omniture

iHerb Melaburkan US$100 Juta di Rusia untuk Memberikan Perkhidmatan kepada Masyarakat Rusia dengan Lebih Baik

iHerb
2020-10-03 02:57 554

PASADENA, California, 3 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Peneraju kesihatan dan kecantikan e-dagang global, iHerb menjanjikan US$100 juta di Rusia dalam dua tahun akan datang untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat Rusia dengan lebih baik yang sepatutnya dibantu selama bertahun-tahun.

Komitmen ini akan merangkumi pelbagai bidang seperti mengeksport produk Rusia, bekerjasama dengan syarikat logistik Rusia, pengembangan pusat pembangunan teknologi dan pembinaan pusat kelengkapan robotik. Pelaburan seperti ini akan membolehkan produk penjagaan kesihatan dan peribadi yang utama tiba di rumah pelanggan kami dengan lebih cepat dan cekap dalam usaha melanjutkan misi iHerb.

"Kami komited dalam misi kami untuk menawarkan pangkalan pelanggan global dengan pilihan produk semula jadi terbaik yang ada di muka bumi, dengan nilai terbaik, disampaikan dengan cara yang paling mudah," kata Presiden iHerb, Emun Zabihi. "Saya yakin bahawa pelaburan ini akan membawa kami lebih dekat kepada misi kami dan apa yang ditawarkan kepada pelanggan kami yang dihargai di Rusia."

Komitmen baharu iHerb di Rusia terbina atas hubungan yang sudah terjalin erat bersama-sama pelanggan tempatan yang dihargai dan seterusnya menunjukkan kesungguhan iHerb untuk memainkan peranannya dalam membantu meningkatkan ekonomi Rusia secara berterusan, di peringkat tempatan dan kebangsaan.

iHerb telah melabur dengan banyak dalam menawarkan nilai keseluruhan terbaik di dunia dengan lebih 30,000 produk semula jadi dengan jenama yang berkualiti, yang dihantar terus dari kemudahan dengan kawalan suhu kami yang canggih. Pelaburan kami yang meluas di Rusia menunjukkan komitmen iHerb terhadap kualiti, pengalaman pelanggan dan penyampaian produk kesihatan dan kesejahteraan dengan selamat ke tempat tinggal dan tempat kerja pelanggan kami.

Tentang iHerb: iHerb adalah salah sebuah syarikat peruncit e-dagang yang berpusat di A.S. yang menawarkan 30,000 produk daripada 1,200 jenama utama kepada berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia. iHerb dihantar dari gudang kawalan suhu yang canggih dan mendapat pensijilan GMP terus kepada pelanggan di 188 buah negara dan wilayah. Sejak tahun 1996, iHerb terus berinovasi dengan membawa produk berkualiti tinggi, pada nilai terbaik dan disampaikan dengan pengalaman pelanggan yang paling selesa. https://www.iherb.com/ 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/742063/iHerb_Logo.jpg?p=medium600  

Source: iHerb
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Electronic Commerce Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Retail Supplementary Medicine