omniture

iHerb Memenuhi Peningkatan Permintaan Vitamin D dan C di Seluruh Dunia

iHerb
2020-09-23 20:25 252

PASADENA, California, 23 September 2020 /PRNewswire/ -- Peneraju kesihatan dan kecantikan e-dagang global, iHerb menyaksikan peningkatan ketara dalam permintaan vitamin C dan D daripada pelanggan di seluruh dunia, dan memenuhi permintaan tersebut dengan menyediakan produk paling berkualiti dengan nilai terbaik, penghantaran yang pantas dan khidmat pelanggan.

Permintaan global terhadap vitamin ini daripada para pelanggan iHerb meningkat lebih 100 peratus daripada tahun 2019 hingga 2020 dan lebih 300 peratus hanya di Amerika Syarikat sahaja.

Semasa temu bual secara langsung di Instagram baru-baru ini, Pengarah Institut Penyakit Berjangkit dan Alergi Dr. Anthony Fauci bercakap tentang manfaat kesihatan yang boleh didapati daripada kedua-dua vitamin tersebut sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.

"Sekiranya anda kekurangan vitamin D, itu akan mempengaruhi daya ketahanan anda terhadap jangkitan," kata Dr. Fauci. "Saya menggalakkan, malahan saya sendiri, mengambil vitamin D tambahan."

Vitamin D terbentuk apabila seseorang terdedah kepada sinar UV daripada matahari dan ia wujud dalam sesetengah makanan seperti ikan salmon, hati lembu, keju, dan kuning telur. Vitamin D dapat membantu mengekalkan tulang yang sihat dan menyokong fungsi imun menurut National Institutes of Health (NIH) Office of Dietary Supplements (Pejabat Diet Tambahan, Institut Kesihatan Kebangsaan). 

"Satu lagi vitamin yang kerap diambil oleh orang ramai adalah vitamin C kerana ia merupakan antioksidan yang bagus," Dr. Fauci menyambung ketika temu bual tersebut yang bersiaran langsung di Instagram. "Jadi sekiranya seseorang ingin mengambil satu gram atau seumpamanya daripada vitamin C, itu dibenarkan."

iHerb menggesa para pelanggan yang ingin mengambil vitamin D atau C untuk mendapatkan nasihat penyedia penjagaan kesihatan masing-masing sebelum berbuat demikian.

"iHerb berbesar hati untuk menawarkan pilihan terbesar vitamin D & C yang paling baik kepada para Pelanggan di seluruh dunia," kata Presiden iHerb, Emun Zabihi. "Kami bakal menawarkan vitamin dan produk tambahan kesihatan terkenal yang lain dengan diskaun hebat pada sambutan ulang tahun kami yang ke-24 sepanjang bulan September."

Tentang iHerb: iHerb adalah salah sebuah syarikat peruncit e-dagang yang berpusat di A.S. yang menawarkan 30,000 produk daripada 1,200 jenama utama kepada berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia. iHerb dihantar dari gudang kawalan iklim yang canggih dan mendapat pensijilan GMP terus kepada pelanggan di 188 buah negara dan wilayah. Sejak tahun 1996, iHerb terus berinovasi dengan membawa produk berkualiti tinggi, pada nilai terbaik dan disampaikan dengan pengalaman pelanggan yang paling selesa.https://www.iherb.com/

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/742063/iHerb_Logo.jpg?p=medium600  

Source: iHerb
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Retail Supplementary Medicine Corporate Expansion