omniture

Music China 2020: kumpul pemahaman muzik dan alat muzik dalam ekpo alat muzik terbesar dunia

Shanghai INTEX
2020-09-29 10:00 633

SHANGHAI, 29 September 2020 /PRNewswire/ -- Music China, bersama-sama dianjurkan oleh CMIA, Shanghai INTEX dan Messe Frankfurt, kembali ke Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai pada 28-31 Oktober 2020.

Salah satu ekspo alat muzik yang terbesar di dunia, Music China telah memainkan peranan penting dalam industri muzik global. Tahun lalu, Music China menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 2,400 pempamer dari lebih 34 negara dan wilayah, menarik 122,519 hadirin dari 78 negara dan juga wilayah. Bagi mengambil peluang kritikal untuk pemulihan ekonomi selepas pandemik, Music China 2020 akan memanfaatkan sepenuhnya sumber-sumbernya untuk membawakan ekspo yang dinaik taraf dengan peluang perniagaan yang luar biasa bagi memeriahkan industri ini, selain pengalaman muzik yang indah bagi menggembirakan semua peminat muzik.

Hasil daripada pembangunan yang baik selama 19 tahun, Music China telah menjadi pintu masuk terbaik untuk maklumat langsung mengenai pasaran dan untuk semua jenis alat muzik daripada jenama-jenama yang paling terkenal di seluruh dunia. Jenama-jenama yang akan mengadakan pameran di Music China 2020 termasuk AKG, Aria, AXL, Bechstein, Buffet, Casio, Conn-Selmer, Dunhuang, Fengling, Hsinghai, JBL, Jinyin, JOYO, Kawai, Levy's, NUX, Parsons, Pearl River, PianoDisc, Pioneer DJ, Saga, Samick, Schimmel, Seiler, Steinway, Taylor, Yamaha dan Yanagisawa. Jenama-jenama ini dijangka akan 'menjamu' mata anda dengan koleksi produk utama mereka, bermula dengan alat muzik, produk audio dan bunyi, sehinggalah perisian pembikinan muzik dan aplikasi dalam talian untuk pendidikan muzik.

Bukan sekadar platform perdagangan untuk industri, Music China juga merupakan karnival muzik buat semua pencinta muzik. Ia menyediakan pelbagai acara yang meliputi pendidikan muzik, ceramah daripada selebriti, pertunjukan muzik secara langsung serta acara seni dan budaya lain. Buat audiens luar negara yang tidak dapat mengunjungi sendiri acara tersebut ekoran pandemik ini, Music China mengadakan platform pameran dalam talian -- "ekspo awan" yang membolehkan mereka "mengunjungi" acara ini dan berurusan semuanya dari rumah. Ia membolehkan audiens menikmati fungsi-fungsi yang sama seperti ekspo di tapak, melihat paparan produk, berinteraksi dengan pempamer atau memenuhi rancangan pembelian.

Biarpun wabak yang sedang berlaku ini mengakibatkan tekanan kepada seluruh dunia, Music China, sebagai sebahagian daripada industri ini, berusaha untuk memberi sumbangan kepada pemulihan industri. Kami percaya muzik dapat menyatukan minda orang ramai dan menyalakan kembali semangat mereka dengan muzik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Music China 2020, sila kunjungi: www.musicchina-expo.com.

Hubungi:

Cik Arlene Zhu 
+86-21-6295-5609
zhuliwen@shanghai-intex.com

Source: Shanghai INTEX
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Music Trade show news