omniture

Roberto Carlos menjadi Duta Global Bola Sepak untuk Persahabatan

Gazprom International Children’s Social Programme Football for Friendship
2020-10-09 02:40 754

MOSCOW, 8 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Roberto Carlos, Legenda Real Madrid dan Brazil, pemenang Piala Dunia dan Pemenang Liga Juara-Juara UEFA sebanyak 3 kali menjadi Duta Global bagi Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Gazprom Bola Sepak untuk Persahabatan.

Roberto Carlos awards the winners of the Football for Friendship World Championship during the programme’s key events in Madrid
Roberto Carlos awards the winners of the Football for Friendship World Championship during the programme’s key events in Madrid

 

Pada tahun 2019, Carlos secara peribadi telah bercakap dengan para peserta dan jurulatih pasukan kanak-kanak, menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejuaraan Dunia Bola Sepak untuk Persahabatan. Beliau juga turut serta dalam acara-acara penting program yang berlangsung dalam kerangka Kejohanan Akhir Liga Juara-Juara UEFA di Madrid.

Pada tahun ini, Roberto Carlos bersama dengan Peserta Muda mempromosikan nilai-nilai Bola Sepak untuk Persahabatan di seluruh dunia sebagai Duta Global.

"Bola Sepak untuk Persahabatan ialah satu projek unik yang memberikan peluang yang saksama untuk semua kanak-kanak di dunia. Setiap tahun, ia menyatukan kanak-kanak perempuan dan lelaki di padang kejohanan antarabangsa sebenar yang mengajar mereka berkomunikasi dengan rakan sebaya dari pelbagai negara. Ia memberikan mereka pengalaman yang positif ini dan membantu mereka untuk berjaya dalam hidup," – kata Roberto Carlos.

Platform Bola Sepak untuk Persahabatan dalam talian pendidikan dan permainan antarabangsa yang baharu akan merangkumi Kem Persahabatan Antarabangsa, Pusat Akhbar Kanak-kanak Antarabangsa, Forum untuk jurulatih pasukan kanak-kanak, dan permainan mudah alih berbilang pemain F4F World. Dengan cara ini, para peserta berpeluang mengambil bahagian dalam semua acara akhir tradisional Bola Sepak untuk Persahabatan Musim Kelapan dan memperoleh pengalaman yang berharga. Kejohanan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan 2020 akan menjadi acara utama. 

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1309257/roberto_carlos_f4f_global_ambassador.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Gazprom International Children’s Social Programme Football for Friendship
Keywords: Oil/Energy Publishing/Information Service Sporting Events Sports Utilities Personnel announcements