omniture

Cell Signaling Technology Dinobatkan sebagai Syarikat Amal Teratas di Massachusetts oleh Boston Business Journal

Cell Signaling Technology
2020-09-24 20:00 242

DANVERS, Massachusetts, 24 September 2020 /PRNewswire/ -- Cell Signaling Technology, Inc. (CST), sebuah syarikat penyelidikan teknologi dan penyedia antibodi, kit, dan perkhidmatan terkemuka, dinobatkan oleh Boston Business Journal (BBJ) untuk tahun ke-5 berturut-turut, sebagai penyumbang amal korporat 2020 di Massachusetts, pada Anugerah Kewarganegaraan Korporat Tahunan pada 10 September di Boston.  CST berada pada kedudukan ke 71 antara syarikat amal teratas di Massachusetts, dengan jumlah sumbangan bernilai $470,000 kepada MA amal tempatan. Anugerah BBJ 2020 mengiktiraf 107 syarikat teratas yang menyumbang lebih daripada $100,000 kepada organisasi di Massachusetts pada 2019.

BBJ 2020 Top Charitable Contributor
BBJ 2020 Top Charitable Contributor

Selama lebih daripada 20 tahun, penyelidik dalam farmasi, bioteknologi, dan akademik mempercayai CST atas kepakaran biologi dan teknikalnya yang terbukti dan kejayaan kami berkait secara langsung dengan komuniti global di tempat kami tinggal dan bekerja. "Sebagai saintis dan warganegara, kami tidak boleh mengabaikan hubungan penting yang telah terjalin antara satu sama lain, dengan masyarakat tempatan kami, dan planet ini secara keseluruhan," kata John Letcher, Cell Signaling Technology, Naib Presiden Kanan Sumber Manusia Global. "Kami merasa berbesar hati dengan pengiktirafan daripada Boston Business Journal atas sumbangan kami dalam kalangan Komanwel Massachusetts."

Inisiatif amal CST adalah sebahagian daripada fokus Tanggungjawab Sosial Korporat yang lebih luas yang merangkumi komitmen terhadap Planet Kami, Pendidikan Sains, Pekerja Kami, Komuniti Sekitar, dan Seni.  

Di CST, kami percaya pada kehebatan sains untuk membantu kami menghadapi cabaran-cabaran besar yang mendatang. Sains ialah minat kami, dan misi kami adalah untuk membantu penyelidik mencari jawapan kepada soalan kritikal tentang penyakit yang berpotensi meningkatkan kualiti hidup setiap orang. 

Ketahui maklumat lanjut tentang Cell Signaling Technology dan sumbangan korporat cellsignal.com/csr

Tentang CST

Cell Signaling Technology (CST) adalah syarikat persendirian, milik keluarga, yang diasaskan oleh saintis dan berdedikasi untuk menyediakan alat penyelidikan berkualiti tinggi kepada komuniti penyelidikan bioperubatan. Pekerja kami beroperasi di seluruh dunia dari ibu pejabat A.S. kami di Massachusetts, serta pejabat kami di Belanda, China, dan Jepun.

Cell Signaling Technology® dan CST™ ialah tanda dagangan Cell Signaling Technology, Inc.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1277084/cell_signaling_bbj_charitable_contributor.jpg?p=medium600

 

Source: Cell Signaling Technology
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Awards Corporate Social Responsibility