![]() |
Pelantikan penting yang akan menggerakkan Dole Promise untuk menjadikan makanan berkhasiat dapat diakses oleh 1 bilion orang, sambil mengurangkan masalah kehilangan buah, pelepasan dan menghapuskan sisa plastik berasaskan fosil menjelang 2025.
SINGAPURA, 5 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Dole Worldwide Packaged Foods melantik Dr Lara Ramdin, sebagai Ketua Pegawai Inovasi untuk mengukuhkan lagi kemampuan inovasi syarikat dalam menyokong The Dole Promise yang bertujuan untuk meningkatkan akses terhadap makanan berkhasiat di seluruh dunia.
Dr Ramdin, yang akan ditugaskan di kampus Dole's Westlake Village, California, AS, mempunyai rekod prestasi global yang banyak dalam R&D, pembangunan produk dan inovasi dalam organisasi terkemuka termasuk Unilever, Estee Lauder dan Molson Coors Beverages Company. Setelah menyelesaikan pendidikan dalam Biologi Gunaan di University of Cardiff, beliau melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan gelaran doktor imunologi di University of Southampton sebelum dinaikkan pangkat memegang jawatan ketua R&D/inovasi korporat dan yang terkini berperanan sebagai perunding perniagaan kecil dan syarikat baharu. Dr Ramdin ialah seorang inovator yang bersemangat, pengamal pemikiran reka bentuk dan juga jurulatih, serta mempercayai bahawa empati dapat merungkai penyelesaian yang unik. Beliau merupakan penyokong wanita muda yang tegas di STEM, yang dilaksanakan melalui peranannya sebagai mentor di kedua-dua organisasi di The Girls' Network dan 1MMentors dan sebagai Pengarah Penajaan serta Ahli Lembaga Pengarah organisasi tidak berkeuntungan, Irish Film London.
Pier Luigi Sigismondi, Presiden Dole Packaged Foods, LLC, hari ini mengatakan bahawa pelantikan Dr Ramdin menandakan komitmen Dole untuk membina sebuah syarikat kesejahteraan dan pemakanan yang kekal dan ikonik, serta mampu berhadapan dengan cabaran persekitaran yang tidak menentu pada masa ini.
"Tidak seperti dahulu, kini, kita mesti berusaha untuk membangunkan penyelesaian dan pendekatan baharu bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap makanan sihat dengan harga berpatutan yang memberikan khasiat kepada generasi sekarang dan akan datang. Lara telah membina reputasi yang sangat baik sebagai inovator strategik, yang mampu mencabar pemikiran mapan bagi membuka peluang dan produk baharu. Pada saat kita cuba untuk mengurangkan sisa makanan, serta menjangkau lebih banyak pengguna dengan bekalan produk berkhasiat dan menghapuskan pembungkusan berasaskan fosil, bakat dan rekodnya akan memberikan tenaga dan fokus tambahan terhadap usaha inovasi kami."
Dr Ramdin, yang akan bekerja secara langsung di bawah Encik Sigismondi sebagai ahli utama pasukan kepimpinannya, mengatakan bahawa beliau gembira dapat menyertai Dole dan dapat menyumbang kepada misi yang sangat bermakna seperti pemakanan lestari/sampah sifar dan menjadi pendorong inovasi yang diperlukan dalam bidang ini.
"Saya mengagumi nilai dan kesungguhan Dole untuk membina jenama yang memberi manfaat kepada manusia dan planet ini, sambil mencipta pulangan yang berterusan untuk semua pemegang taruh. Saya berasa gembira khususnya dengan agenda inovasi dan komitmen Dole (dan Pier Luigi) dalam perkara ini. Saya berharap dapat membantu syarikat ini mencapai matlamat dan visinya," kata Dr Ramdin.
Sigismondi juga menyatakan bahawa pelantikan Dr Ramdin sangat penting dalam penubuhan pasukan kepimpinan wanita berprestasi tinggi dalam kedua-dua pembangunan produk dan kategori, yang akan bekerjasama rapat dengan Dr Ramdin. Kimberly Galante memegang peranan Pembangunan Produk Global dan Peewee Dizon sebagai pemimpin Pembangunan Kategori Global apabila Encik Sigismondi mengumpulkan pasukan kepimpinan utama untuk melaksanakan Dole Promise yang dilancarkan awal tahun ini.
Tentang Dole Packaged Foods, LLC
Dole Packaged Foods, LLC ialah peneraju dalam membangun, menyumber, mengedar dan memasarkan buah-buahan serta makanan berkhasiat di seluruh dunia. Dole menjual sebilangan besar buah atas rak yang siap dibungkus, buah sejuk-beku, buah kering dan jus. Syarikat ini memberi fokus terhadap empat tonggak kelestarian dalam seluruh operasinya: pengurusan air, kesan peninggalan karbon, pemuliharaan tanah dan pengurangan sisa. Untuk maklumat lanjut, sila layari dolesunshine.com or sunshineforall.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1306287/dole_galante_dizon_ramdin.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/152677/dole_packaged_foods_logo.jpg?p=medium600