omniture

Model Perkhidmatan Kewangan Pertama Industri yang Berorientasikan "Benda-Benda Pintar", SPD Bank dan Huawei Mengeluarkan Kertas Putih "Bank of Things"

Huawei
2020-09-30 23:19 628

SHANGHAI, 30 Sept 2020 /PRNewswire/ -- Di HUAWEI CONNECT 2020, Pan Weidong, Presiden Shanghai Pudong Development Bank (SPD Bank), dan David Wang, Pengarah Eksekutif Huawei dan Pengerusi Lembaga Kajian Semula Pelaburan, mengeluarkan Kertas Putih "Bank of Things". Kertas Putih tersebut pertama sekali mencadangkan model perkhidmatan kewangan dan sistem reka bentuk baharu untuk "benda-benda pintar" dalam industri, yang membawa era baharu perkhidmatan "bank of things" (BoT).

Menurut Pan Weidong, kita beralih daripada era benda-benda bersambung kepada benda-benda pintar yang bersambung. Kesambungan adalah produktiviti, dan ini terbukti melalui sambungan rangkaian pintar dengan awan, pinggir dan peranti. Berdasarkan senario sambungan benda-benda pintar, kita boleh membina ruang pintar berpusatkan orang untuk menyediakan perkhidmatan yang komprehensif. Dalam ruang ini, perkhidmatan kewangan akan bertindak sebagai pelekat bagi pelbagai pihak berkepentingan dalam ekosistem yang pintar, cekap dan kolaboratif untuk mencapai kejayaan bersama dan membangunkan ekonomi sebenar yang berkembang maju.

Di bawah strategi infrastruktur baharu kebangsaan, teknologi baru muncul seperti 5G, IoT dan AI berkembang pesat, yang menyebabkan ratusan bilion "benda-benda pintar" disambungkan. Perkara ini mempunyai kesan yang besar ke atas perniagaan dan kehidupan harian, yang membentuk asas untuk kereta dengan penderiaan pintar dan perkhidmatan autonomi, rumah pintar, kilang pintar, logistik pintar dan aplikasi inovatif yang lain.

Dalam konteks ini, SPD Bank dan Huawei mencadangkan satu konsep baharu — BoT. Konsep ini memperluaskan sasaran perkhidmatan langsung daripada orang kepada "benda-benda pintar", membina model perniagaan bertumpu kepada senario, dan mewujudkan model pengurusan risiko berdasarkan sistem kredit yang objektif. Kertas Putih tersebut menghuraikan bentuk perniagaan, seni bina dan reka bentuk senario BoT dalam ekonomi digital. Ia juga menyelami kemungkinan cabaran teknikal dan meningkatkan jangkaan untuk perkhidmatan pan-kewangan dan sistem kredit digital baharu.

SPD Bank dan Huawei menubuhkan makmal inovasi bersama pada 2018 dan makmal tersebut telah menghasilkan pelbagai pencapaian. Pada Ogos 2020, kedua-dua pihak menandatangani perjanjian kerjasama strategik komprehensif, yang memperoleh pencapaian lain apabila Kertas Putih dikeluarkan. SPD Bank akan memfokus pada meningkatkan pengalaman pengguna, menggunakan teknologi digital, dan membantu inovasi industri seperti runcit, komunikasi, pengangkutan dan penjagaan kesihatan, untuk mewujudkan ekonomi digital yang berkembang maju.

Untuk maklumat lebih lanjut dan memuat turun Kertas Putih, sila klik pautan.: http://49.4.124.65:9000/EN-%E7%89%A9%E7%9A%84%E9%93%B6%E8%A1%8C%E7%99%BD%E7%9A%AE%E4%B9%A6.pdf

Untuk maklumat lebih lanjut tentang HUAWEI CONNECT 2020, sila lawati:
https://www.huawei.com/en/events/huaweiconnect2020/

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Survey, Polls & Research