2020 adalah tahun dukacita seluruh populasi dunia - kemiskinan melanda, gelombang kedua COVID-19 bakal tiba. Dalam keadaan tersebut, para jutawan memutuskan untuk menangani situasi ini dan melancarkan program-program sosial
MOSCOW, 6 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Jutawan Rusia Igor Rybakov melancarkan suatu rangkaian sekolah dan tadika - Rybakov PlaySchool. Igor Rybakov dan isterinya Ekaterina (Silver Stevie Award Pemenang anugerah Eksekutif Wanita tahun ini) merupakan pengasas Rybakov Foundation, yang bermatlamat untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi kepada semua orang selaras dengan Sasaran Pembangunan Lestari 4, yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Oleh kerana itu, Rybakov Foundation dan programnya, Rybakov Academy akan memberi bantuan pembiayaan pendidikan di Rybakov PlaySchool untuk kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah.
Rangkaian sekolah rendah dan tadika antarabangsa Rybakov PlaySchool juga akan menjual secara francais. Igor Rybakov telah melaburkan $3,800,000 dalam projek ini dan berharap untuk menjadikannya projek pendidikan paling meluas dengan 1,000 buah PlaySchool menjelang tahun 2025 dan 10,000 menjelang 2035. Pada tahun 2022, Igor Rybakov berhasrat untuk melaburkan sejumlah $10 juta lagi untuk mengglobalisasikan rangkaian tersebut. Beliau menjemput para usahawan untuk sama-sama melaburkan hingga $10 juta.
Rybakov Foundation telah memajukan bidang pendidikan selama 5 tahun pada tahun 2016, Yayasan ini membangunkan program prasekolah - "PRO Kids", pendidikan yang berdasarkan pendekatan budaya dan sejarah yang dibangunkan oleh Lev Vygotsky - ahli psikologi dan pedagogi Soviet. Program ini juga diinspirasikan oleh "Tools of the mind". Teknologi program ini digunakan oleh 1200 orang para pendidik di 36 wilayah Rusia. Sebagai tambahan, yayasan ini membangunkan konsep "Sekolah adalah pusat tumpuan masyarakat" dan telah membantu lebih daripada 3,500 buah sekolah.
Igor Rybakov - seorang usahawan dan pengasas bersama Rybakov Foundation: "Personaliti manusia dibentuk dalam tempoh 10 tahun pertama kehidupan. Amat penting untuk tidak mengabaikan tempoh ini. Inilah sebabnya kami memberikan pembiayaan pendidikan kepada kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah untuk memastikan masa depan yang cerah untuk mereka".
Ini adalah pendekatan yang diambil oleh ramai jutawan termasuk Jeff Bezos, yang mengumumkan bahawa prasekolah percuma untuk kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah akan dilancarkan pada bulan Oktober.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1306777/rybakov_family_foundation.jpg?p=medium600