omniture

Pakar Virus Terkemuka GVN Bertemu Untuk Mengenal Pasti Penemuan Paling Berkesan Dalam Memerangi COVID-19 & Merangka Strategi Sebagai Persediaan Menghadapi Pandemik Akan Datang

Global Virus Network
2020-10-01 22:57 505

Ujian Diagnostik Pantas, Penstrukturan Semula Terapi Ubat-ubatan dan Vaksin Bermatlamatkan Imuniti Semula Jadi, Sebagai Faktor Utama Mengurangkan COVID-19

BALTIMORE, 1 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Global Virus Network (GVN) ialah satu gabungan pusat-pusat penyelidikan asas virologi dan perubatan dunia terkemuka yang berusaha mencegah penyakit dan kematian akibat penyakit virus, mengadakan sidang media dengan peserta dari seluruh dunia bagi membincangkan keputusan utama Mesyuarat Tahunan Khas 2020 GVN yang diadakan secara maya pada 23-24 September 2020.

Video penuh sidang media, boleh didapati di sini.

"Kami tidak mengetahui akan masa depan COVID-19 - mungkin terdapat variasi bermusim atau jangkitan kronik atau mungkin menjadi perlahan," kata Dr. Christian Bréchot, Presiden GVN. "Namun, kami tahu bahawa kami harus bersiap sedia sekarang dan bukan setelah berakhirnya wabak ini; dengan semangat siap sedia, adalah tepat pada masanya kami menggunakan Mesyuarat Tahunan Khas ini untuk mengumpulkan pakar antarabangsa bagi mengenal pasti dan menganalisa apa yang tidak kena, apa yang telah ditangani dengan betul dan apa cadangan yang dapat kami buat dengan penuh yakin."

Hasil utama ketika mesyuarat penyelidikan SARS-CoV-2 dan COVID-19 termasuk:

  • "Kejadian "super-spreader" dan "super-spreading" adalah pendorong utama pandemik ini, menunjukkan bahawa hanya segelintir mereka yang dijangkiti kelihatan berjangkit secara eksponen. Seterusnya, transmisi jarak dekat yang didorong oleh aerosol menyumbang kepada penyebaran virus, terutama dalam konteks kejadian super spreading.
  • Strategi respons pandemik paling utama - keperluan untuk mengambil lebih manfaat daripada perkembangan teknologi yang penting dalam diagnostik, iaitu pemacu utama dalam kawalan penyakit berjangkit; pengambilan sampel air liur akan meningkatkan keupayaan ujian kami, merangkumi persekitaran sekolah; ujian diagnostik novel dan molekul pantas murah digabungkan dengan transmisi hasil secara digital, pengesanan dan pengasingan harus ditekankan secara meluas, pemahaman tentang komunikasi dan transmisi dan yang paling penting, pembentukan respons bersepadu dan pelbagai disiplin dengan mekanisme perkongsian maklumat dalam kalangan ahli virologi antarabangsa serta pihak berkuasa bebas.
  • Satu penilaian terhadap pembangunan vaksin - masa, analisis calon, kesan sampingan dan pengurusan terhadap harapan seluruh dunia untuk mendapatkan vaksin yang memuaskan dan tepat pada masanya. Sehingga vaksin klasik dan berkesan tersedia, vaksin yang merangsang sistem imun semula jadi tubuh, seperti vaksin oral polio dan BCG, masih menjadi pelengkap kepada keperluan keseluruhan untuk melindungi jangkitan.
  • Pernyataan kukuh terhadap SARS-CoV-2 hasil manipulasi manusia.
  • Kemas kini tentang terapi sedia ada dan yang akan datang, menekankan keperluan untuk menggabungkan molekul imunomodulator dengan novel antiviral serta keperluan untuk melihat antivirus pada masa akan datang dengan spektrum yang luas terhadap beberapa jenis virus.

Dr. Bréchot, seorang professor di University of South Florida, Tampa, menyambung, "Ini bukan sekadar satu krisis – ia merupakan era baharu. Kami menghadapi cabaran lebih besar di hadapan, kami perlukan satu organisasi baharu dan kami perlukannya sekarang.  Kerjasama global akan membina asas yang kukuh. Di sinilah pentingnya GVN, sebagai pelengkap kepada agensi kebangsaan dan antarabangsa. GVN berada pada kedudukan yang baik bersama rakan kongsinya untuk menubuhkan Gabungan Persediaan Pandemik Virus untuk melancarkan kerjasama bersama universiti, pemerintah dan komuniti bagi menyatukan segala usaha dan mencari penyelesaian bersama."

"Vaksin yang mudah, selamat, secara oral dan murah seperti vaksin oral polio (OPV) mempunyai manfaat yang sangat besar dalam melawan COVID-19. Ini mungkin dapat digunakan dalam pandemik akan datang, terutama virus pernafasan, dengan cara mendorong imuniti semula jadi, yang berkadar segera dan tidak terhad sepertimana vaksin-vaksin tertentu," kata Dr. Robert Gallo, pengasas bersama GVN; Profesor Perubatan yang Terkenal di The Homer & Martha Gudelsky, pengasas bersama dan pengarah Institut Virologi Manusia di Sekolah Perubatan University of Maryland.

Dr. Gallo, yang terkenal dengan penemuan retrovirus manusia, bersama-sama menjumpai HIV sebagai punca AIDS dan membangunkan ujian darah HIV meneruskan, "Tidak ada yang lebih diperlukan daripada ujian diagnostik yang pantas. Ujian molekul yang dapat dilakukan dengan murah dan mudah, dalam masa dua jam atau kurang - tiada yang lebih berharga "Kita perlu untuk mengesan; kita perlu untuk mengikuti orang; kita perlu untuk mendidik. Ini perkara asas, dan tanpanya kita tidak dapat berbuat apa-apa. Tiada suatu perkara pun yang lebih penting dalam fikiran saya melainkan adanya diagnostik yang pantas dan dipercayai."  

Dr. Bréchot dijemput menyertai acara media tersebut oleh para pembentang mesyuarat tahunan ini termasuk:  

  • Dr. Linfa Wang, Sekolah Perubatan Duke-NUS, Singapura
  • Dr. Konstantin Chumakov, Pejabat Kajian dan Penyelidikan Vaksin FDA, USA
  • Dr. Ab Osterhaus, TiHo Hannover, Jerman
  • Dr. Johan Neyts, Rega Institute, Belgium
  • Dr. Raymond Schinazi, Emory University, USA

Seterusnya, David Scheer, penasihat dan usahawan sains hayat dengan kerjaya yang lama dalam bidang kesihatan awam global tanpa keuntungan, selaku moderator perbincangan bertajuk, "Daripada HIV hingga SARS-CoV-2 dan Seterusnya." Ahli panel terdiri daripada Dr. Gallo, Dr. Bréchot dan Dr. Eric Rubin,Editor, New England Journal of Medicine.  Perbincangan COVID-19 secara telus tersebut merangkumi perspektif sejarah, kemunculan varian SARS-CoV-2, pembangunan vaksin dan imuniti semula jadi, penggunaan terapi ubat sedia ada dan baharu, kesediaan pandemik yang berkaitan dengan industri, pemerintah dan ahli akademik, dan bahawasanya SARS-CoV-2 berlaku secara semula jadi dan bukan buatan manusia. 

Program mesyuarat boleh didapati di sini.

Tentang Global Virus Network (GVN)
Global Virus Network (GVN) adalah amat penting dan kritikal dalam kesediaan, pertahanan dan respons pertama penyelidikan terhadap virus yang muncul, keluar dan juga virus yang tidak dikenali lalu menimbulkan ancaman ketara terhadap kesihatan awam, ia bekerja sama secara erat dengan institusi kebangsaan dan antarabangsa yang diiktiraf. Ia merupakan suatu gabungan yang mengandungi ahli virologi manusia dan haiwan terkemuka daripada 57 Pusat Kecemerlangan dan 10 Ahli Bersekutu di 33 buah negara di seluruh dunia, bekerjasama untuk melatih generasi akan datang, memajukan pengetahuan dalam cara mengenal pasti dan mendiagnos virus pandemik, mengurangkan dan mengawal cara virus tersebut tersebar dan membuat kita sakit, serta membangunkan ubat, vaksin dan rawatan untuk memeranginya. Tiada satu pun institusi di dunia ini yang memiliki kepakaran dalam semua bidang virus melainkan GVN, yang menyatukan ahli virologi perubatan terbaik dalam memanfaatkan kepakaran masing-masing serta mengumpulkan pasukan pakar global dalam mendepani cabaran, isu dan masalah saintifik yang ditimbulkan oleh virus pandemik. GVN ialah organisasi bukan kerajaan 501(c)(3). Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gvn.org. Ikuti kami di Twitter @GlobalVirusNews.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1179678/GVN_Logo.jpg?p=medium600  

 

Source: Global Virus Network
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals