omniture

Synbiotech dan Lonza Umum Perkongsian Pembangunan dan Jualan Eksklusif Probiotik Sukan TWK10(R) untuk Pasaran Pemakanan di EU dan AS

Synbiotech
2020-09-23 09:55 600

KAOSHIUNG, 23 September 2020 /PRNewswire/ -- Synbiotech dan Lonza mengumumkan satu perjanjian kolaborasi yang eksklusif untuk Lactobacillus plantarum TWK10® yang melaluinya Lonza akan mengkomersialkan probiotik inovatif TWK10® secara eksklusif di AS, Kanada, Eropah serta Brazil dan dalam masa yang sama kedua-dua syarikat akan berkolaborasi untuk membangunkan dan mengoptimumkan lagi TWK10® serta meneroka pasaran dan aplikasi baharu.

Synbiotech dan Lonza Umum Perkongsian Pembangunan dan Jualan Eksklusif Probiotik Sukan TWK10(R) untuk Pasaran Pemakanan di EU dan AS
Synbiotech dan Lonza Umum Perkongsian Pembangunan dan Jualan Eksklusif Probiotik Sukan TWK10(R) untuk Pasaran Pemakanan di EU dan AS

Ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1897, Lonza ialah rakan kongsi global yang terkemuka untuk pasaran farmaseutikal, bioteknologi dan bahan khusus selain merupakan salah sebuah kumpulan CDMO (Organisasi Pembangunan dan Pembuatan Kontrak) yang terkemuka di dunia. Dr. Thomas Kiy, Naib Presiden Pembangunan Strategi dan Portfolio Lonza mengulas, "Kami telah memutuskan Pemakanan Sukan & Kehidupan Aktif sebagai salah satu bidang pertumbuhan strategik kami dan probiotik TWK10® inovatif daripada Synbiotech ialah satu pelengkap yang sempurna untuk portfolio kami dalam pasaran ini. Kami gembira untuk melancarkan produk probiotik sukan yang pertama seumpamanya di Amerika Utara dan Eropah tidak lama lagi."

Lactobacillus plantarum TWK10®, diekstrak daripada Kimchi Taiwan, merupakan satu pencapaian penyelidikan menerusi kolaborasi antara Synbiotech dan ilmuwan. Kajian[1] menunjukkan bahawa ia dapat meningkatkan daya tahan otot, memperbaiki komposisi tubuh dan prestasi senaman serta mengurangkan keletihan. Pada masa kini, dua kertas kajian klinikal manusia telah diterbitkan dengan paten AS dan Taiwan telahpun diperoleh. Tambahan pula, TWK10® meraih GRAS Sah Sendiri AS pada 29 Mei 2020 dan ia menjadi bahan mentah bakteria asid laktik pertama yang diperakui di kawasan tempatan Taiwan.

Dr. San Land Young, ketua operasi global penjagaan kesihatan manusia Synbiotech mengulas, "EU dan Jepun menerajui pasaran probiotik global selama bertahun-tahun, manakala kini probiotik sukan TWK10® dari Taiwan telah menggamit perhatian semasa tempoh penyelidikan dan pembangunannya. Sejak ujian percubaan klinikal dilaporkan dalam Nutrients Scientific Magazine, ia telah diterbitkan berpuluh-puluh kali di seminar antarabangsa dan mencetuskan lebih banyak perhatian dalam komuniti saintifik. Lonza menunjukkan minatnya terhadap TWK10® menerusi seminar probiotik antarabangsa Eropah pada awal tahun 2019, lantas kedua-dua syarikat kemudiannya memulakan rundingan selama lebih setahun dan akhirnya menentukan hala tuju kolaborasi berkenaan, yang melakar kejayaan penting terhadap pengantarabangsaan industri probiotik Taiwan."

En. Kuie-ming Lee, Naib Presiden Penjagaan Kesihatan Manusia Synbiotech berkata, "TWK10® buatan tempatan ialah salah satu probiotik sukan yang paling hebat dalam pasaran global. Synbiotech dan Lonza akan memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk penyelidikan saintifik dan operasi pasaran serta bersama-sama meneroka pasaran pemakanan sukan TWK10® di EU dan AS menurut prinsip saling menguntungkan dan pembangunan bersama. Selain daripada jalinan kerjasama dengan Lonza Group, Synbiotech mencari sebarang bentuk kerjasama yang dapat meluaskan pasaran untuk TWK10® dan akan memanfaatkan jaringan antarabangsanya secara berperingkat-peringkat semasa tahun 2020-2021 dan kami yakin bahawa produk probiotik TWK10® akan dilancarkan tidak lama lagi dalam seluruh pasaran global yang utama di EU, Amerika Utara, Asia Tenggara, Jepun, Korea dan China."

[1]Effect of Lactobacillus Plantarum TWK10 on Exercise Physiological Adaptation, Performance, and Body Composition in Healthy Humans. Nutrients 2019. 11(11), 2019, 2836.

Hubungan Media:

Lisa Chen
lisa.chen@synbiotech.com.tw
+886-7-6955680 samb 271

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200918/2921748-1?lang=0

Source: Synbiotech
Keywords: Health Care/Hospital Sports Supplementary Medicine Contracts