omniture

"Anjakan Paradigma untuk Nilai Lebih Besar" Huawei padu 100 penyelesaian berasaskan senario biasa manfaatkan perkongsian yang kukuh

Huawei
2020-09-24 04:11 486

SHANGHAI, 24 September 2020 /PRNewswire/ -- Di HUAWEI CONNECT 2020, En. Peng Zhongyang, Anggota Lembaga, Presiden Enterprise BG, Huawei, menyampaikan ucapan dasar mengenai tema "Anjakan Paradigma untuk Nilai Lebih Besar". Peng mengatakan bahawa peralihan kepada paradigma baharu transformasi digital perindustrian sangat diperlukan untuk pembangunan masyarakat cerdas masa hadapan kita. Untuk mendorong pendigitalan perindustrian dan membina paradigma baharu, kita perlu memberi tumpuan kepada permintaan dan impian pelanggan, merealisasikan paradigma baharu melalui inovasi berasaskan senario, dan melalui kesinambungan di kelima-lima domain teknologi untuk membina ekosistem digital untuk kepentingan bersama dengan penciptaan bersama sambil mencipta nilai baharu untuk industri-industri. 
 

Di HUAWEI CONNECT 2020, En. Peng Zhongyang,  Anggota Lembaga, Presiden Enterprise BG, Huawei, menyampaikan ucapan dasar mengenai tema “Anjakan Paradigma untuk Nilai Lebih Besar”
Di HUAWEI CONNECT 2020, En. Peng Zhongyang, Anggota Lembaga, Presiden Enterprise BG, Huawei, menyampaikan ucapan dasar mengenai tema “Anjakan Paradigma untuk Nilai Lebih Besar”


Teknologi canggih, pengetahuan industri, dan amalan

2020 ialah tahun yang luar biasa, menyaksikan pertumbuhan pesat dalam teknologi bersama dengan pembaharuan dalam pelbagai industri. Potensi hebat transformasi digital bakal dilancarkan berdasarkan pada kesinambungan di kelima-lima domain teknologi, di mana keterhubungan, pengkomputeran awan, AI dan aplikasi membangun di sekitar 5G dalam cara yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Dengan menukar lombong arang kepada struktur digital untuk lebih daripada 10 senario, Huawei telah mencapai kembaran digital, menjadikan seluruh perniagaan perlombongan digital dan pintar.

Untuk Taman Perindustrian Kreatif Kebudayaan Malanshan Video, Huawei telah bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi untuk menubuhkan platform awan bagi proses penggambaran, menyelaras keseluruhan produksi video bermula dengan rakaman, penyuntingan siaran, hingga penyimpanan dan angkut balik, memendekkan kitaran sebanyak 30% dan mengurangkan kos sebanyak 20%.

Huawei telah lama mematuhi amalan-amalan terbaik untuk masa hadapan yang lebih baik. Dalam tahun 2018, taman logistik Huawei di Dongguan melaksanakan transformasi yang berlangsung selama setengah tahun. Dengan bantuan peralatan automatik dan algoritma cerdas, kecekapan penghantaran (jumlah barangan yang dihantar per kapita) telah meningkat sebanyak 67%, dan kitaran penghantaran telah dipendekkan sebanyak lebih 50%.

Peng menyimpulkan, "Terdapat tiga faktor muktamad dalam senario pendigitalan. Yang pertama ialah teknologi canggih, yang membolehkan penyepaduan ICT dengan senario teras. Yang kedua ialah pengetahuan industri, di mana kita harus mencari wawasan perindustrian yang mendalam dan memahami pengetahuan perindustrian. Akhirnya, kesemuanya ialah mengenai pelaksanaan. Iaitu untuk mengamalkannya, menukar teori menjadi realiti dengan penerokaan dan inovasi yang berterusan."

Paradigma baharu transformasi digital

Ekosistem digital dengan mana Huawei mencipta dan berkongsi nilai adalah penting untuk pembinaan masa hadapan digital yang maju.

Dalam era pendigitalan, intipati perniagaan ialah untuk "membuat keuntungan lebih besar" dan mencapai keputusan sama menang daripada bersaing dalam mainan jumlah sifar. Untuk tujuan ini, Huawei mencadangkan untuk membina "kiub ekosistem digital" dari tiga dimensi. Dimensi pertama ialah untuk menyasarkan masa hadapan pendigitalan, memperoleh wawasan bagi tuntutan yang tidak dipenuhi daripada pelbagai senario yang bersegmen dalam pelbagai industri, yang merupakan asas kepada "keuntungan yang lebih besar". Dimensi kedua ialah untuk mengagregat keupayaan yang berbeza pelbagai rakan kongsi dan memanfaatkan kekuatan mereka, yang merupakan asas kepada "menjadikan keuntungan yang lebih besar". Yang ketiga ialah untuk membangunkan pelbagai pendekatan untuk model kerjasama dan perniagaan, dan melakukan usaha sedar untuk mencipta dan berkongsi nilai bersama. Ini ialah kuasa kekal yang terus mendorong pengembangan saiz pasaran.  

Mengambil Lapangan Terbang Shenzhen sebagai contoh. Dengan bekerjasama dengan rakan kongsi penyelesaian yang terkemuka dalam industri dan berdasarkan kepada kesinambungan di kelima-lima domain teknologi yang menyepadu peranti akhir, pengurusan data dan aplikasi industri, Huawei telah membangunkan penyelesaian yang berasaskan senario yang luas dan bersegmen, seperti penjadualan penerbangan, penguntukan ruang parkir dan sokongan darat. Dalam tahun 2019, ia membantu mengurangkan jumlah penumpang yang menaiki bas ulang-alik sebanyak hampir 2.6 juta, menggalakkan kecekapan pemeriksaan keselamatan sebanyak 60%. Ia telah menghasilkan lapangan terbang yang lebih selamat dengan kecekapan yang lebih baik dan pengalaman unggul yang disesuaikan untuk pelancong. 

Kini, Huawei telah memanfaatkan 100 penyelesaian berasaskan senario, mencipta lebih banyak nilai perindustrian yang dikaitkan dengan rakan-rakan kongsi.

"Anda tidak dapat mencari tanah baharu dengan peta yang lama," kata Peng, menyeru pelanggan untuk menerima perubahan, dan mencipta paradigma baharu transformasi digital perindustrian untuk masa hadapan yang lebih hebat.

Di HUAWEI CONNECT 2020, syarikat ICT terkemuka global ini juga menjemput pelanggan dengan pencapaian hebat dalam transformasi digital untuk berkongsi pengalaman mereka.

Chen Jinzu, Pengurus Besar Shenzhen Airport Group, berkata bahawa Lapangan Terbang Shenzhen ialah perintis dalam transformasi digital, menyumbang dalam pembinaan lapangan terbang masyarakat pintar dengan kebijaksanaan dan pengalaman Shenzhen.

Tang Shaojie, Pengurus Besar Shenzhen Metro Group, berkata bahawa sebagai tulang belakang pengangkutan awam, Shenzhen Metro akan membantu penyepaduan stesen-bandar, penggabungan berperingkat tinggi bagi pelbagai mod pengangkutan di seluruh Shenzhen dan wilayah ini, dan pembinaan bersama "Kawasan Teluk Yang Lebih Besar di landasan", dengan inisiatif bandar pintar.

Sebagai menghargai rakan-rakan kongsi global atas usaha mereka dalam mendorong pertumbuhan perniagaan dan berkongsi kejayaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Huawei telah memberikan mereka anugerah rakan kongsi cemerlang 2020. Pengiktirafan ini termasuk Rakan Kongsi Saluran Global Cemerlang, Rakan Kongsi Strategik Global Cemerlang, Pengedar Global Cemerlang, Rakan Kongsi Penyelesaian Industri Global Cemerlang, Rakan Kongsi Ekosistem Bakat Global Cemerlang, dan Rakan Kongsi Saluran AWAN HUAWEI Cemerlang. Sementara itu, Huawei telah mengumumkan pengisytiharan ekosistem industri, iaitu untuk berinovasi dan bersama-sama berkembang untuk kejayaan bersama di masa hadapan.

HUAWEI CONNECT 2020 ialah acara utama tahunan yang dihoskan oleh Huawei untuk industri ICT global, dan diadakan di Shanghai dari 23 hingga 26 September 2020. HUAWEI CONNECT ialah platform terbuka yang direka untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi menavigasi perubahan, berkongsi pengalaman, dan bekerjasama untuk mencipta nilai baharu. Pada acara tahun ini, kami akan meneroka trend dan peluang dalam pendigitalan industri; mempamerkan teknologi, produk dan penyelesaian ICT yang maju; memberikan anda pandangan orang dalam mengenai hasil inovasi bersama; dan berkongsi amalan terbaik dalam transformasi digital. Matlamat utama kami ialah untuk membina ekosistem industri yang terbuka dan kukuh yang akan memberi faedah kepada semua pihak berkepentingan dan mencipta nilai baharu untuk semua industri. Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi:

https://www.huawei.com/en/events/huaweiconnect2020/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200923/2926017-1?lang=0

 

 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment