omniture

Syarikat berkaitan Ferrero mengumumkan perjanjian untuk memperoleh perniagaan biskut berjenama Fox's dan jenama sendiri peruncit daripada Northern Food Grocery Group Limited

CTH, a Ferrero-related Company
2020-10-09 18:20 763

SINGAPURA, 9 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- CTH, sebuah syarikat berkaitan Ferrero hari ini mengumumkan perjanjian muktamad yang mana ia akan memperoleh perniagaan biskut berjenama Fox's dan jenama sendiri peruncit, termasuk M&S, daripada Northern Food Grocery Group Limited (NFGG).

Perniagaan yang dijual menghasilkan jualan kira-kira 157 juta Paun dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Berpangkalan di UK, NFGG merupakan pengeluar jenama biskut halus Fox's dan Rocky antara jenama lain yang sangat disukai dan berprestij. Perniagaan ini mempunyai sejarah dalam pasaran biskut British sejak tahun 1853, dengan warisan yang sangat kukuh, kesedaran jenama di kalangan pengguna dan kedudukan utama dalam setiap segmen kategori biskut.

Sebagai sebahagian daripada urus niaga, Syarikat berkaitan Ferrero akan mengambil alih dua kemudahan pengeluaran di Kirkham dan Batley.

Melalui pemerolehan ini, Syarikat berkaitan Ferrero menjangkakan akan meningkatkan kerelevanannya dalam kategori biskut mewah dan halus, melebihi pemerolehan terdahulu Biscuits Delacre dan Kelsen Group.

Urus niaga ini tertakluk kepada syarat penutupan lazim dan kelulusan peraturan dan dijangka ditutup pada bulan-bulan akan datang.

Fieldfisher dan Houlihan Lokey berperanan sebagai penasihat undang-undang dan kewangan kepada Syarikat berkaitan Ferrero.

Tentang Syarikat Berkaitan Ferrero

CTH merupakan Syarikat Pemegangan Belgium yang berkaitan dengan Ferrero Group.

Tentang Northern Food Grocery Group Limited (NFGG)

NFGG merupakan anak syarikat Boparan Holdings Limited, yang berpangkalan di UK.

 

 

Source: CTH, a Ferrero-related Company
Keywords: Banking/Financial Service Acquisitions, mergers, takeovers