omniture

Perkongsian Global Fund Telah Menyelamatkan 38 Juta Nyawa - tetapi COVID-19 Boleh Menghapuskan Kemajuan

The Global Fund
2020-09-28 18:15 345

GENEVA, 28 September 2020 /PRNewswire/ -- Laporan baharu oleh Global Fund untuk Memerangi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria adalah seruan untuk segera melabur untuk melindungi kemajuan yang telah dicapai selama berdekad-dekad terhadap HIV, TB dan malaria yang kini tersasar akibat kesan mengejut daripada pandemik COVID-19.

 

 

 

Menurut laporan yang dikeluarkan hari ini, perkongsian Global Fund telah menyelamatkan 38 juta nyawa sejak tahun 2002, termasuk 6 juta pada tahun 2019 sahaja. Ini mewakili peningkatan sebanyak 20 peratus dalam jumlah nyawa yang diselamatkan berbanding tahun sebelumnya – kemajuan luar biasa yang dihasilkan dari peningkatan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan, kejayaan dalam mencari dan merawat lebih ramai orang dengan ubat yang mampu menyelamatkan nyawa, penjimatan kos ke atas produk kesihatan dan peningkatan kerjasama di seluruh perkongsian Global Fund. Secara keseluruhan, kematian yang disebabkan oleh AIDS, TB dan malaria setiap tahun telah berkurangan hampir 50% sejak kemuncak wabak di negara-negara di mana Global Fund melabur.

Walau bagaimanapun, Laporan Hasil 2020 menunjukkan bahawa sebahagian besar kemajuan itu kini telah hilang akibat kesan COVID-19. Kematian dan jangkitan akibat HIV, TB dan malaria boleh melonjak dalam 12 bulan akan datang, menurut laporan tersebut.

"Laporan Hasil tahun ini menunjukkan bagaimana dunia yang bersatu, yang dipimpin oleh komitmen kuat oleh masyarakat, boleh saling bekerjasama untuk menangani penyakit sehingga berjaya," kata Peter Sands, Pengarah Eksekutif Global Fund. "Kita telah mencapai kemajuan yang luar biasa, tetapi ancaman COVID-19 akan membalikkan kelebihan yang telah kita semua berusaha keras untuk mencapainya. Kita tidak boleh membiarkan perkara itu berlaku. Kita mesti bersatu untuk berjuang."

Pencapaian utama yang telah dicapai pada tahun 2019 di negara-negara di mana Global Fund melabur:

  • 20.1 juta orang menerima terapi antiretrovirus untuk HIV;
  • 718,000 ibu yang positif HIV menerima ubat untuk memastikan mereka masih hidup dan mencegah penularan HIV kepada bayi mereka;
  • 5.7 juta orang diuji dan dirawat untuk TB;
  • 160 juta kelambu telah diedarkan untuk melindungi hampir 320 juta orang dari penyakit malaria dalam tempoh tiga tahun.

Pencapaian dalam Laporan Hasil 2020 adalah hasil daripada kesungguhan berbagai pihak yang terdiri daripada rakan kongsi Global Fund, termasuk pelaksana kerajaan, agensi multilateral, rakan kongsi dua hala, kumpulan masyarakat awam, orang yang terkena penyakit dan sektor swasta.

Global Fund mencapai kemajuan yang kukuh dalam beberapa bidang pada tahun 2019. Walaupun kanak-kanak perempuan masih dijangkiti HIV secara tidak berkadaran berbanding dengan rakan lelaki mereka, kadar jangkitan di kalangan remaja perempuan dan wanita muda telah menurun sebanyak 51% sejak tahun 2010 di 13 buah negara keutamaan di Afrika sub-Sahara di mana Global Fund melabur. Dana Global juga menyokong pembelian 3.7 juta alat saringan kendiri; akses kepada pelbagai langkah saringan adalah asas untuk menamatkan HIV sebagai ancaman kesihatan awam.

Inisiatif strategik oleh Global Fund, Stop TB Partnership dan WHO yang memberi tumpuan kepada 13 buah negara dengan beban TB tertinggi telah mempercepat kemajuan dalam mencari penghidap TB yang telah "hilang" – orang yang tidak didiagnosis, tidak dirawat dan tidak dilaporkan, dan boleh meninggal dunia atau secara berterusan menyebarkan penyakit ini kepada orang lain tanpa rawatan. Jurang antara pemberitahuan TB dan insiden TB di 13 buah negara tumpuan turun dari 49% pada tahun 2014 kepada 33% pada tahun 2018.

Untuk melindungi penduduk dari malaria, Global Fund bekerjasama dengan rakan kongsi untuk mengurangkan kos kelambu yang dirawat dengan racun serangga menjadi kurang daripada US$2 dan kos rawatan antimalaria turun kepada AS$0.58 pada tahun 2019 – penjimatan yang membolehkan kita membeli lebih daripada 14 juta kelambu tambahan dan merawat lebih daripada 24 juta tambahan penduduk untuk malaria. 

Kelebihan tersebut kini telah diancam oleh COVID-19. Laporan tersebut menunjukkan bahawa jumlah ujian HIV telah menurun sebanyak 50% di beberapa tempat dan pemberitahuan kes TB baharu telah menurun sehingga 75%, yang boleh menyebabkan peningkatan jangkitan baharu ketika orang yang tidak mengetahui statusnya terus menularkan penyakit tersebut kepada orang lain. Banyak negara terpaksa menunda kempen pengedaran kelambu, menyebabkan orang menghadapi risiko terhadap malaria – kebanyakan dari mereka adalah kanak-kanak – yang tidak dilindungi.

Global Fund telah bertindak balas dengan cepat untuk menyokong negara-negara untuk mengatasi cabaran ini. Sejak bulan Mac 2020, Global Fund telah meluluskan kira-kira AS$700 juta kepada 103 buah negara dan 11 program pelbagai negara untuk memerangi COVID-19 melalui peningkatan ujian dan penjejakan serta perlindungan bagi pekerja kesihatan barisan hadapan; menyesuaikan program HIV, TB dan malaria yang ada untuk melindungi kemajuan; dan memperkuat sistem untuk kesihatan agar mereka tidak berputus asa dan bersedia untuk melancarkan rawatan dan vaksin COVID-19 sebaik sahaja ia tersedia.

"Ini adalah satu titik perubahan," kata Sands. "Kita boleh menyerahkan kelebihan yang telah kita hasilkan terhadap HIV, TB dan malaria, dan membiarkan kemajuan kita menuju Matlamat Pembangunan Lestari diterbalikkan begitu sahaja. Atau kita boleh bertindak dengan cepat dan berskala, melaburkan sumber daya yang jauh lebih besar daripada yang telah dilakukan, untuk mengatasi kedua-dua kesan langsung COVID-19 dan untuk mengurangkan akibat buruk terhadap HIV, TB dan malaria."

Global Fund adalah perkongsian yang dirancang untuk mempercepatkan berakhirnya AIDS, tuberkulosis dan malaria sebagai satu wabak. Sebagai organisasi antarabangsa, Global Fund menggerakkan dan melabur lebih daripada AS$4 bilion setahun untuk menyokong program yang dijalankan oleh pakar tempatan di lebih daripada 100 buah negara. Dengan bekerjasama dengan pihak kerajaan, masyarakat awam, agensi teknikal, sektor swasta dan orang-orang yang terkena penyakit, kami akan mengatasi halangan dan menerapkan inovasi. 

Maklumat tentang urusan Global Fund boleh didapati di www.theglobalfund.org

Ikuti Global Fund di Twitter: http://twitter.com/globalfund

Sertai Global Fund di Facebook: http://www.facebook.com/theglobalfund

PDF - https://mma.prnewswire.com/media/1273079/The_Global_Fund.pdf

Video - https://www.youtube.com/watch?v=2sEQdJ99huc
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1273072/the_global_fund_aminat_laketu.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1273073/the_global_fund_kamate_muhindo.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1273074/the_global_fund_nombasa_krune_dumile.jpg?p=medium600

 

Aminat Laketu with her 6-week-old baby at Ita-Elewa Primary Health Center in Ikorodu, Nigeria, where she has benefited from services to prevent transmission of HIV from mother to child. Photographer: Andrew Esiebo
Aminat Laketu with her 6-week-old baby at Ita-Elewa Primary Health Center in Ikorodu, Nigeria, where she has benefited from services to prevent transmission of HIV from mother to child. Photographer: Andrew Esiebo

 

Kamate Muhindo is head nurse at the Majengo Marie Health Center in the Democratic Republic of Congo. He is passionate about saving lives in his community, even if his salary is not enough to feed his six children. “The biggest problem is that many patients are not able to pay for treatment or consultation,” he says. He also says that COVID-19 has made the situation worse, “We hope that with partners and advocates we will have the necessary equipment to protect ourselves during our work because at the moment there is not enough for everyone.” Photographer: Karin Schermbrucker
Kamate Muhindo is head nurse at the Majengo Marie Health Center in the Democratic Republic of Congo. He is passionate about saving lives in his community, even if his salary is not enough to feed his six children. “The biggest problem is that many patients are not able to pay for treatment or consultation,” he says. He also says that COVID-19 has made the situation worse, “We hope that with partners and advocates we will have the necessary equipment to protect ourselves during our work because at the moment there is not enough for everyone.” Photographer: Karin Schermbrucker

 

Nombasa Krune-Dumile is a front-line health care worker in Cape Town, South Africa, where she has dedicated her life to supporting tuberculosis patients through treatment. Nombasa
Nombasa Krune-Dumile is a front-line health care worker in Cape Town, South Africa, where she has dedicated her life to supporting tuberculosis patients through treatment. Nombasa

 

 

 

 

Source: The Global Fund
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Infectious Disease Control Publishing/Information Service Survey, Polls & Research