omniture

HelpMeSee Melancarkan Revolusi Teknologi sebagai Respons Terhadap Krisis Katarak Global

HelpMeSee
2020-10-09 09:00 577

Kempen bukan untung mengumumkan penemuan baharu dalam latihan perubatan menggunakan Simulator Pembedahan Mata

NEW YORK, 9 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- HelpMeSee, kempen bukan untung global yang bertujuan mengakhiri buta katarak hari ini mengumumkan kejayaan penting dalam latihan simulasi perubatan dengan siapnya Simulator Pembedahan Mata. Dilengkapi dengan pengimbas maklum balas sesentuh dan grafik maya yang realistik, Simulator Pembedahan Mata HelpMeSee yang diserap ke dalam Program Latihan HelpMeSee, membantu melatih pakar katarak dalam prosedur Pembedahan Katarak Insisi Kecil Manual (MSICS), satu penyelesaian yang dapat membantu mengakhiri krisis buta katarak global.


"Pasukan HelpMeSee, serta rakan teknologi Harman, InSimo, dan SenseGraphics, dengan berbesar hati mengumumkan kemajuan perubatan ini pada Hari Penglihatan Sedunia, sebuah acara untuk memajukan kesihatan penglihatan di seluruh dunia," kata Presiden dan CEO HelpMeSee, Saro Jahani. "Simulator Pembedahan Mata HelpMeSee mampu mengatasi kekangan latihan pembedahan katarak tradisional dengan peluang berlatih secara maya tanpa had. Ia juga menawarkan manfaat latihan simulasi jarak jauh ketika pandemik COVID-19, yang dapat menghindarkan risiko terkena jangkitan koronavirus."

Lebih daripada 60 juta orang di seluruh dunia buta atau cacat penglihatan yang teruk hanya kerana mereka tidak dapat menjalani pembedahan katarak, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Persatuan Antarabangsa untuk Pencegahan Buta (IAPB). Program latihan dan Simulator HelpMeSee bersama rakan kongsi dapat mewujudkan sejumlah besar pakar katarak yang diperlukan untuk menangani masalah kekurangan oftalmologis di negara membangun sebagaimana yang dinyatakan oleh pakar kesihatan awam, punca di sebalik timbunan kes pembedahan katarak.

Simulator tersebut ialah visi inovatif Pengasas Keselamatan Penerbangan Antarabangsa, Albert L. Ueltschi dan anaknya, James "Jim" Tyler Ueltschi. Pada tahun 2010, mereka mengasaskan HelpMeSee untuk menamatkan timbunan kes katarak dan kekurangan penglihatan yang disebabkan oleh kurangnya akses kepada pembedahan katarak yang berkualiti tinggi dan harga yang berpatutan.

Jim Ueltschi, Pengasas Bersama dan Pengerusi HelpMeSee, berkata, "Pencapaian ini benar-benar akan mengubah dunia oftalmologi. Setiap pakar yang kami latih dengan Simulator Pembedahan Mata akan merawat ribuan orang setiap tahun. Dari masa ke semasa, berjuta-juta orang akan dikembalikan penglihatan mereka melalui kemahiran pembedahan katarak yang diperolehi daripada Simulator HelpMeSee."

Simulator Pembedahan Mata HelpMeSee merangkumi adaptasi mikroskop maya sebenar yang digunakan dalam pembedahan, dua alat tangan haptik, jarum suntikan maya, kepala dan tangan pesakit, dan skrin sesentuh antara muka pengguna, perisian visual dan simulasi yang hebat, serta segala yang diperlukan untuk mensimulasi Pembedahan MSICS. Kedua-dua alat tangan dan jarum suntikan mewakili set lengkap peralatan pembedahan yang diperlukan untuk menjalankan prosedur MSICS. Pembelajaran yang diprogramkan dengan bimbingan paparan skrin dan pesanan ralat membantu pelajar menguasai teknik MSICS serta tenaga pengajar, dalam memberi maklum balas objektif.

Tentang HelpMeSee

HelpMeSee ialah kempen bukan untung global bertujuan menamatkan timbunan kes buta katarak dan gangguan penglihatan yang disebabkan oleh kurangnya pembedahan katarak yang berkualiti tinggi dan harga yang berpatutan. Untuk maklumat lanjut, sila layari HelpMeSee.org.

HUBUNGAN MEDIA:

Sean Connolly
pr@helpmesee.org 
717-525-3004

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1308699/helpmesee.jpg?p=medium600

Source: HelpMeSee
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Not for profit