omniture

Huawei Menaiktaraf Sepenuhnya Penyelesaian Rangkaian IP Pintarnya untuk Mencipta Pemacu Baru Transformasi Digital Industri

Huawei
2020-09-30 09:44 622

SHANGHAI, 30 September 2020 /PRNewswire/ -- Di HUAWEI CONNECT 2020, Huawei mengadakan sidang kemuncak yang bertema "Mempercepatkan Transformasi Digital Industri Melalui Kesambungan Pintar Semua Keadaan". Di sidang kemuncak ini, Huawei mengumumkan ia telah menaik taraf sepenuhnya penyelesaian rangkaian IP pintarnya, membentukkan semula dua platform (perisian dan perkakasan), mencipta semula seni bina tiga lapisan rangkaian IP pintar dengan "kapasiti super, pengalaman cerdas, dan pemanduan berautonomi", dan seterusnya menginovasi "empat enjin". Langkah strategik ini menegaskan usaha gigih Huawei untuk membangunkan penyelesaian yang tersesuai senario bersama rakan niaga dan pelanggan, mewujudkan pemacu baru ke arah pendigitalan di serata industri.

Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, mengumumkan penaikan taraf sepenuhnya penyelesaian rangkaian IP pintar Huawei
Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, mengumumkan penaikan taraf sepenuhnya penyelesaian rangkaian IP pintar Huawei

Rangkaian komunikasi data telah berubah daripada rangkaian berasaskan IPv4 untuk interaksi manusia-mesin pada era IP, kepada rangkaian berasaskan pertukaran label berbilang protokol (MPLS) untuk interaksi manusia-manusia dalam era semua IP, dan akhirnya kepada rangkaian dalam era IP cerdas hari ini.

Selaras dengan strategi pengembangan "rangkaian IP cerdas", Huawei telah mengumumkan langkah-langkah strategi berikut di sidang kemuncak ini:

1. Membentukkan semula dua platform (perkakasan dan perisian) untuk bersiap sedia sepenuhnya ke arah rangkaian IP cerdas 

Huawei telah menaik taraf sepenuhnya platform perkakasannya yang menonjol dengan enjin pecutan AI terbina dalam untuk meningkatkan pemprosesan data, dengan itu menyokong sepenuhnya rangkaian IP pintar. Untuk menyokong penyambungan besar-besaran segala-galanya, peranti modular berkapasiti besar dilengkapkan dengan port 400GE yang mampu menangani kebanjiran digital, sementara peranti berbentuk tetap menyokong akses yang luas daripada 155 Mbit/s hingga 400 Gbit/s. Ciri perkakasan sebegini membuka jalan untuk membina platform perkakasan IP cerdas yang jalurnya ultra lebar, cerdas, dan hijau untuk pelanggan.

Dari segi platform perisian, perisian peranti IP tradisional adalah tertutup, kekok, dan tidak responsif terhadap perkhidmatan. Huawei membentuk semula sistem operasi rangkaian IP dengan menggunakan platform perisian baharunya, YUNSHAN. Platform ini mempunyai seni bina yang lincah, cerdas, dan terbuka, dan membolehkan untuk pemasangan yang anjal menggunakan komponen fungsional modular di seluruh peranti, memudahkan penghantaran cepat selaras dengan keperluan pelanggan. YUNSHAN memiliki lebih 20 algoritma AI terbina dalam untuk menyokong inferensi tahap milisaat, menyuntik keupayaan baharu ke dalam rangkaian IP cerdas. Selain itu, lebih 400 antara muka pengaturcaraan aplikasi terbuka (API) platform ini dengan mudah bersambung kepada NMS utara, dengan itu melaksanakan pengurusan dan kawalan peranti yang anjal.

2. Meningkatkan seni bina tiga lapisan rangkaian IP pintar dengan kapasiti super, pengalaman cerdas, dan pemanduan autonomi 

Huawei memperkenalkan AI untuk mentakrifkan semula seni bina rangkaian IP cerdas 3-lapisan, dan menaik taraf kepada port 400GE untuk menyokong pemajuan tanpa sekatan jalur ultra lebar dan penghirisan rangkaian. Hasilnya ialah kapasiti super yang memastikan kualiti jalur lebar rangkaian.

Huawei juga menaik taraf Enjin Tujuan dengan menggunakan AI untuk mengenal pasti tujuan rangkaian perkhidmatan, menyesuaikan sumber rangkaian dalam masa nyata, dan terus memenuhi keperluan perkhidmatan. Ini menghasilkan pengalaman cerdas yang memastikan pengalaman berketentuan.

Enjin Kecerdasan telah dinaik taraf menggunakan graf pengetahuan untuk menyusun atur dan menyesuaikan perkhidmatan peringkat rangkaian secara automatik sambil mengautomasikan pencarian punca masalah rangkaian. Keupayaan memandu autonomi ini meningkatkan kecekapan O&M.

3. Mereka cipta lebih jauh produk dan penyelesaian rangkaian IP cerdas "empat enjin" 

Huawei telah menaik taraf iMaster NCE, otak kepada rangkaian IP cerdas. Ini menyediakan keupayaan terbuka dan boleh diatur cara, memudahkan penyesuaian mudah; memperkenalkan analitik data besar untuk melaksanakan penyusunan berdasarkan tujuan dan ramalan kesilapan; serta menambahkan API arah selatan untuk mencapai keserasian yang meluas dengan penawaran berbilang vendor. Selain itu, dibina berasaskan empat enjinnya (AirEngine, CloudEngine, NetEngine, dan HiSecEngine), Huawei telah meningkatkan sepenuhnya penyelesaian CloudCampus, CloudFabric, CloudWAN, dan HiSec daripada 1.0 kepada 2.0. Keluaran baru ini membantu membina rangkaian IP yang lebih lebar jalurnya dan lebih cerdas.

4. Rangkaian IP cerdas telah terbukti secara tekal dalam pelbagai industri, mewujudkan nilai baharu bersama-sama 

IP cerdas telah digunakan secara meluas dalam industri. Secara khusus, "Intelligent IP @ Government" membolehkan perkhidmatan sehenti kerajaan dan pengurusan bandar semua dalam satu, meningkatkan dengan ketara kadar permintaan yang ditangani secara dalam talian dan meningkatkan kecekapan dalam memproses dokumen. "Intelligent IP @ Finance" memacu industri kewangan memasuki era Bank 4.0 dengan membolehkan penyediaan perkhidmatan berasaskan awan pada peringkat harian dan mengurangkan masa transaksi pertukaran asing sebanyak 87%. "Intelligent IP @ Education" mempercepatkan pembinaan rangkaian, penumpuan pelbagai rangkaian, dan memudahkan operasi cerdas, mempercepatkan pembinaan negara yang kaya dengan bakat. "Intelligent IP @ Airport" mencapai satu ID untuk perjalanan dan satu peta untuk operasi dengan mengesan ancaman pada kadar ketepatan 96%, menangani ancaman dalam beberapa saat, dan menemui secara proaktif 85% daripada kesilapan.

"Rangkaian IP cerdas membolehkan pengaliran dan pengagregatan data yang lebih baik, mewujudkan pemacu baru ke arah kesambungan cerdas segala-galanya. Huawei akan terus mereka cipta dan menerapkan rangkaian IP cerdas kepada semua industri dan membangunkan penyelesaian semua senario untuk membantu perusahaan besar dan kecil mencapai kejayaan perniagaan," kata Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei. "Pada masa depan, Huawei akan bekerjasama dengan lebih banyak rakan niaga semua industri, seperti kerajaan, kewangan, pendidikan, penjagaan kesihatan, dan pengangkutan, untuk membangunkan ekosistem baru ke arah transformasi digital dan mencipta nilai baharu bersama-sama."

Gambar - https://photos.prnasia.com/prnh/20200928/2930222-1?lang=0

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news