omniture

Hisense Mengumumkan Kerjasama Global dengan Organisasi E-sport Fnatic

Hisense
2020-10-06 14:40 838

QINGDAO, China, 6 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Hisense, peneraju pasaran peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna global, hari ini mengumumkan kerjasama selama beberapa tahun dengan organisasi e-sukan, Fnatic. Melalui kerjasama ini, kedua-dua syarikat akan menghasilkan pelbagai kandungan, termasuk ulasan produk, kolaborasi video dan penglibatan sosial, masing-masing menampilkan peralatan Hisense dan pasukan-pasukan terkemuka Fnatic.

Hisense Mengumumkan Kerjasama Global dengan Organisasi E-sport Fnatic
Hisense Mengumumkan Kerjasama Global dengan Organisasi E-sport Fnatic

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Fnatic, salah satu daripada organisasi e-sukan dunia yang utama, dalam usaha bersama untuk memberikan kualiti hidup yang lebih baik kepada peminat Fnatic dan e-sukan," ujar Alex Zhu, Naib Presiden Hisense International. "Kami berharap untuk menjadikan TV dan peralatan rumah Hisense teman sejati mereka yang sangat berguna dalam kehidupan dengan meneroka keperluan peminat, agar mereka dapat menumpukan pada menikmati setiap detik dalam permainan e-sukan. Dengan sokongan sistem operasi unik VIDAA yang dilancarkan pada TV Hisense, kami berdedikasi untuk membawakan lebih banyak kandungan e-sukan dan Fnatic ke skrin besar kami untuk para peminat."

Hisense menyediakan peralatan rumah pintar yang boleh dipercayai, antaranya termasuk televisyen, peti sejuk, penyaman udara, mesin basuh, peralatan memasak, yang memenuhi permintaan pengguna moden. Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, semua kemudahan Fnatic akan dinaik taraf dengan produk Hisense. Fnatic juga akan mempunyai akses ke rangkaian global pelanggan Hisense, yang membolehkan mereka menjangkau penonton yang lebih meluas dan berpotensi untuk membina asas peminat yang lebih kukuh. Kerjasama ini merupakan satu lagi pencapaian strategik dalam pengembangan berterusan Fnatic ke China.

"Kami berbangga untuk bekerjasama dengan Hisense, sebuah syarikat inovatif yang berpandangan ke depan, yang komited untuk membawa kebahagiaan ke kediaman jutaan keluarga", Sam Mathews, Pengasas dan CEO Fnatic berkata. "Sebagai rakan kongsi yang dipercayai, kami teruja untuk berkongsi kolaborasi ini dengan peminat, pemain dan pencipta kami."

Mengenai Hisense

Ditubuhkan pada 1969, Hisense beribu pejabat di Qingdao, China. Sepanjang 51 tahun yang lalu, Hisense sentiasa berpegang kepada nilai-nilai teras "Integriti, Inovasi, Tumpuan Pelanggan dan Kemampanan". Perniagaan tersebut merangkumi bidang-bidang seperti industri multimedia, peralatan rumah, maklumat pintar IT dan perkhidmatan moden. Hisense telah membina 54 syarikat dan pejabat di luar negara, 14 kemudahan pengeluaran atasan antarabangsa dan 17 pusat R&D di seluruh dunia, dengan matlamat tunggal untuk menyampaikan produk terbaik dan mampu milik yang memperbaiki kehidupan pengguna.

Mengenai Fnatic

Fnatic ialah jenama hiburan e-sukan global yang beribu pejabat di London, yang menumpukan sepenuh perhatian dalam mencari, meningkatkan tahap dan mengukuhkan pemain dan pencipta. Ditubuhkan pada 2004 oleh Sam Mathews, pasukan Fnatic semenjak itu telah merebut lebih daripada 200 kejuaraan dalam 30 permainan yang berbeza. Didorong oleh hiburan, Fnatic ialah saluran yang digunakan oleh jenama-jenama yang paling berpandangan ke depan untuk berkomunikasi dengan golongan muda. Ia menyampaikan kandungan, pengalaman dan pengaktifan terkemuka dalam industri melalui pejabat dan kemudahan di bandar-bandar antara Los Angeles dan Tokyo. Untuk maklumat lanjut, sila layari Fnatic.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201001/2934577-1?lang=0

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 OTC:HNKLY Shanghai:000921.SS Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Licensing/marketing agreements