omniture

Merck Meraikan Upacara Meletak Batu Asas Kilang Pengeluaran Membran Baharu

Merck
2020-10-08 20:43 549

- Bangunan pengeluaran membran untuk penapis aseptik akan membantu memenuhi permintaan pelanggan di pasaran biofarmaseutikal yang sedang berkembang

- Pelaburan lebih daripada € 140 juta tersebut mencipta lebih kurang 55 pekerjaan baharu

- Pembinaan dijangka selesai pada tahun 2022

DARMSTADT, Jerman, 8 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Merck, syarikat sains dan teknologi terkemuka, hari ini meraikan upacara meletak batu asas di kilang pengeluaran membrannya yang baharu di Darmstadt, Jerman. Dengan bangunan baharu ini, syarikat tersebut merancang untuk mengembangkan pengeluaran membran Millipore Express® , yang merupakan komponen kritikal dalam penapis Millipore Express® dan membantu memastikan kesterilan produk ubat-ubatan biologi. Projek tersebut dengan volum melebihi €140 juta merupakan sebahagian daripada pelaburan bernilai €1 billion di ibu pejabat globalnya sehingga tahun 2025 yang diumumkan oleh syarikat itu pada tahun lalu.

Merck plays a pivotal role in the growing biopharmaceutical membrane market. This investment demonstrates the company's commitment to advancing the production of new therapies and its support for bringing important drugs to market.
Merck plays a pivotal role in the growing biopharmaceutical membrane market. This investment demonstrates the company's commitment to advancing the production of new therapies and its support for bringing important drugs to market.

"Sebagai syarikat sains dan teknologi, kami ingin menempa laluan bagi terapi baharu dan menyumbang kepada penambahbaikan hidup pesakit di seluruh dunia. Dengan bangunan kilang yang penting dan strategik untuk sektor perniagaan Sains Hayat kami, kami melabur dalam teknologi masa depan, membolehkan pembangunan tambahan serta mewujudkan peluang pekerjaan di ibu pejabat global syarikat kami, "kata Stefan Oschmann, Pengerusi Lembaga Eksekutif dan CEO Merck.

Chris Ross, Ketua Pegawai Eksekutif interim Sains Hayat menambah: "Sebagai penyedia peralatan dan penyelesaian sains hayat terkemuka di dunia, kami memainkan peranan penting dalam pasaran membran biofarmaseutikal yang sedang berkembang. Pelaburan ini meningkatkan kapasiti pengeluaran membran kami dan menghasilkan kepelbagaian rantaian bekalan. Pelaburan ini juga menunjukkan komitmen kami untuk memajukan pengeluaran terapi baharu dan sokongan kami untuk membawa ubat-ubatan penting ke pasaran."

Kilang pengeluaran membran baharu ini dijangka dapat mewujudkan sekitar 55 pekerjaan baharu. Pembinaan dimulakan pada bulan Mac tahun ini dan dijangka siap pada tahun 2022, diikuti dengan proses pengesahan dan pengkomersialan produk. Kilang membran empat tingkat yang baharu ini akan menempatkan peralatan acuan rendaman membran, makmal kawalan kualiti dan pejabat.

Membran Millipore Express® Merck akan dihasilkan di bangunan baharu di Darmstadt, kemudian akan diproses menjadi penapis untuk pengeluaran farmaseutikal di Pusat Kecemerlangan peranti syarikat yang sedia ada di Jaffrey, New Hampshire, Amerika Syarikat.

Dengan pengalaman lebih 50 tahun dalam penapisan steril, Merck merupakan peneraju industri yang menyediakan portfolio produk, perkhidmatan dan ujian paling komprehensif dalam pembuatan biofarmaseutikal. Membran Millipore Express® dan membran Durapore® kini dihasilkan di Pusat Kecemerlangan Pembuatan Membran di Cork, Ireland. Pusat Sains Hayat Merck di Cork kekal sebagai bangunan pembuatan yang kritikal dalam rangkaian global syarikat tersebut.

Semua siaran akhbar Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama ia diterbitkan pada laman web Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, mengubah pilihan anda atau menamatkan perkhidmatan ini.

Tentang Merck
Merck ialah syarikat sains dan teknologi terkemuka yang beroperasi dalam seluruh bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Kira-kira 56,000 orang bekerja untuk mengubah kehidupan berjuta-juta orang lain setiap hari dengan mencipta cara hidup yang lebih ceria dan lestari. Daripada kemajuan dalam teknologi penyuntingan gen dan penemuan cara unik untuk merawat penyakit paling mencabar, sehinggalah usaha mendayakan kecerdasan peranti - syarikat ini sentiasa terlibat dalam semua bidang. Pada tahun 2019, Merck memperolehi jualan sebanyak €16.2 bilion di 66 buah negara.

Penerokaan saintifik dan keusahawanan yang bertanggungjawab menjadi kunci kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Beginilah cara Merck berkembang sejak penubuhannya pada tahun 1668. Keluarga yang mengasaskannya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat tersenarai awam tersebut. Merck memiliki hak ke atas nama dan jenama Merck global. Satu-satunya pengecualian ialah di Amerika Syarikat dan Kanada. Sektor perniagaan Merck beroperasi sebagai EMD Serono dalam penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan Bahan Prestasi EMD, di kedua-dua negara ini.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1308804/merck_membrane_manufacturing_image.jpg?p=medium600

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)