omniture

Uphold melancarkan perdagangan ekuiti A.S. 24/7 untuk membawa kebolehcapaian segera bagi pasaran aset digital kepada saham A.S.

Uphold
2020-10-08 03:43 257

SAN FRANCISCO, 8 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Platform wang digital Uphold hari ini melancarkan satu-satunya perkhidmatan dagangan 24/7 di dunia untuk ekuiti awam A.S.*. Sehingga kini, pelabur runcit hanya boleh melakukan dagangan saham A.S dari pukul 9.30 pagi hingga 4 petang Waktur Timur pada hari perniagaan.

Waktu terhad tersebut telah menghalang keupayaan pelabur antarabangsa untuk menyertai pasaran saham yang paling terbesar dan paling dinamik di dunia. Sekiranya anda ingin membeli dan menjual saham A.S. di Delhi, India, anda hanya boleh melakukannya dari jam 7 malam hingga 2:30 pagi waktu tempatan.

Kini, Uphold membolehkan para pelabur dalam hampir 200 bidang kuasa untuk memperdagangkan kepentingan dalam ekuiti A.S. sepanjang masa dan secara berterusan sepanjang tahun, yang memberikan kemudahan dan kebolehcapaian pasaran aset digital kepada saham A.S. Perkhidmatan tersebut tidak tersedia di Amerika Syarikat dan di sesetengah negara lain.

'Perdagangan ekuiti A.S. telah terperangkap dalam abad ke-20 dengan waktu pasaran kuno yang tidak lagi memenuhi jangkaan generasi milenium yang biasa membesar dengan pasaran aset digital yang 'sentiasa terbuka',' kata J.P. Thieriot, C.E.O. Uphold. 'Saham seperti Tesla dan Apple secara berterusan dipengaruhi oleh liputan berita 24 jam tanpa henti apabila pasaran New York ditutup.'

'Dengan Uphold, kini anda boleh membeli dan menjual kepentingan dalam saham A.S. di mana-mana sahaja anda mahu—sebelum sarapan, pada waktu hujung minggu, semasa cuti umum—dan membuka dagangan dengan segera berdasarkan maklumat dan berita ekonomi terkini daripada syarikat. Secara teori, orang ramai sepatutnya boleh melabur dengan lebih efektif kerana mereka mungkin mempunyai kelebihan masa yang wajar.'

Pengenalan dagangan 24/7 menunjukkan lanjutan penting bagi perkhidmatan ekuiti pecahan Uphold, yang membolehkan pengguna melabur serendah $1 dan membeli kepentingan pecahan dalam saham A.S., seperti Google dan Amazon.

'Sebagai contoh, sekiranya anda tinggal di Amerika Latin, membeli saham nama besar A.S kekal menjadi impian bagi kebanyakan orang,' jelas Thieriot.  'Sebagai contoh, Amazon didagangkan dengan harga kira-kira $3,000* setiap saham - beberapa kali gaji bulanan purata di sesetengah negara. Kami amat berbangga untuk menyamakan medan permainan supaya orang ramai boleh memasukkan sebanyak mana wang yang mereka mampu di mana-mana sahaja secara maya ke dalam saham A.S. - pada bila-bila masa mereka mahu.'

Uphold menyokong 50 buah ekuiti A.S., mewakili simbol yang paling aktif mengikut volum pada NASDAQ pada awal 2020.  Selain itu, terdapat 36 buah aset digital, empat logam berharga dan 27 mata wang kebangsaan.

Platform berbilang aset ini menawarkan pengalaman dagangan yang memang unik yang membolehkan para pengguna melakukan dagangan antara pelaburan dalam kelas aset yang berbeza dalam satu dagangan. Euro kepada Tesla, sebagai contoh, adalah satu dagangan selanjar pada Uphold dan tidak melibatkan penukaran manual kepada USD.

* Sesetengah pembrokeran membolehkan ETF tertentu untuk berdagang selama 24/7 pada hari bekerja bukan cuti.
** Pada waktu menulis: 12 tengah hari BST 24hb September 2020

Tentang Uphold
Platform wang digital yang menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 3 juta pelanggan di lebih daripada 150 buah negara. Uphold telah menguasakan hampir $7 bilion dalam transaksi sejak insepsinya pada tahun 2014. Syarikat Silicon Valley ini membuka kira-kira 10,000 akaun sehari kerana pelanggan mencari rumah yang lebih serba boleh dan kos efektif untuk kehidupan kewangan mereka. Meleverajkan teknologi rantaian blok, platform ini memberi pengguna dan perniagaan akses mudah kepada 36 buah aset digital, 27 mata wang kebangsaan, empat logam bernilai dan 50 pecahan ekuiti A.S. Pengalaman perdagangan unik Uphold - 'Apa-apa sahaja kepada Apa-apa sahaja' - membolehkan pelanggan berdagang secara terus antara kelas aset, menjimatkan masa dan wang. Uphold menyokong rangkuman kewangan dengan membolehkan pelanggan di mana-mana sahaja untuk membuka akaun secara maya dalam masa kurang daripada satu minit dan berdagang tanpa jumlah pelaburan minimum. Pelanggan boleh menghantar wang secara maya kepada sesiapa sahaja dengan alamat e-mel secara percuma.

Hubungan Akhbar

Lexi Wangler
lexi@dittopr.co

Source: Uphold
Keywords: Banking/Financial Service New products/services