omniture

Pesuruhjaya Perbandaran Mumbai I.S. Chahal Dikurniakan Dengan 'Covid Crusader Award-2020'

Panchshil Realty
2020-09-29 20:25 441

- Panchshil Foundation, Bahagian CSR Panchshil Realty, Mengucapkan Tahniah kepada Chahal 

PUNE, India, 29 September 2020 /PRNewswire/ -- Iqbal Singh Chahal, IAS, Pesuruhjaya Perbandaran, Municipal Corporation of Greater Mumbai, telah menjadi birokrat India pertama yang diakui dan mendapat pengakuan global atas sumbangannya dalam mengawal jangkitan novel coronavirus di ibu kota kewangan India dan kerana berusaha untuk 'meratakan keluk' di kawasan bandar yang sesak, termasuk kawasan perkumuhan terbesar di Asia, Dharavi.

 

Pegawai kader Maharashtra tahun 1989 tersebut - mempunyai pengalaman yang meluas dan pelbagai selama 3 dekad bersama Kerajaan India dan Kerajaan Maharashtra - telah dianugerahkan 'Covid Crusader Award-2020' terbaik oleh Indo American Chamber of Commerce (IACC) dalam Kategori Birokrat India.

IACC, yang ditubuhkan pada tahun 1968, adalah Dewan dua hala yang memberikan sinergi dalam Penglibatan Ekonomi India-AS. Anugerah ini diperkenalkan oleh IACC dan Konsulat AS di Mumbai. Anugerah tersebut disampaikan oleh Yang Berhormat Gabenor Maharashtra Bhagat Singh Koshyari dalam satu majlis yang diadakan secara maya.

"Ia merupakan satu penghormatan dan penghargaan kepada saya apabila menerima anugerah ini dan saya menerima pengiktirafan ini dengan rasa rendah hati. Saya berterima kasih kepada Indo American Chamber of Commerce. Saya juga berterima kasih kepada juri. 4 teras dalam pertarungan Covid-19 kami iaitu ujian, ambulans, pengurusan pesakit, pengurusan hospital, semuanya dilaksanakan secara automatik. Saya yakin calon-calon lain sama kompeten dan layak dan mereka adalah pemenang dengan cara tersendiri," kata Chahal dalam ucapan penerimaannya.

"Adalah suatu kebanggaan apabila seorang ketua sivik dari Maharashtra menerima pengiktirafan global dan saya mengucapkan tahniah kepada Chahal kerana telah menerima penghargaan global yang berprestij ini atas usaha gigihnya yang berdedikasi, fokus dan tanpa henti melawan novel coronavirus yang telah mengganggu kehidupan normal seperti yang kita ketahui. Saya mendoakan yang terbaik dalam usahanya mengatasi pandemik ini, "kata Atul Chordia, Pengerusi Panchshil Realty.

Panchshil Foundation melakukan inisiatif dalam bantuan Covid-19 seperti pendidikan, kesihatan, seni & budaya, sukan, infrastruktur dan inisiatif sosial. Tunjang perniagaan utama Panchshil Realty adalah ruang pejabat komersial, hospitaliti dan hartanah kediaman. Sebilangan besar portfolio pejabat Panchshil Realty dipegang oleh Blackstone Real Estate Private Equity Fund, yang ditaja dan diuruskan oleh Blackstone Group LP. Untuk maklumat lanjut tentang Panchshil, sila layari www.panchshil.com

Video: https://mma.prnasia.com/media2/1282612/BMC_commissioner_Iqbal_Singh_Chahal.mp4

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1169295/Panchshil_Foundation_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: Panchshil Realty
Keywords: Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Real Estate Awards Corporate Social Responsibility Public Safety