TFC.

Mengikut sejarah, pengeluaran poultri intensif telah menjejaskan alam sekitar dengan teruk. Penyimpanan dan pelupusan baja asli mentah menjadi masalah kerana mempunyai kaitan dengan pencemaran udara, air, dan tanah: penimbunan najis poultri menyebabkan pelepasan gas rumah hijau; baja asli poultri diurai menjadi ammonia yang membawa kesan buruk kepada kesihatan burung dan pekerja ladang; pengurusan baja asli yang kurang baik menyebabkan pencemaran tanah dan air dengan patogen dan logam berat, dan lain-lain.. Dengan kadar pertumbuhan sektor yang pantas, langkah-langkah untuk mengurangkan pelepasan ini diperlukan. Teknologi sedia ada masih berbahaya kepada alam sekitar, menyumbang kepada pencemaran air dan udara, dan jejak karbon yang dalam. Matlamat TFC adalah untuk mengubah proses pengeluaran yang berbahaya ini menjadi rantaian nilai negatif karbon, yang menyumbang secara positif kepada alam sekitar. 

Sebagai CEO TFC, Zulfiqar Hamadani menekankan "Tanmiah berhasrat untuk menjadi syarikat poultri lestari yang terkemuka di rantau ini, sebagai pengeluar poultri negatif karbon dan juga model perniagaan contoh di rantau ini."

Program Omnipreneurship Awards diwujudkan oleh syarikat induk, Kumpulan Al-Dabbagh (ADG), yang mentadbir budaya korporat, beroperasi dengan komitmen untuk menjadi warganegara korporat global yang positif. Sebelum ini, ADG telah menjuarai program anugerah lain: Stars Impact Awards, mengiktiraf NGO global yang memberi impak dan menyediakan dana untuk kerja-kerja mereka; dan Philanthropreneurship Award, yang diberikan kepada individu atau organisasi yang menggabungkan perniagaan dan kedermawanan bagi menyelesaikan cabaran global yang utama.

Klik di sini untuk maklumat lanjut dan untuk menyerahkan entri, yang tamat menjelang 11:59 pm CET, 15hb Disember 2020. Peserta akhir akan diumumkan pada bulan Januari 2021 dan pemenang cabaran pada bulan Jun 2021.

Maklumat Latar Belakang: 

Anugerah Omnipreneurship: https://www.omnipreneurshipawards.com/
Laman Web TFC: www.tanmiah.com  

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1276963/Omnipreneurship_Awards_2020.mp4?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1276959/oa_2020.jpg?p=medium600

Omnipreneurship Awards 2020
Omnipreneurship Awards 2020
Source: Tanmiah Food Company (TFC)
Keywords: Agriculture Alternative Energies Environmental Products & Services Food/Beverages Green Technology Organic Food Utilities Awards Environmental Issues New products/services