omniture

Anugerah Guangzhou Mengajak Bandar-Bandar Mengambil Tindakan Bersama untuk Menangani Masalah Global

The Guangzhou Award Secretariat
2020-10-05 13:28 791

GUANGZHOU, China, 5 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Pada 15 September 2020, sesi ke-75 Perhimpunan Agung PBB telah dibuka. Pemimpin dunia digesa untuk berusaha mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), satu visi bersama untuk menamatkan kemiskinan, menyelamatkan planet dan membina sebuah dunia yang aman. Memandangkan tahun 2020 menandakan bermulanya Dekad Tindakan untuk mencapai sasaran dan matlamat Agenda 2030, pelaksanaan 17 SDG secara berkesan kekal penting untuk menjadikan sistem multilateral relevan dalam menangani cabaran global yang dihadapi oleh umat manusia.

The Opening Ceremony of the 4th Guangzhou International Award for Urban Innovation
The Opening Ceremony of the 4th Guangzhou International Award for Urban Innovation

Semenjak 2015, Anugerah Antarabangsa Guangzhou untuk Inovasi Perbandaran (disingkatkan sebagai "Anugerah Guangzhou" selepas ini) telah menumpukan pada pendekatan inovatif yang diambil oleh kerajaan tempatan dan serantau untuk mencapai SDG, memenuhi komitmen kepada Agenda Perbandaran Baharu (NUA) dan memajukan kemakmuran dan kualiti hidup warganegara mereka. Anugerah dwitahunan ini merupakan edisi yang kelima pada tahun 2020.

Anugerah Guangzhou, yang ditaja bersama oleh United Cities and Local Governments (UCLG), Persatuan Metropolis Utama Dunia (METROPOLIS) dan bandar Guangzhou, mengiktiraf inovasi dalam meningkatkan kemampanan sosial, ekonomi dan persekitaran di bandar-bandar serta rantau. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pembelajaran rakan setaraf dan pertukaran pengetahuan, kepakaran dan pengalaman melalui persidangan, seminar, bengkel, lawatan sambil belajar dan kerjasama bandar ke bandar. Semenjak 2012, empat pusingan Anugerah Guangzhou telah berjaya diadakan. Dengan lebih 1,000 inisiatif dikemukakan, melibatkan lebih daripada 480 bandar dan kerajaan tempatan dari lebih 90 negara dan rantau, empat pusingan ini telah menjadikan Anugerah Guangzhou, anugerah rebutan, yang merangkumi pelbagai bidang, termasuk infrastruktur dan perkhidmatan awam, perancangan penyertaan dan tadbir urus yang baik, kerjasama, teknologi, kebingkasan, rangkuman sosial dan kesamaan jantina.

Anugerah Guangzhou mempelawa bandar dan rantau untuk mengemukakan inisiatif inovatif yang sedang dijalankan atau baru diselesaikan yang berkaitan dengan tema yang ditonjolkan oleh SDG dan komitmen NUA. Tahun ini, permohonan turut dialu-alukan untuk inisiatif pasca COVID-19 yang berpandangan ke hadapan mengenai cara bandar dan rantau memikirkan semula mekanisme tadbir urus tempatan mereka, mempertimbangkan semula morfologi dan tipologi bandar, menangani masalah yang didedahkan, dan mempertingkatkan daya pemulihan ekonomi bandar. 15 bandar yang disenarai pendek dan 30 bandar yang layak akan ditampilkan dalam penerbitan khas dan ramai yang akan dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka dalam acara antarabangsa. Di samping itu, 5 pemenang di antara bandar yang disenarai pendek akan diberikan US$ 20,000, trofi dan sijil peringatan; bandar yang disenarai pendek selain daripada pemenang akan diberikan Pingat Kehormatan.

Permohonan kini dibuka sehingga 23:59:59 31 Oktober 2020 (UTC+08:00). Peserta digalakkan untuk memohon di http://www.guangzhouaward.org/index/user/register.html sebelum tarikh akhir. Maklumat lanjut tentang Anugerah Guangzhou boleh diakses di laman web rasmi: http://www.guangzhouaward.org/p/e_applynow

Hubungi: Tel: +86-20-8950-4852, E-mel: info@guangzhouaward.org

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200930/2934300-1?lang=0

Source: The Guangzhou Award Secretariat
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Awards Future Events