omniture

Technopath Memperkenalkan Platform Kawalan Kualiti (QC) Bersepadu Pertama, yang Memberi Tahap Keyakinan yang Lebih Tinggi dalam Ketepatan Keputusan Sampel Pesakit

Technopath Clinical Diagnostics
2020-10-01 14:00 759

IAMQC Infinity™ adalah platform perisian perkhidmatan (SaaS) pertama untuk makmal klinikal bagi mengumpulkan perbandingan rakan sebaya di seluruh dunia, analisis QC lanjutan, data ujian kecekapan dan fungsi pengurusan data QC harian dalam masa nyata dalam satu platform yang bersepadu

IAMQC Infinity memperkasakan kakitangan makmal barisan hadapan dengan penggunaan masa yang kurang pada tanda QC positif palsu sambil menumpukan perhatian pada ujian yang memerlukan perhatian mereka

Teknologi berasaskan web IAMQC, disepadukan dengan fleksibiliti sistem terbuka Infinity untuk mengoptimumkan semua data QC yang dihasilkan di makmal, memberi keyakinan yang lebih tinggi dalam kaedah ujian analitik sambil mengurangkan masa, usaha dan kos dengan ketara

NEW YORK dan BALLINA, Ireland, 1 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Technopath, peneraju penyedia global dalam penyelesaian pengurusan data QC berasaskan SaaS dan kawalan kualiti makmal pihak ketiga, hari ini memperkenalkan IAMQC Infinity untuk menyokong pertambahan keperluan makmal moden bagi pengurusan kawalan kualiti keseluruhan dan ujian kecekapan yang mantap. Berdasarkan cabaran ini, IAMQC Infinity meningkatkan kecekapan operasi secara signifikan melalui platform teknologi QC yang disepadukan dengan menyatukan orang, sistem dan data untuk membentuk ekosistem kolaboratif, cekap dan berkesan yang menganalisa hasil QC dalam masa nyata. 

Ujian makmal sampel pesakit boleh menjadi rumit dan QC merupakan salah satu kesan terpenting pada ujian makmal kerana ia memastikan ketepatan dan kejituan keputusan sampel pesakit. Integriti sampel kawalan kualiti sangat penting dan IAMQC Infinity memberikan keyakinan yang lebih tinggi terhadap kaedah ujian analitik yang memenuhi pelbagai keperluan QC di makmal individu.

"Dengan bertambahnya data kawalan kualiti dan pengurusan data QC yang semakin rumit, fokus kami adalah untuk berinovasi dan membangunkan platform penyelesaian QC terbaik untuk komuniti makmal," kata Malcolm Bell, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Technopath. "Makmal moden mempunyai banyak kekangan dalam proses harian mereka yang berpunca daripada keperluan yang cepat berubah untuk segera mengkaji data semasa atau data bersejarah yang dibuat oleh makmal, jabatan, instrumen atau ujian. Mengoptimum dan menguruskan data QC sangat mustahak dan platform Infinity dicipta khusus untuk mengenal pasti dan menilai jenis data yang terus berkembang ini lalu membolehkan para petugas makmal berkeyakinan tinggi bahawa ujian pesakit mereka menghasilkan keputusan yang tepat." 

IAMQC Infinity adalah platform yang mudah digunakan dan menjimatkan kos yang dibina berdasarkan seni bina SaaS yang sangat berskala, membolehkan pengguna mengautomasi, memusat, menyeragam dan meningkatkan proses QC, menghapuskan keperluan kemasukan manual oleh para pakar teknologi makmal yang mahir. Infinity membawa semua elemen utama alat perisian berasaskan awan yang kukuh untuk menganalisa hasil QC menjadi satu penyelesaian berasaskan web. Dengan tekanan yang semakin meningkat di makmal untuk membuat keputusan pesakit yang cepat dan tepat, platform baharu ini akan merangkumi tiga alat dengan ciri yang direka untuk memudahkan keseluruhan proses kawalan kualiti yang lengkap:

IAMQC Peer - perbandingan rakan sebaya yang inovatif, dalam masa nyata, membantu makmal mengesahkan protokol QC mereka termasuk percambahan instrumen, kaedah, dan ujian baharu. 

IAMQC Daily - perisian kawalan kualiti dalaman yang komprehensif yang menggunakan Westgard atau mana-mana peraturan QC yang ditentukan pengguna untuk keputusan QC individu.

IAMQC Expert - sistem interaktif yang memberi kuasa kepada kakitangan makmal barisan hadapan untuk memilih peraturan QC, mengurangkan pengulangan yang tidak perlu dan membuat keputusan QC yang bermakna.

Makmal moden semakin bergantung pada data QC bebas dalam masa nyata untuk membuat keputusan dimaklumi pada masa yang tepat. Kemas kini IAMQC terkini membawa keupayaan analitik yang lebih besar, membolehkan makmal mengubah data menjadi wawasan yang bermakna. Sistem ini mudah disiapkan dan menghilangkan halangan seperti pemasangan pelayan, berdasarkan maklum balas pelanggan termasuk Northwell Hospital, penyedia penjagaan kesihatan terbesar di New York.

 Platform IAMQC Infinity dilancarkan secara global dalam dua fasa:

Pelancaran Fasa 1 kini dijalankan dan merangkumi fungsi penting yang diperlukan untuk IAMQC Daily seperti penilaian peraturan, pengesanan tindakan dan komen dan konfigurasi set peraturan yang tersuai.

Fasa 2 akan menggunakan beberapa penyelesaian yang merangkumi fungsi dan laporan perbandingan rakan sebaya dan alat analisis QC lanjutan seperti pengiraan Ralat Jumlah dan alat pintar penyelesai masalah. Keluaran susulan ini dijadualkan akan dilancarkan pada S2 tahun 2021.

Tentang IAMQC 

Untuk maklumat lanjut tentang Technopath sila layari:
https://www.technopathclinicaldiagnostics.com/about/our-company/

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1165846/Technopath_Logo.jpg?p=medium600

Untuk Media:
Sunny Uberoi
Komunikasi Korporat
Telefon: +1-917-747-2018
E-mell: sunny@166media.com

Untuk Pembangunan Perniagaan:
Conor Connolly
Naib Presiden Komersial, Technopath Clinical Diagnostics
E-mel: conor.connolly@technopathcd.com

Untuk Pembangunan Perniagaan USA:
Todd Leger
CEO Technopath Clinical Diagnostics USA Inc
E-mel: todd.leger@technopathusa.com

Untuk Pemasaran & Komunikasi:
Len Lloyd
Pengarah Pemasaran, Technopath Clinical Diagnostics
E-mel: len.lloyd@technopathcd.com

Source: Technopath Clinical Diagnostics
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Multimedia/Online/Internet New products/services Data Analytics