omniture

Serlahkan potensi, Chengdu papar peluang dalam komuniti taman dengan rancangan imersif

National Business Daily (NBD)
2020-09-26 03:04 939

CHENGDU, China, Sept. 26, 2020 /PRNewswire/ -- Laporan berita oleh National Business Daily:

Chengdu, Barat Daya China bakal memperkenalkan banyak pemandangan dan produk baharu yang bertumpu pada komuniti taman yang boleh didiami pada 25 September ini, ketika bandar berkenaan melakukan usaha berterusan untuk meningkatkan sektor ekonomi baharu.

Chengdu, komuniti taman dengan pemandangan indah dan boleh didiami
Chengdu, komuniti taman dengan pemandangan indah dan boleh didiami

Acara istimewa ini, yang dianjurkan oleh suruhanjaya tadbir urus komuniti bandar dan Suruhanjaya Pembangunan Ekonomi Baharu Chengdu dan dianjurkan oleh Daerah Chenghua, merupakan sebahagian daripada Projek Ganda Ribu Ekonomi Baharu Chengdu (Chengdu New Economy Double Thousand Project) 2020.

Acara ini terdiri daripada paparan luaran dan sidang akhbar dalaman. Di kawasan luar, pengunjung boleh merasai pengalaman langsung dengan pelbagai produk termasuk perkakas rumah pintar, produk penggunaan harian dan produk khidmat awam daripada syarikat-syarikat seperti China Telecom, Huawei dan Ximalaya.

Satu sidang akhbar akan diadakan dalam kawasan dalaman, dalam bentuk tidak konvensional. Ia akan menjadi sebuah rancangan realiti yang imersif dan interaktif yang menjejaki kehidupan sebuah keluarga selama sehari dalam komuniti taman. Produk dan peluang dalam membina komuniti taman akan digabungjalinkan ke dalam babak waktu pagi, tengah hari dan petang persembahan berkenaan.

"Adegan merupakan titik waktu dan ruang yang mencetuskan tindak balas emosi," kata pengarah rancangan Le Lei, "pengunjung boleh merasai pengalaman yang lebih mendalam mengenai produk dengan mengambil perspektif keluarga tersebut dalam tiga adegan yang kami hasilkan."

Sejumlah 100 adegan baharu dan 100 produk baharu dalam komuniti taman akan dilancarkan di acara berkenaan, yang mana Huawei, New Hope Group dan syarikat-syarikat terkenal yang lain akan berpeluang untuk mempromosikan teknologi dan aplikasi terkini mereka. Selain itu, acara berkenaan akan mendedahkan senarai 100 perniagaan dan perusahaan komuniti terbaik.

Agar dapat memudahkan pemadanan antara pembekal dan pembeli, sebuah platform untuk transaksi produk ekonomi baharu yang inovatif di Chengdu akan dilancarkan di luar acara. Platform tersebut akan dapat membuat urus niaga dalam talian untuk produk dan adegan yang terlibat dalam "Double Thousand Project" menerusi fungsi-fungsi transaksi, perkhidmatan dan pengurusan.

Bagi mencari dengan tepat pembekal untuk pelbagai keperluan dan mengoptimumkan peruntukan sumber merupakan tugas utama acara ini. Dengan memperkenalkan peluang baharu kepada dunia, acara ini dijangka menarik minat pelabur dan organisasi untuk mengambil bahagian dengan lebih baik dalam pembangunan bandar taman pada peringkat komuniti.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200924/2924469-1?lang=0

Source: National Business Daily (NBD)
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Publishing/Information Service Travel