omniture

YPO Melantik Xavier Mufraggi Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Baharu

YPO
2020-09-30 00:04 333

DALLAS, 30 September 2020 /PRNewswire/ -- YPO, komuniti kepimpinan global dengan lebih daripada 28,000 ketua eksekutif di 142 buah negara, hari ini mengumumkan Xavier Mufraggi, ahli YPO Paris, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa pada 1 Disember 2020. Mufraggi, CEO pertama yang bukan berasal dari A.S. untuk organisasi terkenal dalam kalangan belia tersebut, menyertai YPO dari Club Med, syarikat peneraju percutian mewah dunia.

Xavier Mufraggi, newly announced YPO CEO
Xavier Mufraggi, newly announced YPO CEO

Bersama Club Med, sebuah anak syarikat Fosun Tourism Group 复星集团, selama 15 tahun yang lalu, Mufraggi ialah Presiden dan CEO Club Med terkini di Eropah, Timur Tengah, Pasaran Afrika (EMEA), sebuah wilayah dengan pendapatan lebih USD1 bilion setiap tahun. Beliau memegang jawatan CEO Amerika Utara dan Caribbean sebelum ini. Di bawah kepimpinannya, bahagian ini muncul sebagai sebuah unit perniagaan yang lestari dan membawa keuntungan, beliau berjaya mengubah dan meletakkan semula jenama secara digital kepada sebuah destinasi percutian keluarga kelas atasan.

"Saya amat teruja dengan pelantikan Xavier sebagai CEO baharu kami untuk memimpin YPO di masa hadapan," kata Anastasios (Tassos) Economou, Pengerusi Global YPO 2020-2021. "Saya bukan saja tidak sabar untuk bekerja bersama Xavier, malah ingin menjalin persahabatan baharu, dengan cara unik yang kami lakukan untuk berkenalan bersama rakan-rakan dalam YPO." 

"Ahli YPO adalah pemimpin luar biasa yang membantu memacu ekonomi global, juga amat fokus dalam memberi kesan positif pada kehidupan para pekerja, komuniti mereka dan dunia amnya," kata Mufraggi. "Saya amat berbesar hati diberi penghormatan dan peluang unik untuk memimpin organisasi yang luar biasa ini pada ketika dunia ini benar-benar memerlukan pemimpin berkaliber lebih daripada sebelumnya."

Seorang profesional yang dinamik dengan latar belakang pemasaran strategik yang kukuh dalam sektor pemakanan, kepenggunaan dan hospitaliti, Mufraggi memulakan kerjayanya di Kraft Food Eropah dalam pemasaran, komersial dan pembangunan produk. Beliau ialah graduan daripada EDHEC Business School, salah satu program perniagaan yang terkenal di Eropah, dan memiliki Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan.

Mufraggi juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah MUFRAGGI Matériaux, sebuah perniagaan peralatan dan bahan pembinaan yang dimulakan oleh datuknya, dan seorang Penasihat Perdagangan Antarabangsa Perancis. Dibesarkan di Eropah, Washington D.C, A.S. dan Ivory Coast, beliau dan keluarganya kini menetap di Paris, Perancis.

Mufraggi menggantikan jawatan Scott Mordell. Mordell ialah Ketua Pegawai Eksekutif YPO paling lama memegang jawatan tersebut sejak 2011 dan merupakan ahli YPO yang aktif sejak 1995. Pada Disember 2019, beliau mengumumkan akan meletak jawatan pada penghujung tahun ini.

Economou menambah, "Bagi pihak YPO, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Scott di atas kepimpinan dan kegigihannya untuk organisasi ini selama sedekad yang lalu serta sepanjang transisi ini."

Tentang YPO: 

YPO ialah komuniti kepimpinan global dengan lebih 28,000 ketua eksekutif di 142 negara yang dihubungkan dengan satu kepercayaan yang sama bahawa dunia ini memerlukan pemimpin yang lebih baik. Setiap daripada ahli kami telah mencapai kejayaan dalam kepimpinan yang signifikan pada usia muda. Secara kombinasi, mereka memimpin perniagaan dan organisasi yang menyumbangkan USD9 trilion pendapatan tahunan. Ahli YPO memberi inspirasi dan sokongan antara satu sama lain melalui pembelajaran rakan sebaya dan pengalaman yang luar biasa dalam sebuah komuniti tertutup yang berkongsi secara terbuka dan saling mempercayai. Layari ‪ypo.org untuk selanjutnya.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1283892/mufraggi_xavier_6_1_cropped_3_copy.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1065220/YPO_Logo.jpg?p=medium600

Source: YPO
Keywords: Travel Personnel announcements Public Interest