omniture

Foot Locker, Inc. Memilih Adyen untuk Menjana Pembayaran Di Kedai dan Dalam Talian di Peringkat Antarabangsa

Adyen
2020-10-07 19:02 306

AMSTERDAM, 7 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Adyen (AMS: ADYEN), platform pembayaran global pilihan ramai untuk kebanyakan syarikat terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih oleh Foot Locker, Inc., peruncit atletik khusus yang berpusat di New York, untuk menjana kuasa pembayaran melalui pelbagai pasaran dan saluran jualan di seluruh dunia. Foot Locker dan Adyen telah bekerjasama sejak tahun 2018.

"Platform tunggal dan jangkauan global Adyen membolehkan Foot Locker memberikan pengalaman pembayaran contoh yang disesuaikan dengan keperluan pelanggan kami melalui pelbagai pasaran di Amerika Utara, Eropah dan APAC," kata John Wompey, Naib Presiden (VP) Hubungan Pelanggan di Foot Locker. "Kemampuan Adyen untuk mempercepat dan mempermudah proses implementasi sangat penting untuk kejayaan kami yang berterusan di pasaran ini."

"Seperti biasa, kami mensasarkan untuk membolehkan para pedagang kami memberi pengalaman terbaik kepada pelanggan mereka dan kami sangat teruja untuk terus meningkatkan hubungan dengan Foot Locker dan membantu mereka melakukannya," kata Kamran Zaki, COO di Adyen. "Foot Locker berada pada kedudukan yang unik untuk menampilkan kasut sukan terbaik dan menarik kepada lebih ramai pelanggan di seluruh dunia dan kami bangga bekerjasama dengan mereka."

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.adyen.com.

Tentang Adyen
Adyen  (AMS: ADYEN) adalah platform pembayaran pilihan ramai bagi kebanyakan syarikat terkemuka di dunia yang menyediakan infrastruktur lengkap dan moden yang dihubungkan terus ke Visa, Mastercard dan kaedah pembayaran pilihan pengguna secara global. Adyen menyediakan pembayaran tanpa had di saluran dalam talian, mudah alih dan di kedai. Dengan pejabat di seluruh dunia, Adyen memberikan perkhidmatan kepada pelanggan termasuk Facebook, Uber, Spotify, Casper, Bonobos dan L'Oréal. Kerjasama dengan Foot Locker, Inc. seperti yang dijelaskan dalam kemas kini pedagang ini menandakan pertumbuhan berterusan Adyen dengan pedagang semasa dan yang baharu sejak sekian lama.

Tentang Foot Locker Inc.
Foot Locker, Inc. menjadi peneraju kasut sukan dan budaya remaja di seluruh dunia melalui portfolio jenama termasuk Foot Locker, Lady Foot Locker, Kids Foot Locker, Champs Sports, Eastbay, Footaction, Runners Point dan Sidestep.  Dengan 3,100 kedai di 27 buah negara di Amerika Utara, Eropah, Asia, Australia, dan New Zealand, serta laman web dan aplikasi mudah alih, matlamat Syarikat adalah untuk memberi inspirasi dan memperkasakan budaya belia di seluruh dunia, dengan memupuk semangat kebersamaan dalam ekspresi diri dan mencipta pengalaman yang tiada tandingan dalam kalangan komuniti kasut sukan global.  Foot Locker, Inc. mempunyai ibu pejabat korporatnya di New York.  Untuk maklumat lanjut, sila layari www.footlocker-inc.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/432569/Adyen_Logo.jpg?p=medium600  

Source: Adyen
Related Stocks:
EuronextAmsterdam:ADYEN OTC:ADYEY
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Joint ventures